Anak lelaki kalau dengan ibu dia cukup lemah. Lagi-lagi bila dipeluk dan diusap kepalanya. Sebab itu ramai yang berpendapat, anak lelaki boleh jadi hebat kalau dididik dengan baik oleh si ibu. Benar, karakternya berlainan berbanding anak perempuan. Namun jika dididik dari awal dan wujudnya hubungan rapat dengan si ibu, anak lelaki boleh jadi insan yang hebat.
Empat sebab yang dikongsikan oleh kaunselor ini amat disarankan untuk ibu-ibu yang mempunyai anak lelaki.
Perkongsian daripada kaunselor, Puan Farhan tentang kenapa anak lelaki perlu rapat dengan ibu ini sebenarnya adalah formula yang amat diperlukan untuk membentuk lelaki yang hebat, positif dan berkualiti dari rumah.
Hasil didikan dari awal daripada ibu sendiri tentunya berkesan membina karakter dan jiwa anak lelaki sebagai pemimpin. Seringkali mendidik anak lelaki diserahkan kepada bapa kerana lelaki tentu akan memahami lelaki, namun sharing yang bermanfaat ini memberikan inspirasi kepada ibu-ibu yang mempunyai anak lelaki.
Berikut ialah perkongsian beliau;
KENAPA ANAK LELAKI PERLU RAPAT DENGAN IBU?
Anak lelaki perlu rapat dengan ibu. Keperluan ini adalah untuk membantu anak anda agar membesar dengan seimbang dan mempunyai ciri ciri yang positif sebagai seorang lelaki yang berkualiti.
Anak lelaki yang rapat dengan ibunya akan mendapat manfaat seperti berikut
Ads
#1. LEBIH MENGHARGAI WANITA YANG ADA DISEKELILINGNYA
Anak lelaki yang rapat dengan ibu pastinya akan lebih peka pada setiap apa yang ibu lakukan setiap hari. Kepayahan, kegigihan dan keletihan ibu akan lebih dihargai.
Seterusnya, ini akan mendorong mereka untuk menghargai wanita yang ada disekeliling mereka seperti adik beradik dan juga isteri.
#2. BELAJAR SIFAT LEMAH LEMBUT
Anak lelaki yang rapat dengan ibu akan belajar sifat lemah lembut. Ibu pada kebiasaanya mempunyai sifat lemah lembut dan anak akan belajar melaluinya. Jadi, anak anda akan belajar sifat lemah lembut itu dalam mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian.
Ads
Contohnya: Lemah lembut dalam percakapan
Anak lelaki itu memang sifatnya sedikit kasar, namun apabila mereka rapat dengan ibu, sifat kasar itu lebih mudah diuruskan.
Sebab itu, ibu jangan segan untuk peluk anak lelaki dan amalkannya dari kecil. InsyaAllah mereka akan lebih mudah diurus.
#3. LEBIH HANDAL PENGURUSAN RUMAH
Anak lelaki yang rapat dengan ibu juga akan lebih senang untuk diajar menguruskan rumah. Secara tidak langsung, mereka akan membesar menjadi seorang lelaki yang pandai serba serbi contohnya memasak, mengemas dan sebagainya.
#4. BELAJAR MENGURUS PERASAAN DENGAN BAIK
Ads
Ibu itu sifatnya suka mendengar dan lebih peka dengan masalah anak. Anak lelaki yang lebih rapat dengan ibu akan bersedia untuk berkongsi masalah dan apa sahaja isu tentang dirinya.
Contoh, andainya dia sedang bersedia dia akan lebih mudah berkongsi dengan ibunya. Seterusnya, dia akan dibantu untuk mengurus perasaan dengan baik.
Anak lelaki yang tidak rapat dengan ibu akan banyak memendam perasaan dan ini akan menyebabkan anak itu sukar mengurus perasaan sendiri kerana tidak ada orang yang membantunya keluar dari setiap isu yang dihadapi. Ini akan membuatkan anak itu menjadi sedikit ganas dan mungkin juga mudah marah.
**Dapatkan barangan keperluan anak pada harga yang sangat berbaloi di sini
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Mengajar anak buat kerja rumah di usia awal sangat digalakkan, namun ia perlu mengikut peringkat umur. Dalam tempoh ini ibu bapa tak boleh terlalu menekan anak, cukup sekadar memberi panduan asas agar mereka faham dan perlahan-lahan menjadikan tugasan itu sebagai tanggungjawab mereka.
