Sebelum ini heboh cerita mengenai penyanyi dan pelakon, Elly Mazlein menuntut wang perbelanjaan raya untuk anaknya, Putri Sara Sefhia dari bekas suaminya Azmi Hatta.
Selepas tuntutan yang dibuat oleh Elly Mazlein itu, ramai netizen mengecam tindakan Azmi hingga ada yang tak berpuas hati kerana mengabaikan tanggungjawabnya pada anak sendiri.
Bagaimanapun, semalam Elly Mazlein telah memuatnaik satu posting di instagram dengan meluahkan rasa syukur apabila bekas suaminya telah berkunjung ke kediamannya bagi menziarahi anak mereka Putri Sara Sefhia yang kini berusia dua tahun.
Mengakui pertemuan ini adalah suatu perubahan yang baik demi masa depan anaknya, Elly berharap hubungan ini akan dapat terus dikekalkan sampai bila-bila.
“Alhamdulillah, pertemuan yang indah dua beranak, Sefhia dan daddy Azmi Hatta.
“Tiada yang indah selain kebahagiaan buat si kecil. Moga kita yang serba kekurangan ini mampu berubah ke arah kebaikan untuk nyawa yang kita sayang,” tulisnya.
Ads
Selain itu, Elly turut mengucapkan terima kasih kepada Azmi dan isterinya pelakon Faye Kusairi.
“Terima kasih daddy (Azmi) dan mommy Faye Kusairi,” katanya.
Ads
Rata-rata pengikut mengucapkan syukur dan meminta kedua-dua pihak untuk berbaik demi anak mereka.
“Ada yang mengharapkan semoga pertemuan ini memberi sinar baru buat Elly dan Azmi. Jagalah hubungan ini sebaiknya agar anak terus dapat kasih sayang dari mommy dan daddynya.
“Alhamdulillah, buang yang keruh ambil yang jernih, semoga hubungan keluarga Elly bersatu demi anak, berbaiklah untuk pembesaran Sefhia,” ujar netizen.
Ads
Kemelut hubungan Elly dan bekas suaminya menjadi hangat selepas pasangan itu bercerai dan dia mendakwa Azmi tidak menjalankan tanggungjawab sebagai seorang bapa dengan sepatutnya.
Sebelum ini Elly berkahwin dengan pengarah drama, Azmi Hatta pada 9 November 2014 tetapi mengambil keputusan untuk bercerai pada 15 Oktober 2015.
Pada April lalu, Azmi berkahwin dengan pelakon Faye Kusairi dalam satu majlis tertutup di ibu negara.
Sumber: instagram elly mazlein
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pening kepala juga dibuatnya bila anak masih lagi batuk-batuk walaupun sudah mencuba beberapa jenis ubat. Bukan salah ubat tetapi mungkin ubat yang diberikan tidak serasi dengan tubuh anak kita.
Selain mencari ubat yang sesuai, mama boleh juga cuba petua ringkas ini untuk kurangkan batuk anak. Mana tahu cara ni berkesan dekat anak kita.
Melalui perkongsian Jes Tham dalam Facebook miliknya, beliau menunjukkan cara mudah dan berkesan yang dipercayai boleh menyembuhkan batuk yang berlarutan dengan hanya menggunakan buah oren!
Menurut beliau, petua ini diperolehi daripada pakar perubatan dari negara China dan Taiwan dan sesuai untuk kanak-kanak mahupun orang dewasa. Apa-apapun keberkesanannya bergantung pada kesesuaian individu. Namun tidak salah mencuba kan!
Caranya:
1. Potong buah oren bahagian atas dan bawah.(seperti dalam gambar)
2. Cucukkan bahagian atas buah oren tersebut dengan garpu atau chopsticks, agar garam dapat meresap dengan cepat ke dalam buah oren nanti.
3. Letakkan secubit garam pada bahagian atas buah oren tersebut dan sapu rata.
4. Kukus selama 2 jam dan minum jus tersebut.
Rasanya sedikit masin dan pahit. Buat dan minum sampai batuk berhenti.
