Seronok tengok keluarga Johan dan Ozlynn yang sentiasa ceria dan sederhana. Macam ibu bapa lain juga, pasangan ini sentiasa menitikberatkan didikan anak-anak dengan sempurna.
Apa yang buat netizen kagum dengan keluarga ini, Johan seorang yang rapat dengan anak-anak dan selalu membantu Ozlynn menguruskan anak. Tak kiralah yang besar atau pun bayinya, Moleiq.
Bagi Ozlynn, sikap ringan tulang Johan menguruskan anak sangat dihargainya. Kadang-kadang isteri akan lebih hargai suaminya bukan semata-mata dengan ucapan sayang tetapi bantu isteri buat kerja rumah atau urus anak kira dah terbaik.
Ads
Menurut Ozlynn dalam instagramnya sebab itu, jangan terlalu berkira dengan isteri. Ucapan sayang tak sama dengan hati dan perbuatan. Kadang ada isteri tanya, abang sayang saya? Suami akan jawab “apa la awak ni, sayanglah.” Sambil tu jari dia tengah tekan butang game. Paling best mata masa jawab tu langsung tak pandang isteri. Lepas tu tak mustahil adalah yang rasa tak puas hati.
“Kan ke bagus sayang tu di sertakan dengan senyuman dan bantuan.. Barulah isteri pun akan rasa terus dihargai.
Ads
“Kerja rumah seperti jaga anak, masak, suap anak makan, basuh baju, kemas rumah, sapu, mop lantai, lap tingkap, lap kipas siling, tukar cadar, lipat baju, mandikan anak). Ni semua isteri akan lakukan.
Ads
Tapi kalau tak mampu buat semua pun cukup tolong tidurkan anak pun dah sejuk hati.
Walaupun dalam tidurkan anak tu dia selit juga kesempatan untuk tidur sekali tak kisahlah asalkan dapat mak-mak ni merasa “me time”.
Sumber: ig jozlynnhanania
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Usahawan terkenal Noor Hayati Kamarzaman atau mesra di panggil Kak Yatie berkongsi kepentingan membuat hibah kepada waris anak perempuan yang dikongsi di laman Instagramnya.
Anak sulung Bonda Rozita dan juga kakak kepada Dato Aliff Syukri ini hadir ke Mahkamah Syariah bersama suami kali kedua selepas 20 tahun untuk membuat hibah buat anak-anak perempuanya.
“Bergambar kenangan depan Mahkamah Syariah. Risau je masuk dengan @mohamad.zaidi.aziz 🙊 Selepas 20tahun alhamdulillah merasa jejak ke sini tapi atas tujuan hibah harta lah. Bukan atas sebab lain”
Menurutnya lagi, dahulu dia tidak terfikir akan meninggalkan harta buat anak-anak tercinta kerana fokus mereka hanyalah membina kerjaya yang ada.
“Slide belakang tu masa kami di awal kahwin, anak pun baru usia dalam 1-2 thn. Baru habis kerja, ada shooting @sendayu.tinggi_hq yang kami sendiri buat. Kami la photog, Kak Yatie lah mua 🤭 Fokus kami untuk bina kerjaya, gain experiences dan knowledge. Masa ni tak fikir pun ada sesuatu yang boleh diberi pada anak-anak selain menjalankan responsible seadanya, hantar mereka study, beri makan, pakai yang mampu, sampai lah kami berdua own @the_hijab.co & @_theskin.co”
Kak Yatie turut menasihati ibu bapa yang hanya mempunyai anak perempuan agar mempersiapkan hibah buat anak-anak kerana hibah yang diberikan tidak boleh dicabar oleh sesiapa termasuk di Mahkamah.
“Korang yang ada waris anak perempuan je elok sangat lah tu buah hibah. Tak boleh dicabar tau. Kalau wasiat masih boleh dicabar di court. Even ada lelaki atau perempuan yang ramai pun elok juga lah dah siap-siap agih.”
“Bukan apa, tanah sepasu pun boleh putus hubungan anak beranak. Makan masa bertahun-tahun nak setel. End up jadi harta tak dituntut. Korang tau tak, wang yang tak dituntut je hampir 11.2billion yang mana majoriti adalah bumiputera. Non bumi siap-siap dah buat will supaya tak jadi isu macam ni la”
Rata-rata warga maya bersetuju dengan cadangan Kak Yatie berkenaan Hibah yang perlu dilakukan secepat mungkin buat pewaris untuk elak perkara yang tidak sepatutnya terjadi kelak.
Wow! Bestnya mommies dapat me-time dengan bff di Muzium Negara. Ada sharing dari pakar, games menarik dan hadiah lumayan untuk dimenangi. Jom, daftar sekarang di SINI
Ketibaan Ramadan dinanti setiap umat Islam apatah lagi bulan penuh keberkatan ini memberi kita peluang meningkatkan amal ibadat dan merebut pahala berlipat ganda.
Dalam keterujaan menyambut bulan mulia ini, ramai yang gagal menguruskan kewangan dengan berbelanja mengikut nafsu sama ada ketika membeli juadah berbuka mahu pun persediaan menyambut Aidilfitri.
Perbelanjaan Besar Tinggal Di Ibu Kota
Bagi guru tadika, Khairunnisa Khirrudin, 33, sememangnya realiti kehidupan kini agak mencabar tambahan pula baginya yang tinggal di Lembah Klang, pentingnya berjimat dalam perbelanjaan harian terutama ketika menyambut Ramadan dan Syawal.