Kadang ibu bapa yang mengajar anak ini bukan saja-saja tetapi mereka hendak mengajar anak tentang skill pengurusan diri dan tidak menjadi seorang anak yang manja.
Sekali-sekala ibu kena jadi ‘malas’. Maksudnya jangan terlalu ikut saja anak, beri juga peluang untuk si kecil buat perkara yang simple mengikut usianya. Untuk permulaan setakat kemas mainan, masukkan baju dalam bakul tak ada masalah.
Perkongsian dari Dr Amalina Mohd Daud ini yang menjelaskan ibu kena juga jadi ‘malas’ ini ada baiknya.
Jadilah ibu yang malas. Mungkin status ini mengundang kecaman. Bukan kecaman ya tapi nak ajar skill survival untuk anak.
Ramai saya tengok ibu bapa buat semua untuk anak. Anak main sepah..mak dia yang kemas. Anak buka baju letak kat lantai…mak yg kutip letak dalam bakul. Anak makan pinggan letak meja..mak ayah yang kutip basuh.
Jadi anak jadi apa?
Anak jadi tuan!
Mak-mak
Seawal anak dari usia 3 tahun dah boleh disuruh-suruh. Mula-mula suruh kemas-kemas mainan. Lepas tu boleh suruh masuk baju dalam bakul. Lepas tu boleh ajar tolong cuci pinggan. Lepas tu sapu lantai, kemas meja makan
Terapkan pada anak tak kira lelaki perempuan kecil besar semua kena sama-sama bertindak sebagai pasukan buat tugasan ikut usia masing-masing. Yelah takkan 3 tahun nak suruh goreng ikan pulak kan?
Pentingnya tugasan ni melatih anak responsibility dan accountability. Dan memahirkan anak untuk buat kerja dan ringan tulang tanpa perlu disuruh. Anak belajar juga rasa empathy dan menghargai orang lain.
Penatkan kemas? Lepas ni nak sepah lagi tak..mesti kurang sepah sebab tahu dia jugak yang kena kemas. Anak belajar menghargai usaha orang lain sebab dia tahu tak mudah nak buat semuanya sendiri.
Lepas ni..jadilah ibu yang malas. Jangan buat semua kerja rumah. Agihkan tugas pada suami dan anak-anak yang mana boleh. Belajar mempercayai mereka. Mungkin tak cantik lipatan baju mereka tapi ingatlah kita pun lipat baju memula pun tak cantik juga.
Mula-mula kerja mungkin tak sempurna. Tapi kita latih supaya semakin lama semakin sempurna. Memang lagi cepat kita yang buat tapi sampai bila semuanya kita nak buat?
Para suami bukan sekadar perlu memberikan nafkah, skil mendengar dan memahami kehendak isteri elok juga diketahui. Mendengar dengan baik dan memahami juga sebahagian daripada keperluan isteri yang yang perlu dipenuhi.
Bertuahlah jika suami yang mudah memahami apa yang isteri katakan. Adakalanya untuk menjaga hati dan perasaan, kata-kata juga berlapik supaya tiada orang yang terasa. Jadi kena pandai-pandailah suami mentafsirkan apa yang cuba disampaikan. Para suami janganlah merasakan diri sangat teruk, ia sekadar luahan hati isteri dengan harapan boleh memperbaiki keadaan.
Perkongsian ini boleh dijadikan panduan. Memahami isteri yang mengadu dalam perihal menguruskan rumah, hubungannya dengan ipar duai dan mertua, pertolongan dan teguran perlu diketahui. Jangan mudah bersangka buruk, cuba pertimbangkan apa yang disampaikan suri hati.
BILA ISTERI KATA PENAT, DIA BUKAN MERUNGUT…
Isteri cuma nak kita tahu yang…
Bila dia kata penat, dia bukan tak larat, bukan tak de tenaga. Bukan merungut tapi ‘penat’ yang dikatakan itu adalah sebagai isyarat untuk memohon bantuan dan pertolongan daripada suaminya. Nak suaminya ringankan bebanan dia atau tolong dia apa yang patut…
BILA ISTERI MENGADU PERIHAL ADIK BERADIK, IBU MERTUA
Isteri cuma nak kita tahu yang…
Bila dia mengadu perihal adik beradik kita, mak kita, apa yang diorang kata kat dia atau buat kat dia, dia bukan nak kita marah adik beradik kita, marah mak kita sendiri…tapi dia nak kita faham, klu dia tak nak dduk lama dirumah mertuanya itu kenapa..