Sumber Facebook: Jes Tham
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Anak amanah yang tidak boleh diambil mudah. Melihatkan dunia hari ini, hati ibu bapa ada kala bergetar dan timbul kebimbangan. Anak yang diasuh dengan berkiblatkan Barat dan kemodenan yang melampau akhirnya menjadi mangsa salah didikan. Hanya dengan Islam anak-anak boleh dijinakkan.
Menurut Prof Madya Dr Mohd Noor Mamat, ibu bapa perlu tahu anak sama ada lelaki dan perempuan mereka wajib dididik dan ditanamkan dengan kepercayaan kepada Allah dalam diri mereka. Apabila mereka sudah dekat dengan Allah, maka lebih mudah bagi kita mencuit hati mereka untuk pembinaan ibadah dan akhlak.
USIA DUA HINGGA EMPAT TAHUN IALAH WAKTU KRITIKAL BAGI PSIKOLOGI ANAK DI MANA MEREKA AKAN MENIRU DAN MENGIKUT PERBUATAN APA YANG DISURUH.
Jika kita lihat, waktu inilah mereka bercakap dan bertanya dengan banyak. Ibu bapa perlulah bersedia untuk menjadi model yang baik untuk anak-anak. Sediakan persekitaran yang islamik. Bagi ibu bapa yang bekerja, dapatkan penjaga yang mempunyai akhlak dan menjaga ibadah kerana ia memberikan impak yang besar dalam perkembangan dirinya.
ASUHAN ANAK LELAKI ANAK PEREMPUAN
Kedua-duanya mempunyai karakter yang berbeza dan keadaan fizikal yang berbeza. Asuhan antara keduanya perlulah spesifik dan tentulah tidak sama. Apa yang perlu dibangunkan dalam diri anak lelaki dan perempuan ialah:
Anak lelaki
Berikan mereka tanggungjawab atau tugas yang sesuai dengan karakter lelaki yang lasak.
Tidak perlu menunjukkan kasih sayang tetapi memberikan penghormatan menerusi puji-pujian. Berikan kepercayaan.
Membelikan alat permainan yang berkonsepkan intelektual dan memerlukan dia berfikir.
Anak perempuan
Melayani dengan penuh kasih sayang kerana anak perempuan tetapi dalam yang sama tegas.
Perlu menunjukkan perbuatan yang menunjukkan kasih sayang seperti memberi ciuman, pelukan dan menerusi percakapan.
Mengasuh mereka tentang aurat dan batas pergaulan dengan bukan muhrim. Perlu rapat dengan ibu bapa dan perlukan lebih banyak perhatian berbanding anak lelaki. Berikan alat permainan yang membabitkan emosi seperti anak patung.
WUJUDKAN IMAN, IBADAH & AKHLAK DALAM DIRI ANAK
Didikan si manja seharusnya bermula daripada alam rahim lagi dengan memperdengarkan Al-Quran dan amalan-amalan yang lain. Hal ini diteruskan selepas kelahiran untuk membentuk kekuatan spiritual di dalam diri anak-anak. Hal ini akan sebagai platform untuk pembinaan kekuatan spiritual dan cinta Allah.
Didikan awal yang bersesuaian dengan karakter dan sifat semula jadi mempengaruhi pembentukan diri anak-anak menjelang remaja. Ia mustahak untuk mengekang pelbagai masalah sosial seperti kecelaruan gender dan pergaulan bebas. Dengan adanya benteng keimanan serta kecintaan Allah dan pengukuhan ibadah dan akhlak, si manja akan lebih bersedia menghadapi cabaran langit dunia terbuka pada masa akan datang.
Elemen penting yang perlu dikukuhkan dalam diri anak ialah :
Iman (akidah)
Hal ini adalah untuk mentauhidkan Allah dalam diri anak-anak. Ia menjadi perkara pokok pertama yang sangat penting dan boleh ditanam di dalam diri anak sejak daripada alam rahim. Selepas lahir, dia akan mula melihat apa yang dilakukan oleh ibu bapa dan orang di sekelilingnya dan menyerapnya. Justeru, amat mustahak untuk kita menyediakan persekitaran yang positif selaras dengan kehendak Allah serta mempraktikkan segala suruhannya. Sentiasa mengaitkan Allah dalam apa juga yang dilakukan dan dilihat. Apabila iman ini sudah subur, hatinya mudah kita cuit untuk pengisian ibadah dan akhlak.
