Abang Long, Kak Long adalah panggilan lazimnya kepada anak sulung. Anak sulung anak yang dinanti-nantikan kelahirannya. Tahukah anda layanan kita kepada anak sulung berikan pengaruh besar kepada suasana harmoni dalam rumah?
Selalu dilihat anak sulung terpinggirkan atau secara tidak sengaja, diherdik, dimarahi kerana ‘kegagalannya’ dalam menjalankan tugas sebagai kakak atau abang. Kerapkali juga dihenyak dengan pelbagai tugas dan dipersalahkan kerana adik-adiknya.
Kak Long & Abang Long ialah bintang yang perlu digilap, kerana pengaruhnya sangat besar kepada suasana dalam rumah.
Kaunselor, Puan Farhan memberikan pandangannya mengenai hal ini. Memang benar, persediaan dan layanan yang baik secara psikologinya akan memberikan impak positif kepada si sulung. Berikut ialah perkongsiannya;
LAYANAN KEPADA ANAK SULUNG
Anak sulung ini besar pengaruhnya kepada adik dibawahnya. Oleh itu, sebelum menambah ahli baru di dalam keluarga berusahalah untuk mempersiapkan anak sulung anda juga.
Anak sulung yang siap menerima kehadiran adik adiknya pasti akan memberi banyak kesan positif di dalam keluarga itu sendiri.
KENAPA MUSTAHAKNYA ANAK SULUNG BERSEDIA?
Mengurangkan stress ibu menguruskan anak baru. Anak sulung yang bersedia menerima kehadiran adik pasti akan banyak membantu ibu dalam menguruskan rumah termasuk lah membantu menjaga dan menguruskan keperluan adiknya.
TIP MENGURANGKAN PENOLAKAN TERHADAP ADIK BARU
Ads
Anak sulung yang bersedia menerima adiknya juga akan kurang menunjukkan penolakan terhadap adiknya.
Penolakan kepada kehadiran adik pasti akan ditunjukkan melalui perbuatan seperti mengacau adiknya, membuat sesuatu yang membangkitkan kemarahan orang sekeliling dan juga kerap menangis dan mengamuk.
Untuk mengurangkan penolakan kepada kehadiran adik yang baru, ini lah pentingnya anak sulung anda dipersiapkan sebelum kehadiran orang baru.
PASTIKAN DIA SERONOK DENGAN KEHADIRAN ADIK
Jadi, sebelum ditambah ahli baru pastikan anak sulung sudah boleh faham akan erti adik. Pastikan dia juga seronok menanti kehadiran seorang adik.
Anak sulung yang tidak seronok dengan kehadiran adiknya akan memberi layanan yang kurang baik kepada adiknya.
Ads
LAYANAN SI SULUNG MENENTUKAN SIKAP ANAK KEDUA, KETIGA & SETERUSNYA
Ingat, pengaruh anak sulung sangat besar kepada adiknya. Cara dia melayan adik dibawah nya akan menentukan juga bagaimana sikap anaj kedua, ketiga dan seterusnya. Ia bagaikan sebuah cycle yang berhubung kait.
Sekiranya mereka kerap bergaduh, berebut dan saling pukul memukul antara sayu sama lain pastinya adik adik dibawahya akan menjadi kasar.
Seterusnya, sikap dan perangai itu akan diperturunkan pula kepada adik adik yang seterusnya.
Sekiranya banyak perangai dan perbuatan positif yang ditunjukkan oleh anak sulung, adik adik lebih mudah menurut.
Ads
BETAPA BESARNYA PENGARUH ANAK SULUNG
Saya selalu memerhatikan apabila anak sulung saya mengaji, adiknya pasti akan duduk dan ikut bersama sehingga dia habis mengaji.
Betapa besar nya pengaruh anak sulung di dalam pembentukan suasana yang harmoni di dalam rumah anda.
Oleh itu, sebelum anda menambah bilangan ahli keluarga jangan lupa untuk ‘berbincang’ bersama anak sulung anda agar mereka bersedia memikul tanggungjawab sebagai kakak/abang.
‘PERKASAKAN’ SI SULUNG DENGAN ILMU & CONTOH
Sebelum anak menambah ahli baru pastikan dalam keluarga pastikan juga anak sulung sudah diperturunkan ilmu serta contoh yang baik untuk mereka aplikasikan bersama adik adik yang lain.
PASTIKAN LAYANAN TIDAK BERUBAH WALAU PUN SUDAH BERADIK
Kita juga harus memastikan cara kita melayan anak sulung ini tidak berubah walaupun sudah beradik. Ingat, pengaruh Abang dan Kak Long Kawasan itu kuat. Untuk memastikan mereka melayan dan menguruskan adik dengan baik, ianya bermula bagaimana ibu dan ayah mendidik anak yang sulung.
Anak masih tidak pandai bercakap? Pelat dan bercakap terlalu laju yang kita sendiri tidak faham?
Lagi satu anak faham apa yang kita ucapkan kepada mereka tetapi mereka hanya sekadar tersenyum dan jika bercakap sekalipun bahasanya boleh dikatakan seperti ‘Bahasa German’.
