Diuji dengan kehilangan sememangnya memilukan. Penyanyi dan penulis lagu, Yuna turut melalui hari-hari duka bila mana kehilangan anak saudaranya dikala umat Islam masih menyambut Hari Raya.

Melalui Insta Storynya, Yuna berkongsi khabar duka kehilangan anak saudaranya, Arisa Naura akibat Covid-19.

Lebih memilukan kata Yuna, anak kecil kesayangannya yang baru berusia 1 tahun lima bulan itu terpaksa bertarung nyawa selama 12 jam sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir.

“Semalam hari yang amat sukar.

IKLAN

“Anak saudara saya, Arisa Naura meninggal dunia akibat Covid-19 selepas bertarung nyawa selama 12 jam. Dia baru berusia 1 tahun 5 bulan,” kongsinya.

Malah kata Yuna, kesempatan berjumpa anak anak saudaranya itu pada minggu lalu menjadi momen terindah mereka bersama. Malah dia amat berbangga menjadi ibu saudara kepada anak kecil hebat itu.

“Terima kasih Allah kerana meminjamkan kami anak yang comel dan ceria. Kami tahu Arisa teramat istimewa saat dia datang dalam hidup kami.

IKLAN

“I am so proud to be your aunt and am so glad i got to see you just last week that i cherish forever,” tulisnya lagi.

Semoga allahyarhamah Arisa Naura ditempatkan dikalangan orang-orang beriman.

IKLAN

Menarik: Satu Bilik Dia Tawaf, Demam Pun Aktif, Anak Kedua Dato’ Siti Nurhaliza Dah Pandai Berjalan

Ketahui fungsi caresat di E-Workshop Sayangi Nyawa Anak Dalam Kereta, Let’s Buckle Up! Daftar secara PERCUMA di https://toko.ideaktiv.com/product/sayang-nyawa-anak-dalam-kereta/

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!