Ibadah
Si manja kini sudah tahu tentang Allah, maka pengukuhan ibadah menjadi lebih senang. Misalnya untuk mengajarnya untuk solat tahajud, anda bolehlah berkata begini “Aqil nak jadi pandai, Aqil dengan kena doa pada Allah. Allah suka kalau kita minta apa-apa dari Dia. Waktu doa yang paling Allah suka ialah waktu sahur. Jom esok kita bangun sama-sama ye solat dan doa waktu sahur. Nanti mama kejutkan Aqil ye”.
Begitu juga dengan ibadah-ibadah yang lain seperti puasa, solat dan lain-lain. Hati yang sudah basah dengan keimanan mudah untuk kita cuit untuk melakukan ibadah wajib dan sunat.
Akhlak
Akhlak juga berkait rapat dengan akidah. Si kecil yang sudah mempunyai asas akidah yang kuat tidak mudah tergelincir untuk melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan hukum Allah. Mereka dengan sendirinya tahu apa yang tidak boleh dan apa yang boleh. Ibu bapa perlu memandu mereka daripada peringkat awal dan membimbing dengan cara yang santai dan penuh kasih sayang. Gunakan waktu makan, waktu di dalam kereta dan semasa menonton rancangan kegemarannya untuk memberikan dakwah santai.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Selain tisu, kain pengelap kotor antara kelengkapan yang cukup penting ketika di dapur. Tanpanya mood memasak boleh jadi suram. Begitu juga dengan kesan tumpahan makanan anak, kain pengelap tetap jadi pilihan.
Pun begitu, adakalanya kain lap yang terhad ditambah dengan kesan kotoran yang tertinggal membuatkan kita terpaksa membeli kain baru.
Jangan membazir sebaliknya gunakanlah sebaik kain masih baik dan elok. Nak bersihkan kain dan pastikan kain masih cantik, bersih malah macam baru? Tip yang dikongsikan semula oleh Pn Zuraida Ismail ini wajib anda cuba. Memang terbaik!
Cara nak basuh kain buruk atau kain lap di dapur yang kotor.
1- Rendam bersama sabun dan clorox selama 2 jam. Clorox biar lebih sikit.
2- Selepas tu basuh dalam mesin basuh putarkan beberapa minit.
3- Selesai basuh terus masuk dalam mesin pengering. Jangan bilas dengan air bersih dulu.
4- Bila dah kering rendam semula bersama sabun dan clorox putar lagi beberapa minit.
5- Masuk dalam pengering balik.
6- Angkat dan bilas macam biasa.
7- Keringkan dan jemur.
Kak Ida memang cerewet dalam hal-hal kebersihan rumahtangga. Dan kain buruk untuk meniaga ni Kak Ida tunjuk cara basuhnya, sharing is caring. Love from kak ida.
Nota: Dulu dah share hari ni share balik. Tips nak basuh kain buruk atau kain lap-lap yang kotor.
Sebagai ibu, sudah tentu kita mahukan yang terbaik buat si manja. Pemakanan yang sihat dan seimbang sangat kita titikberatkan supaya anak dapat membesar dengan baik.
Sertai Webinar Keibubapaan PERCUMA anjuran Pa&Ma secara virtual yang menjemput speaker- speaker hebat dalam bidang keibubapaan termasuk Prof Madya Dr Nik Salida, Ibu Rose, Dr Ahmad Rostam, Puan Maryam Jamadi, Puan Azlina Roszly dan Irma Hasmie.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Anak bongsu menyusul pergi sebulan selepas isteri dan anak sulung terkorban kemalangan jalan raya. Seorang bapa sekali lagi diuji apabila anak bongsunya menghembuskan nafas terakhir di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu, hanya sebulan selepas kehilangan isteri dan anak sulung dalam kemalangan.