Kalau dia kurang berbicara dalam grup keluarga itu kenapa. Kalau dia kurang mesra dengan keluarga kita itu kenapa. Dia nak kita faham yang dia dah cuba buat macam yang kita nak, tapi diorang masih menganggap dia sebagai orang luar…orang asing…
BILA ISTERI UNGKIT DUITNYA YANG DIKELUARKAN
Isteri cuma nak kita tahu yang…
Bila dia mengungkit setiap duit yang dia keluarkan, setiap pertolongan yang dia hulurkan, itu bukan bermakna dia tak ikhlas buat semua tu.
Dia sekadar nak mengingatkan bahawa pertolongannya itu bukanlah satu tanggungjawab…jangan menyalahgunakan pertolongan itu untuk kepentingan diri dan jgn terlalu selesa bila ditolong…
Bila dia tegur kita, bila dia marah kita, bila dia nasihat kita dan bila dia berleter kpd kita, itu bukanlah tandanya yang kita ni jahat sangat, teruk sangat, buruk sangat…tapi dia nak kita perbaiki diri kita, perangai kita sebab dia tahu, kita mampu jadi lebih baik dairpada apa yg kita jadi sekarang ni…dia masih berharap kepada kita dan harapannya agar kita berubah ke arah yang lebih baik sebagai seorang suami dan juga ayah…
Itu ja yang isteri nak kita tahu sebab disebalik setiap apa yang dia lakukan, tindakan yang dia ambil dan keputusan yang dia buat…
Orang kata anak-anak itu cerminan ibu bapa. Dalam menjadi seorang ibu dan ayah yang baik pastinya kita perlu berikan contoh yang baik-baik untuk anak-anak kita terutamanya yang sedang membesar.
Menurut Dr Taufiq Razif, umur 0 hingga satu tahun adalah fasa dimana anak-anak kita nak membina rasa percaya kepada ibu dan ayah mereka sendiri. Ketika inilah si kecil akan menilai ibu bapa mereka dan juga dalam masa yang sama membina rasa percaya dengan dunia sekelilingnya.
Menurutnya lagi, sebagai ibu bapa kita perlu jaga emosi anak-anak yang masih kecil. Walaupun mereka mungkin Nampak macam tak faham dan tahu apa-apa namun memori negatif yang mereka lihat akan disimpan dan diserap.
Awas! Bahaya Tak Reti Jaga Anak Umur 1 Tahun & Ke Bawah Ni
Mengikut teori psikosial Erik Erikson, umur 0-1 tahun adalah Fasa Trust Versus Mistrust yang mana pada umur tu lah anak belajar untuk develope rasa percaya dia pada mak ayahnya sendiri.
Masa umur 1 tahun dan ke bawah ni la anak akan nilai mak ayahnya atau ‘caregiver’ nya. Masa umur tu lah juga anak kita akan develope rasa percaya pada dunia di sekelilingnya.
Akibatnya sangat buruk kalau kita rosakkan trust anak kita pada umur 0-1 tahun tu. Contohnya anak kita akan develope rasa tak percaya pada mak ayahnya sendiri, akan memberontak, mudah cemas, kuat meragam dan suka buat masalah disiplin bila dah besar sikit nanti.
Masa umur 1 tahun ke atas sepatutnya anak kita dah kena masuk fasa yang lain dah. Sebab tu la bab trust ni kena setel awal awal lagi sebelum anak masuk ke umur 1 tahun ke atas.
Itulah kenapa jangan la bohong anak walaupun nampak remeh & emosi tu kena la jaga bila di depan anak. Nak perang dengan pasangan pun perang dingin dah la bila di depan anak. Kalau nak perang nuklear, sila menyorok di bilik lain.
Jagalah emosi kita di depan anak yang masih kecil ni kerana gangguan pada emosi mereka akan efek perkembangan mereka suatu hari nanti. Walaupun mereka nampak comel dan tak tahu apa apa tapi memori negatif tu tetap akan mereka simpan dan serap!
Tolong kongsikan info ni pada pasangan yang lain kerana mereka juga berhak untuk jadi ibubapa yang pada untuk anak anak mereka
Lebih penting lagi adalah kita ajarkan ilmu ni semua pada pasangan kita sendiri kerana nak didik anak dengan cara yang hebatperlukan kerjasama kedua belah pihak