Hati ibu mana yang tak sedih tatkala melihat anak yang dilahirkan sihat beberapa bulan lalu, tiba-tiba diuji dengan penyakit yang jarang berlaku sehingga terpaksa bergantung dengan ubat yang boleh memberi kesan sampingan pada si comel ini.
Kisah adik Nur Ainul Mardhiah, 5 bulan pernah dikongsikan oleh ibunya, Norzuzita Abd Rahman pada akhir November lalu apabila melihat keadaan Ainul yang seolah seperti terkejut atau menyentak berulang kali secara tiba-tiba sehingga meleleh air matanya.
Selepas dibawa ke hospital untuk pemeriksaan lanjut, doktor pakar mengesahkan Ainul menghidap penyakit Infantile Spasm. Penyakit ini jarang-jarang berlaku.
Setelah mendapat keputusan penyakit Ainul, doktor dah mula memberi ubat prednisolone tapi lepas makan ubat tersebut, Ainul masih lagi menyentak tapi tak sekerap seperti sebelum ni.
Ads
Menurut apa yang diberitahu, doktor akan tengok dulu tindak balas badan Ainul pada ubat ini kerana ia permulaan untuk Ainul menerima ubat tersebut. Walaupun Ainul dibenarkan keluar wad semalam (3 Disember) masih banyak lagi rawatan susulannya.
Ainul juga perlu melalui beberapa prosedur lain iaitu 9 Disember ini ultrasound, 15 Disember janji temu dengan pakar di Hospital Kuala Lumpur dan 25 Disember buat MRI.
Ads
Banyak kesan sampingan ubat prednisolone
Apa yang merisaukan hati seorang ibu, apabila doktor memberitahu banyak kesan sampingan ubat prednisolone ni. Antarany kurang antibodi, mudah kena jangkitan kuman, tulang mudah rapuh dan perkembangan jadi lambat.
Ya Allah berat sungguh dugaan untuk anak kecil ibu. Tolong doakan untuk Nur Ainul Mardhiah supaya cepat sembuh dan terus kuat. Ibu tahu anak ibu kuat. Sepanjang berada di hospital pun Ainul tak meragam. Makan ubat semua ok.
Terima kasih pada semua kerana selepas saya berkongsi kisah Ainul, ramai yang mendoakannya cepat sihat. Baru tahu rupanya banyak jenis sawan yang boleh berlaku pada anak kecil ni. Doakan Ainul terus kuat ya!
**Teringin nak dapatkan barangan pada harga hebat, klik di sini
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Penjagaan kesihatan gigi dan mulut memang penting. Ia perlu dititik beratkan sejak kecil lagi. Tapi biasalah budak-budak kalau dah mula makan gula-gula macam tak boleh berhenti. Akibatnya banyak gigi hitam dan rosak.
Gigi susu yang rapuh dan dicabut sebelum masanya boleh mengganggu nutrisi baik dan juga perkembangan pertuturan kanak-kanak yang sedang membesar. Dalam satu perkongsian dalam laman Facebook, seorang kanak-kanak perempuan terpaksa jalani pembedahan akibat gigi yang mereput sehingga menyebabkan gusinya membengkak.
dalam perkongsian tersebut, ibu kepada kanak-kanak ini menyatakan bahawa gigi anaknya itu sudah mula mereput serta gusi membengkak yang menyebabkan anak perempuannya sering sakit gigi.
Disebabkan keadaan itu, dia membawa anaknya ke klinik dan doktor gigi tak dapat nak cabut gigi yang bermasalah kerana gigi kanak-kanak tersebut sudah rapuh dan kebanyakkannya hanya tinggal tunggul di dalam gusi. Menurutnya juga gigi baru atau gigi kekal tak dapat nak tumbuh disebabkan tersekat dengan gigi lama yang telah mereput.
Ekoran daripada itu, doktor menyarankan untuk buat pembedahan gigi bagi membuang hampir semua gigi yang berjumlah 20 batang sekaligus. Tak boleh bayangkan nak kena hadap sakit gigi tu. Bukan sebatang tapi 20 batang. Orang dewasa pun boleh nangis kalau sakit gigi, inikan pula kanak-kanak.
Walaubagaimanapun, menurut perkongsian tersebut, semuanya berjalan dengan lancar, anaknya juga stabil dan sudah dibenarkan pulang.
“Bagi yang tanya kakak sakit apa, actually kakak buat operation gigi. Gigi dia buruk dan mereput serta gusi membengkak. Jadi dia selalu sakit gigi. Bila ke klinik, doc xboleh nak cabut sebab gigi dia rapuh dan kebanyakannya dah tinggal tunggul kat dalam gusi. Gigi baru nak tumbuh tak boleh nak keluar sebab blocking.”
“Jadi doc sarankan untuk buat pembedahan gigi. Buang semua gigi sekali gus. Hampir 20 batang jugak. Kita cabut satu pun menangis, apatah lagi banyak camtu. siap kena jahit atas bawah pulaktu.”
“Alhamdulillah semasa operation, everything smooth. Selepas operation keadaan kakak stabil, so now dah boleh bawa dia pulang.”
Jom menyertai komuniti ibu Pa&Ma Moms To Be. Anda boleh ikuti forum, ajukan soalan-soalan kepada doktor dan menggunakan pelbagai tools di sini. Sign up di https://momstobe.majalahpama.my
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Melahirkan anak adalah proses yang memerlukan tenaga. Jadi adalah penting untuk bakal ibu makan dan minum sebelum bersalin. Apa pilihan makanan yang sesuai ya?
