Mengajar serta menggalakkan anak-anak memberus gigi bukan lah suatu perkara yang mudah untuk dilakukan. Salah satu penyebabnya adalah kerana mereka masih belum faham tentang kepentingan memberus gigi. Selalunya ia merupakan satu cabaran kerana anak-anak hanya bermotivasi untuk melakukan perkara-perkara yang menyeronokkan sahaja. Ada ibubapa yang menggunakan kaedah memujuk, dan tidak kurang juga ada yang menggunakan ugutan dalam menangani masalah ini.

Berus Gigi Tak Semestinya Dalam Bilik Air, Biar Anak Berus Gigi Depan TV Kalau Dia Suka.

Terdapat beberapa tip yang boleh dipraktikkan untuk menggalakkan anak-anak memberus gigi:-

Mula Seawal Mungkin

Rutin penjagaan gigi dan gusi seharusnya diperkenalkan dan dimulakan seawal sebelum tumbuhnya gigi susu.

Sebelum tumbuhnya gigi susu, bersihkan gusi anak-anak menggunakan tuala atau kain bersih yang dibasahkan dan dibalut pada jari.

Berus jari untuk bayi yang dibuat khas daripada getah juga boleh digunakan untuk membersihkan gusi.

Berus Gigi Tak Semestinya Dalam Bilik Air, Biar Anak Berus Gigi Depan TV Kalau Dia Suka.

Mula membersih dan memberus gigi apabila gigi susu yang pertama telah tumbuh. Lap dan bersihkan gigi tersebut setiap hari menggunakan tuala atau kain basah yang bersih.

Apabila anak-anak telah selesa dengan rutin pembersihan tersebut, kenalkan beliau dengan berus gigi dan galakkan anak-anak untuk memegang sendiri bahagian pemegang berus gigi tersebut, semasa anda memberus giginya.

Berus gigi bersama mereka

Anak-anak suka meniru segala perbuatan ibubapa atau adik-beradiknya. Duduk berhadapan dengan mereka dan berus gigi bersama-sama. Semasa anda memberus gigi anda, tunjukkan padanya yang anda sangat seronok memberus gigi, agar anak anda akan berasa teruja untuk memberus gigi juga.

Pastikan anak-anak memegang berus gigi mereka sendiri and dapat melihat dengan jelas apa yang anda lakukan dengan berus gigi.

Jadikan rutin

Berikan penekanan bahawa memberus gigi adalah satu rutin harian yang wajib, iaitu pada waktu pagi dan malam.

IKLAN

Peruntukkan masa yang sesuai dimana anak-anak anda tidak terlalu letih, supaya aktiviti memberus gigi tersebut menjadi mudah untuk anda dan anak anda.

Jadikan aktiviti memberus gigi sesuatu yang ringkas dan mudah. Sebagai permulaan, tidak perlu menekankan kepentingan memberus gigi selama 2 minit.

Masa bersama keluarga

Cuba dapatkan semua ahli keluarga untuk memberus gigi bersama sebagai satu aktiviti keluarga, sekurang-kurangnya sekali sehari, atau pun sekali seminggu semasa hujung minggu.

Biarkan anak-anak bermain dengan berus gigi mereka dan biarkan mereka memberus “gigi” patung mainan kegemaran mereka, ataupun mereka juga boleh memberus gigi anda.
Jadikan suasana memberus gigi itu sebagai satu aktiviti keluarga yang menyeronokkan.

Mainkan muzik / Nyanyikan lagu

Main kan lagu atau muzik kegemaran anak-anak semasa mereka dan anda memberus gigi.
Cipta satu lagu mengenai “memberus gigi” dan nyanyikan bersama mereka semasa mereka memberus gigi sendiri, atau pun semasa anda memberus gigi mereka.

Sekiranya mereka berhenti memberus gigi, hentikan muzik tersebut atau berhenti menyanyi. Beritahu mereka bahawa lagu dan muzik hanya akan dimainkan atau dinyanyikan apabila mereka memberus gigi semula.

Lokasi memberus gigi

IKLAN

Memberus gigi tidak semestinya dilakukan hanya di dalam bilik air atau bilik mandi.
Biarkan anak-anak anda memberus gigi semasa mereka menonton rancangan televisyen kegemaran mereka di ruang tamu (perlu diawasi!).

Berus Gigi Tak Semestinya Dalam Bilik Air, Biar Anak Berus Gigi Depan TV Kalau Dia Suka.

Memberus gigi juga boleh dilakukan di bilik makan atau dapur, dengan membiarkan anak duduk di kerusi dan anda berdiri dibelakang kerusi tersebut untuk membantu anak memberus gigi.

Pilihan berus gigi yang menarik

Beri peluang kepada anak anda untuk memilih sendiri berus gigi, sebagai contohnya berus gigi bermotif kartun atau hero kegemaran mereka.

Apabila anak-anak diberi peluang begini, mereka akan merasa bahawa diri mereka mempunyai kawalan kemampuan dan keperluan.

Pilihan ubat gigi berperisa kegemaran anak-anak

Gunakan sebarang jenis ubat gigi kanak-kanak yang disukai mereka dan juga mempunyai perisa yang digemari.

IKLAN

Biarkan anak-anak memilih pelbagai jenis ubat gigi kanak-kanak berperisa dan cuba setiap perisa semasa memberus gigi agar mereka dapat memilih perisa kesukaan mereka.

Boleh juga gunakan pelbagai perisa ubat gigi kanak-kanak secara bertukar-tukar mengikut giliran.

Walaubagaimanapun, pastikan hanya meletakkan ubat gigi bersaiz kacang pis di atas berus gigi, terutama jika menggunakan ubat gigi berfluorida dan anak-anak tidak pandai berkumur atau meludah dengan sempurna.

Beri anak-anak penghargaan

Anak-anak boleh diberi motivasi mengenai kepentingan memberus gigi dengan memberikan mereka penghargaan setiap kali mereka memberus gigi.

Buat satu carta untuk mereka menandakan aktiviti memberus gigi setiap kali ia dilaksanakan dengan baik atau sebaliknya.

Berikan penghargaan setiap kali mereka berjaya memberus gigi dengan baik, seperti membeli dan bermain dengan permainan kesukaan mereka atau membacakan mereka cerita dari buku kegemaran mereka.

Selalunya, penghargaan lisan seperti pujian adalah memadai.

Tidak kira bagaimana anda menangani masalah ini, jangan menganggap ia sesuatu yang mudah dan jangan mengharapkan kesempurnaan.

Sumber: MyHealth Portal

Berus Gigi Tak Semestinya Dalam Bilik Air, Biar Anak Berus Gigi Depan TV Kalau Dia Suka.

Peranan ibubapa mendidik anak-anak dan menerapkan keberanian dan semangan kesukarelaan adalah suatu tugas yang penting. Seorang juara adalah diasuh dengan pemikiran dan minda juara.

Saksikan kisah “Hero Cilik” dalam Pa&Ma Journey Bersama SchAwaLara, Rabu ini, 29 Julai, jam 9 malam di Astro Ria saluran 104/124.

#PaMaJourneyBersamaSchAwaLara
#AstroRia

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI