Conteng dinding dah sinonim dengan anak kecil. Walaupun tak banyak, mesti akan ada kesannya. Hasil kreativiti ini kadang-kadang boleh berlaku kat mana-mana dinding rumah. Tak ruang tamu, mesti akan jumpa kesan tu dalam bilik.
Kalau dah banyak sangat kesan contengan itu, sakit juga mata. Sampaikan kalau tetamu datang rumah pun kita rasa serba salah. Nak cat semula dinding tak ada masalah, tapi selagi anak masih belum faham tetap kena lalui situasi ini.
Jadi bagi mama papa yang mengalami situasi macam ni, apa kata cuba bersihkan kesan contengan itu dengan cara yang dikongsikan oleh Nur Adiba Hassan.
Boleh bersihkan kesan pensil, pensil warna atau krayon. Mudah dan berkesan!
Hilangkan hasil tangan anak bijak soleh dan solehah di dinding.
Ads
Bahan-bahan:
1. Cif
2. Berus hijau (tak tau ape nama)
3. Air
4. Tuala
Cara-cara:
1) Letak sikit cif atas berus hijau yang dibasahkan. Gosok bekas contengan.
Ads
2) Kemudian lap dengan kain basah bersih. Pastikan kain tu dibilas bersih supaya tak bertompok-tompok.
Ok lah hasilnya. Dapat hilangkan kesan pensil, crayon.
Tak lena tidur dibuatnya bila anak demam panas. Bergilir-gilir jaga malam atau setkan jam untuk pantau suhu anak setiap masa. Penting supaya suhu anak tidak naik terlalu tinggi dan merbahayakan kesihatan anak. Sukarnya kerana bukan semua anak suka makan ubat.
Macam-macam cara yang mama lakukan tapi anak masih bergedil. Ini jugalah yang dilalui oleh Lufya Omar bila anak kesayangannya, Laana Haura demam baru-baru ini. Pun begitu dia dan suami ada cara yang dikongsikan.
Hati ibu ni kalau anak sakit rasanya dialah orang yang paling risau dan berjaga malam tak tidur. Bila berjaga malam emosi kita juga akan terganggu, dengan tak cukup tidur tapi lebih menyedihkan kalau anak dalam keadaan lemah dan tak nak makan ubat.
Tips nak bagi anak makan ubat tanpa ‘berperang’ Pastikan ubat tak terkena pada lidah anak. Bila ubat yang pahit terkena lidah, memang mereka akan muntahkan balik ubat. Jadi sebaiknya cuba elakkan.
Sambil tu boleh juga tarik perhatian anak dengan syringe yang ada toy.
Bukan elakkan dari terkena pada lidah sahaja tapi Lufya lebih bijak bila alihkan perhatian anaknya dengan menggunakan syringe yang ada toy di hujungnya. Secara tak langsung anak tidak akan fokus pada ubat dan tertarik pada mainan di hadapannya. Menarik juga cara Lufya ni.
Tip Anak Suka Makan
Dalam pada itu ibu muda ini juga turut berkongsi tip nak bagi anak lebih suka makan, terutama bila waktu demam melanda. Tak adalah aksi kejar mengejar.
Selalu tak kejar anak bila nak suruh makan? Adoi fya pun sama selalu ada sesi kejar mengejar dengan Haura tapi bagus lah jugak sebab fya berjaya turunkan berat badan ? tapi kalau Haura takboleh lah. Kita mak mak ni susah hati kalau tengok anak kurus kan. Betul tak?
Ada tips nak bg anak suka makan.
1. Makan bersama sama anak. Sambil suap menyuap anak dan mak.
2. Kreatif dalam menyediakan makanan. Contoh dalam 1 hidangan ada warna merah, oren, hijau dan boleh buat makanan dalam bentuk kartun-kartun kesukaan anak.
3. Menggunakan buah-buahan atau makanan yang boleh tambah selera anak. Contoh buah anggur, epal merah, tomato, susu blended dengan pisang dan lain-lain.