Tambahan pula, katanya, keluarga besar terdiri daripada lima anak berusia antara tiga hingga tujuh tahun pasti menuntut dia dan suami, Omar Syaqif Mohamad Sauffi, 32, menguruskan perbelanjaan dengan betul.
Simpan Duit 5 Bulan Awal Khas Untuk Raya
“Apa yang kami buat adalah menyimpan duit lima bulan awal khas untuk raya sebanyak RM200 sebulan. Jadi, apabila tiba Ramadan kami tidaklah kelam-kabut kalau duit tidak mencukupi untuk perbelanjaan harian.
“Tambahan pula anak kami ramai, jika tidak buat begini (menyimpan lebih awal) tentu susah hendak menguruskan kewangan,” katanya.
Beli Barang Keperluan Raya Pada Awal Ramadan
Katanya, dia dan suami biasanya mula membeli barangan keperluan seperti baju raya pada minggu kedua Ramadan, diikuti persiapan kuih raya, kasut dan aksesori pada minggu ketiga dan minggu terakhir fokus untuk persiapan rumah dan lauk raya.
Menangis pada hari pertama sekolah adalah kebiasaan yang akan berlaku pada hari pertama sekolah. Ibu ayah jangan judge anak & panik, mesti tahu punca anak menangis.
Hari pertama persekolahan anak mendebarkan bukan sahaja kepada si anak tetapi ibu ayah. Tidak dinafikan dalam bangunan sekolah nanti akan kedengaran tangisan dari kanak-kanak di sana sini dan pelbagai aksi pujuk memujuk akan berlaku.
Perkongsian daripada Puan Puan Marina Mohd Nor, Pengetua Tadika Ilmiah Bonda, Subang Bestari ini diharapkan dapat membantu anda memahami sebab kanak-kanak menangis pada hari pertama sekolah.
Saya, Teacher Marina selaku pengetua Ilmiah Bonda ingin kongsikan antara faktor yang menyebabkan anak-anak menangis di hari pertama persekolahan.
4 PUNCA KANAK-KANAK MENANGIS PADA HARI PERTAMA SEKOLAH
#1. BELUM MENGENALI ORANG SEKELILING
Ada ramai kawan-kawan yang tidak dikenali. Ini memberi kejutan besar kepada anak-anak. Kerana dia sedang dikelilingi oleh guru-guru dan kawan-kawan yang dia tidak pernah jumpa dan tidak kenal. Tiba-tiba anak-anak akan rasa terlalu asing dan takut.
#2. MENANGIS UNTUK MENGHILANGKAN RASA TAKUT
Ada kawan-kawan yang menangis. Apabila melihat atau berada di situasi yang penuh dengan suara tangisan, sedikit sebanyak perasaan mereka jadi berbaur. Jadi kanak-kanak itu akan meniru aksi menangis kawan-kawan lain untuk hilangkan rasa takut mereka.
#3. IBU AYAH HANYA HANTAR DI PAGAR SEKOLAH
Ibu bapa hantar di pagar sekolah sahaja tidak seperti semasa pendaftran, ibu dan ayah serta adik beradik lain masuk ke tadika dan menemani mereka bersama mereka di sekolah.
#4. MENGANTUK & LAPAR
Rasa mengantuk dan rasa lapar juga adakala faktor yang menganggu emosi kanak-kanak.
IBU AYAH JANGAN PANIK, LAKUKAN 3 PERKARA INI
Sekiranya perkara ini terjadi kepada anda, Puan Marina menyarankan supaya melakukan 3 perkara ini. Hal ini akan membantu meringankan tugas guru untuk memujuk anak-anak kecil ini.
Jadi jika berlaku situasi anak menangis di hari pertama persekolahan nanti, ibu, ayah, atok, nenek, uncle, mak cik jangan panik.
Ini antara cara ibu ayah boleh bantu ringankan kerja guru di sekolah;
#1. BERI LUANG MASA ANAK UNTUK BONDING DENGAN GURU
Guru-guru sudah bersedia dan terlatih untuk mengawal situasi ini, segera serahkan anak-anak kepada guru bertugas. Dan berikan mereka ruang masa untuk mengenali, bercakap dan berduaan dgn guru mereka.
#2. SEDIAKAN PAKAIAN EKSTRA & TUALA
Ada juga situasi, anak-anak akan menangis hingga muntah dan basah baju. Ibu bapa boleh mudahkan kerja guru dengan menyediakan baju salin dan tuala dalam beg mereka.
#3. ELAKKAN BERBUAL LAMA DENGAN GURU DI PAGAR SEKOLAH
Anak-anak sudah bersedia hendak ke sekolah, tetapi mereka perlukan masa. Beri masa guru-guru dan anak-anak menyesuaikan diri. Ibu bapa elakkan berbual dengan guru terlalu lama di pagar sekolah pada hari tersebut.
Kita semua mahu yang terbaik, kita perlu ingat bahawa di tadika guru bukan sahaja mengajar, mereka membantu kanak-kanak mengawal emosi, ajar anak-anak membuat keputusan, pastikan keselamatan anak-anak kita.
Jadi, mudahkan proses anak-anak kita belajar bersama guru-guru. Pengalaman yang dilalui oleh anak-anak adalah proses.
Doakan Allah permudahkan urusan menuntut ilmu anak-anak kita dan urusan guru-guru anak-anak kita.
Pesanan kasih mesra dari saya. Share bersama ibu bapa lain, semoga bermanfaat.