Kalau ya anak-anak anda ada masalah ini, jangan biarkan. Lakukan aktiviti yang boleh membantu kelancaran pertuturan anak kita sendiri di rumah.
Perkongsian dari Puan Hidayah Azir ini cukup mudah dan boleh membantu ibu bapa merancang aktiviti seperti ini sejak awal. Selain memberi keseronokan ia juga sangat bermanfaat.
Penyanyi nombor satu negara, Dato’ Sri Siti Nurhaliza mengakui sebagai ibu dia menjadi individu paling gementar apabila anak sulungnya, Siti Aafiyah Khalid melakukan persembahan menerusi konsert piano pertama yang disertainya.
Walaupun baru berusia empat tahun, Aafiyah menjadi peserta termuda dan tak sangka dia mampu melakukan dengan baik walaupun ini adalah konsert kali pertamanya selepas mengikuti kelas piano.
“Hari ini Aafiyah menyertai konsert piano pertamanya.. Ibu bila teacher @illypianoacademy kata Aafiyah ada konsert, ibu yang nervous sebab Aafiyah antara yang paling muda iaitu 4 tahun dan takut dia panic (ibu je over thinking sebenarnya)
“Bila makin dekat ibu lagi nervous bercampur excited. Hari ini ibu rasa sebak mula-mula tengok Aafiyah perform.
“Ayah pun bangga je bila tengok anak dara dia perform sambil lentik2 jari tuuu.(Ada gaya kata Ayah),” kongsinya.
Dato’ Siti memuat naik sedutan video persembahan Aafiyah di instagramnya dan ramai yang memuji kebijakannya yang nampak tenang. Malah ramai yang tak sabar untuk melihat Aafiyah buat persembahan bersama ibunya.
“Bravo Aafiyah😍😍😍 ke mana pulak kuah nya tumpah kan @ctdk”
“So cute, nanti boleh lah perform dekat konsert Siti Nurhaliza pulak 😉”
“Well done Aafiyah, nanti Ibu buat konsert, Aafiyah boleh mainkan piano 😍”
“Proud of you Aafiyah!❤️ congrats”
Sementara itu, sebagai ibu, Dato’ Siti turut mendoakan agar dipermudahkan setiap urusan Aafiyah menuntut ilmu baru dalam hidupnya.
“Semoga Aafiyah dapat menimba segala ilmu dengan baik anakku.. Ibu dan Ayah selalu doakan ye.
“Tq teacher @illypianoacademy yang sentiasa sabar mendidik anak ibu ye,’ tulisnya.
Jarang sekali ibu ayah menekankan tanggungjawab anak lelaki bantu kerja di rumah apatah lagi di dapur.
Biasanya anak lelaki akan dibiarkan duduk sahaja di rumah tanpa perlu menolong buat kerja rumah. Tanpa sedar kita sebenarnya tersilap mendidik anak lelaki.
Sepatutnya anak lelaki perlu diajar cekap membuat kerja rumah kerana bila sudah bergelar suami barulah mereka jadi suami yang bertanggungjawab dan ringan tulang membantu buat kerja rumah.
Cara yang dilakukan oleh Penulis buku yang juga seorang Pakar Psikiatri, Dr Norzila Zakariadalam mendidik anak lelakinya cekap di dapur dan membuat kerja-kerja rumah wajar dicontohi.
Anak lelaki mesti cekap di dapur
Yang sudah ada anak dara mungkin tugasan menjadi ringan dengan bantuan mereka, namun biasanya anak lelaki kurang ditekankan untuk membantu di dapur.
Ini satu kesilapan yang perlu dibetulkan dari mula lagi jika mempunyai anak lelaki. Jadikan mereka cekap di dapur agar bila mereka berkahwin nanti tugasan dapur boleh mereka lakukan dengan baik, lagipun itu memang tugas seorang suami kan menyediakan keperluan keluarga. Cuma budaya kita ni menonjolkan perempuanlah pengurus dapur.
Justeru itulah saya sentiasa menggalakkan anak-anak lelaki saya ke dapur. Hafiz memang dah biasa ke dapur.
Hujung minggu lepas saya upgrade kemahirannya dengan mengajar bagaimana memotong daging agar mudah lembut jika di masak. Dia dah pandai melihat jaluran daging dan memotong melintang jaluran.
Alhamdulillah hasilnya saya tunjukkan bila daging sudah di masak, walaupun daging itu bukan daging muda, namun proses memasaknya tidaklah lama kerana ianya dipotong melintang dan nipis.
Tanyalah resepi masak kicap atau di kampung saya di Selangor dipanggil masak semur, pasti Hafiz sudah boleh ingat sebab dia melakukan praktikal terus.
Ini masakan kegemaran anak-anak saya apatah lagi ditambah kentang dan suhun, berebut-rebut mencari suhun. Alhamdulillah satu keluarga dapat merasa masakan Hafiz.
Berita Bung Moktar meninggal dunia mengejutkan negara. Ketahui perjalanan hidup, keluarga, legasi politik dan sisi peribadi tokoh Sabah ini yang dikenang ramai.