Insyaallah anak ada selera nak makan!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tahu kah anda bahawa anak yang sukar tidur awal akan jejaskan pertumbuhannya! Usia si kecil semakin meningkat. Sehubungan itu mengajar si manja tidur awal sejak kecil adalah penting supaya tidak menghadapi masalah kesihatan dan menjejaskan pertumbuhannya apabila usianya mencapai umur pra sekolah.
Ini kerana daripada hasil kajian yang dilakukan oleh Jean-Philippe Chaput, Marc Brunet dan Angelo Tremblay mengumpulkan data sebanyak 422 anak usia 5 sehingga 10 tahun.
Mereka melakukan penilaian terhadap berat badan, tinggi badan, dan lingkar pinggang para peserta. Mereka turut mengumpulkan informasi tentang gaya hidup anak-anak tersebut serta status sosial ekonominya melalui wawancara dengan ibu bapa mereka.
Hasil penelitian tentang Body Mass Index menunjukkan bahawa 20 peratus kanak-kanak lelaki dan 24 peratus kanak-kanak perempuan mengalami masalah kegemukan. Anak-anak yang memiliki waktu tidur kurang dari 10 jam dalam seharinya berisiko mengalami kegemukan 3 atau 5 kali lebih tinggi dibandingkan dengan mereka yang tidur 12 jam atau lebih dalam seharinya.
Untuk memastikan anak tidur awal , terdapat 8 tip yang boleh menjadi panduan.
2. Tegas apabila waktu tidur sudah tiba.
3. Jangan biarkan dia menonton televisyen setengah jam sebelum waktu tidurnya.
4. Cipta suasana tenang seperti suasana bilik yang senyap dan gelap.
5. Biarkan si kecil tidur dengan sendiri daripada anda yang mendodoikannya.
6. Jangan berinya minuman berkafeina seperti kopi yang menyegarkan matanya.
7. Jadikan waktu tidurnya adalah rutin. Jangan ubahnya kecuali jika perlu.
8. Hargai setiap masa jika si kecil memberitahu mahu tidur.
* Patuhi tip ini secara konsisten. Si kecil yang tidur awal akan menjadi seorang kanak-kanak yang sihat dan ceria
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Selebriti popular, Anzalna Nasir berkongsi beberapa jenis pakaian berjenama yang dibeli khas untuk dua anak lelaki tercintanya.
Menurutnya, dia tidak kisah berhabis untuk anak-anak kesayangan demi tampak kemas dan bergaya selain merupakan terapi buat dirinya sebagai seorang ibu.
“Self therapy. I dont mind spending on my kids as long as they look good.”
Dia turut memuatnaik video berdurasi 3 minit sambil menunjukkan beberapa jenis pakaian berjenama milik anak-anak tersayang yang baru dibeli antaranya Versace, Kenzo, Balmain Paris, Dolce Gabbana, Boss.
Pakaian berjenama mewah tersebut masih lagi belum dibuka dan berbungkus elok. Terdapat lebih dari 10 helai pasang baju dengan pelbagai corak yang sangat cantik dikongsi untuk tatapan para pengikutnya di Instagram.
Melalui pencarian harga di laman sesawang Versace, harga bagi satu pasang baju untuk kanak-kanak antara RM1000 (Satu Ribu Ringgit) dan keatas.
Melalui ruangan Q&A di Insta Story pula ada warga maya tertanya-tanya adakah selebriti ini tidak rasa membazir membeli barangan berjenama mewah serta pendapat mengenai barangan tiruan.
“Tak rasa membazir ke beli baju-baju anak harga beribu? pernah beli yang fake tak?”
“Ada rezeki lebih kongsi dengan anak. Jangan berkira sangat. Anak pembawa rezeki. No fake stuff!”
Selebriti cantik yang juga merupakan ibu pada dua cahaya mata lelaki ini turut menasihati agar berbelanja mengikut kemampuan diri sendiri.
“Kesian anak kalau orang tahu buat malu sahaja lebih baik shopping ikut kemampuan diri walaupun tak berjenama”