Bulan Ramadhan sangat sinonim dengan amalan-amalan kebaikan khususnya bersedekah. Amalan bersedekah ini juga seringkali dipertanggungjawabkan kepada golongan orang dewasa. Namun amalan mulia bersedekah ini jarang-jarang diterapkan dan dititikberatkan kepada anak-anak kecil. Anak-anak kecil hanya menjadi pendengar setia topik sedekah di slot tazkirah tetapi bukan pelaku kepada amalan bersedekah. Ataupun, mereka hanya berperanan sebagai penerima pemberian orang dewasa.
Ibubapa seharusnya menerapkan amalan yang sangat dituntut dalam Islam ini seawal mungkin kepada anak-anak. Bukan hanya sekadar pada lisannya, tetapi pada amalnya. Bak kata orang bijak pandai “melentur buluh biarlah dari rebungnya”.
Konsep bersedekah dalam Islam adalah terlalu luas untuk dikupas dan diperjelas dan ia tidak tertumpu kepada wang ringgit dan harta sahaja. Latih anak-anak untuk bersedekah.
Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah R.A, bahawa Rasulullah S.A.W. telah bersabda: “Apabila mati seorang manusia, terputuslah daripadanya amalannya kecuali tiga perkara: Sedekah jariah atau ilmu yang dimanfaatkan dengannya atau anak yang soleh yang mendoakan baginya.” (Riwayat Muslim).
Bagaimanakah mahu melatih si kecil untuk bersedekah? Mudah sahaja! Mari kita lihat alternatif ini.
Ads
“Tabung Subuh”
Ibubapa boleh menyediakan tabung di rumah untuk anak-anak bersedekah sejurus selepas menunaikan solat subuh. Didik anak-anak untuk mengamalkannya setiap hari. Lama kelamaan anak-anak akan terbiasa dengan amalan bersedekah. Amalan bersedekah ini dapat menyucikan jiwa dan harta. Hati akan lebih tenang dan aman dengan bersedekah. Jiwa juga akan damai dan terhindar dari perasaan negatif.
Menyediakan Hidangan Iftar
Ibu boleh mengajak anak semasa menyediakan hidangan untuk iftar. Masaklah lebih untuk diniatkan dikongsikan bersama jiran tetangga. Kemudian, bungkus makanan dan dengan menjaga SOP, ajaklah si kecil menghantar makanan tadi ke jiran tetangga kita. Kita niatkan juga agar perbuatan kita diteladani oleh si kecil dan menjadi amalannya. Dalam amalan bersedekah, kita perlulah ikhlas, bukan disebabkan balasan ataupun nama. Sedekah juga perlu dilakukan tanpa dihebahkan.
Muslim woman sharing food at Ramadan feast
Keperluan asas
Ibu bapa boleh membeli barang-barang keperluan asas untuk disedekahkan kepada fakir miskin. Ajak anak bersama-sama sorting dan packing barang-barang. Sambil packing, jelaskan pada mereka niat kita membeli dan mengagihkan barang-barang tersebut. Didik mereka untuk sama-sama berkongsi kegembiraan pada yang kurang bernasib baik. Sedekah juga diriwayatkan dalam hadis riwayat Muslim, bahawa Rasulullah S.A.W bersabda: “Tangan di atas lebih baik daripada tangan di bawah. Tangan di atas adalah yang memberi dan tangan di bawah adalah yang meminta.” Ibarat tangan kanan yang memberi, tangan kiri tidak mengetahui.
Baju raya, kasut raya
Sekiranya ada rezeki yang lebih, berkongsilah pada yang lebih memerlukan. Sharing is caring. Ajak anak pilih baju raya atau kasut raya. Tidak semestinya perlu ke shopping malls, online shopping pun sudah memadai di kala pandemik COVID-19 masih di luar sana! Tanya pendapat anak tentang barangan yang kita ingin beli. Terima pendapat anak, mereka pasti rasa sangat dihargai.
Ads
Memberi salam
Bersedekah bukan sahaja berupa harta atau wang ringgit. Bersedekah boleh juga boleh diberikan dalam pelbagai bentuk. Hadiahkan salam pada guru atau sesama adik-beradik. Sebelum anak masuk ke pintu pagar sekolah, titipkan pesanan kepada anak-anak untuk memberi salam dengan cara normal baharu (meletakkan tangan kanan di dada kiri) kepada guru-guru, rakan-rakan, tukang kebun sekolah, mahupun pengawal keselamatan sekolah. Salam adalah doa yang dipanjatkan kepada Allah SWT terhadap orang yang ditemui.
Berpesan-pesanlah pada anak-anak untuk sentiasa istiqamah dalam berbuat amal kebaikan. Daripada Aisyah R.A., Nabi S.A.W. bersabda: “Wahai manusia lakukanlah amalan mengikut keupayaan kamu. Sesungguhnya Allah tidak jemu sehinggalah kamu jemu. Amalan yang paling Allah sukai ialah amalan yang berterusan walaupun sedikit.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Ingatkan anak-anak untuk terus istiqamah dalam melakukan kebaikan agar menjadi contoh teladan kepada orang lain. Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Riwayat Muslim).
Ads
Kredit: Dr. Rahimah Saimin
Pensyarah Kanan
Fakulti Pengajian Bahasa Utama (FPBU)
Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Biasanya bila anak mengamuk, buat itu tak kena, ini tak kena ibu ayah kena tahu apa puncanya. Elak sesekali menyalahkan anak sebab asyik nak buat perangai. Sebaliknya sama-sama selesaikan masalah itu.
Jika diikutkan mudah untuk nak lembutkan hati anak. Hanya melalui kata-kata dah boleh meresap ke jiwa mereka. Tak perlulah nak menghukum mereka setiap masa.
Perkongsian dari Puan Norlina Ali mengenai cara dia ambil hati anaknya yang mula marah dan memberontak boleh diamalkan oleh semua ibu bapa.
Bila anak-anak mula marah dan memberontak, itu tandanya kita kurang duduk bersama dengan mereka.
Tip untuk kurangkan tantrum anak-anak:
Selawat sebanyak yang mungkin. Hembuskan pada ubun-ubun anak
Peluk dan cium dahi anak sambil gunakan ayat untuk melunturkan hati mereka. “Ummi sayang Abang, Ummi sayang Abang kerana Allah “
Tanya soalan wajib “Kenapa Abang marah ?”
Dengar penjelasan dengan baik, cuba atasi dengan baik ( jadi lah pendengar setia)
Insyaallah proses ini sangat membantu untuk tenangkan anak-anak.
Selamat mencuba semoga ilmu ini menyenangkan serba sedikit ibu ayah diluar sana
Kaedah ini sesuai untuk anak-anak dari usia 3 bulan sehingga anak-anak remaja.
Kebiasaannya bagi ibu menyusu yang bekerja atau sekarang ini memang perlu bekerja dari rumah, rata-rata akan tertanya bila sepatutnya untuk mula mengepam. Perlu berapa lama setiap sesi mengepam dan berapa banyak susu akan dapat.
Bagi menjawab persoalan ini, Kaunselor Laktasi, Puan Nad Masrom ada perinciannya berdasarkan pengalaman sendiri. Mungkin ini boleh dijadikan panduan buat ibu-ibu yang nak memastikan perjalanan penyusuan berjalan lancar.
Ada mommies yang tanya saya, berapa lama selalunya saya mengepam dan berapa banyak biasanya saya dapat.
Saya mengepam biasanya paling lama 30 minit. Saya tak ada jadual yang fix tapi saya akan cuba mengepam dalam tempoh 3-4 jam.
Kadang-kadang gap mengepam tu boleh jadi 2 jam, boleh jadi 4 jam. Bila bekerja dan busy, masa mengepam kadang-kadang terlari tapi saya tetap akan mengepam dalam tempoh tidak melebihi 4 jam.
Biasanya paling sikit saya dapat ialah 5oz dan paling banyak 12oz dalam tempoh 30 minit maksimum mengepam.
Saya tidak mengepam melebihi tempoh itu melainkan kalau saya buat power pumping.
Bila stress, kadang-kasang susu drop juga. Tapi saya tetap akan mengepam walau busy macam mana sekali pun untuk maintain demand.
Berapa yang saya dapat, saya tetap bersyukur kerana saya yakin dengan nikmat yang sedikit itu bila disyukuri, Allah akan berikan lebih lagi.
Mommies yang lain macam mana? Ada yang tengah mengepam?
Kredit: Nad Masrom
Kakak Susu Suka Mengepam
#nadbreastfeedinginfo
Sertai Webinar penyusuan terbesar ‘Mama Tak Penat Susukan Anak’ yang dianjurkan Pa&Ma tahun ini. Webinar PERCUMA ini menampilkan panel-panel hebat seperti Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa, Puan Asiah Maharam dan perkongsian istimewa oleh Dato’ Siti Nurhaliza.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bukan sahaja menyiang ikan rasa payah, bahkan menggoreng ikan keli juga terasa cabarannya. Maklumlah bila terpaksa bertarung dengan minyak panas yang meletup dan merecik keluar.
Sebenarnya ada tip untuk menggoreng ikan keli agar tak meletup-letup dan selamat ketika mengalihkannya.
Perkongsian seorang pengguna Tik Tok, @resipibangsawanbybroku ini anda kena cuba. Memang tenang, tak payah lari-lari.
Tip masak ikan keli goreng tanpa minyak meletop guys.
Anak-anak adalah cerminan daripada apa yang mereka lihat, dengar, dan rasakan daripada ibu bapa mereka. Ibu bapa bukan sahaja berperanan dalam mendidik dan memberi...