Makan & minum sebelum melahirkan anak
Pengambilan makanan dan minuman sebelum bersalin, terutamanya pada fasa awal kelahiran penting untuk membekalkan anda dengan tenaga yang diperlukan dan menjadikan diri lebih selesa dalam menghadapi kontraksi.
Proses kelahiran bukanlah perkara yang mudah dan tidak dinafikan anda mungkin akan berasa gementar.
Namun tindakan anda memilih untuk tidak makan dan minum boleh menyebabkan diri berdepan tekanan, mengalami rasa mual, muntah dan sakit kepala.
Memastikan diri mendapat bekalan makanan berkhasiat dan terhidrat bantu mengelakkan anda daripada mengalami keletihan. Ini kerana keletihan tersebut boleh mengakibatkan proses bersalin menjadi lama dan kontraksi yang kurang efektif.Ini Senarai Makanan Yang Disarankan Untuk Ibu Sebelum Masuk Bilik Bersalin
Pilihan makanan sebelum bersalin (Fasa pertama)
Fasa pertama ini adalah tempoh paling baik untuk mengumpul bekalan tenaga yang akan digunakan nanti.
Sama seperti penjagaan sepanjang tempoh kehamilan, anda disarankan untuk mengekalkan pengambilan makanan seimbang yang dapat memberikan tubuh tenaga serta nutrien diperlukan semasa melahirkan anak.
Anda juga dinasihatkan untuk makan dan minum dalam kuantiti kecil tetapi kerap bagi memudahkan proses pencernaan.
Pilih makanan yang mengandungi karbohidrat kompleks, sedikit protein dan lemak sihat untuk menstabilkan gula dalam darah dan tenaga, seperti:
Makanan untuk dimakan (Fasa kedua)
Apabila memasuki fasa kedua dalam peringkat melahirkan anak, selera anda pastinya akan semakin berkurangan, lebih-lebih lagi jika kontraksi lebih kuat dari masa ke masa.
Sekiranya boleh, kunyahlah sedikit makanan ringan atau yang mudah dicerna bagi mengekalkan kekuatan.
Sediakan beberapa pilihan makanan seperti buah-buahan atau bar granola dengan campuran buahan kering.
Elakkan makanan ini sebelum bersalin
Secara mudahnya walaupun makanan yang dipilih haruslah berkhasiat dan seimbang, ia mestilah mengikut selera anda.
Pun begitu, ada juga makanan yang harus dielakkan pengambilannya, seperti:
Minuman sesuai diambil sebelum bersalin
Seperti melakukan aktiviti fizikal yang kuat, anda juga perlu kekal terhidrat semasa melahirkan anak.
Anda mungkin tidak mempunyai selera makan, tetapi pastikan terus minum air antara tempoh kontraksi.
Fasa pertama: Air putih membantu anda kekal hidrat, air rebusan (bone broth) kaya nutrien dan membantu mengatasi loya. Manakala air kelapa mengandungi magnesium, kalium dan elektrolit – pilihan terbaik untuk mengekalkan hidrasi
Fasa aktif: Air minuman campuran limau nipis membekalkan elektrolit yang diperlukan bagi pengecutan otot rahim
Amalan minum air selusuh sebelum bersalin
Bagi ibu hamil berbangsa Melayu, pastinya pernah mendengar saranan mengenai pengambilan air selusuh. Namun, adakah ia amalan yang sesuai untuk diamalkan?
Bagi anda yang pertama kali mendengar mengenai air selusuh, ia merupakan air yang dipercayai dapat memudahkan dan mempercepatkan proses bersalin selepas ibu mula mengalami tanda-tanda nak bersalin atau kontraksi.
Air ini bukan sahaja diminum tetapi juga disapu pada perut.
Secara amnya, air selusuh ini adalah minuman yang telah dibacakan ayat suci Al-Quran dan kemudiannya diberikan kepada ibu hamil dengan bertujuan untuk memudahkan proses bersalin.
Selain itu, ada juga amalan penyediaan air selusuh dengan merendam akar Fatimah (rose of jericho) – biasanya diperolehi dari Mekah, air zam-zam, minyak kelapa dara serta minyak zaitun.
Tidak digalakkan
Buat masa ini masih tiada kajian atau penyelidikan yang dapat membuktikan bahawa air selusuh ini membantu mempermudahkan proses melahirkan anak.
Proses penyediaan air seluruh yang menggunakan bahan seperti akar Fatima atau akar kayu serta herba lain menyebabkan terhasilnya campuran bahan kimia aktif.
Campuran tersebut menyebabkan hormon oksitosin – hormon yang berkaitan dengan kontraksi rahim – muncul, dan membuatkan proses bersalin itu lebih cepat.
Walau bagaimanapun, pengambilan air ini tidak digalakkan kerana meningkatkan risiko kepada ibu hamil seperti:
Jika anda tidak pasti mengenai makanan atau minuman yang sesuai diambil sebelum bersalin, berundinglah dengan doktor untuk mendapatkan lebih kepastian.
Kredit: Hello Doktor
Ramadan kali ini lebih istimewa bersama Pa&Ma Superb Huffaz. Nantikan bacaan doa dan surah pilihan dari anak-anak Genius Aulad bermula 3 April ini! Saksikan setiap hari jam 7.00 malam di Facebook Majalah Pa&Ma.
Jangan ketinggalan okay! Teruskan menyokong kami di @majalahpama #majalahpama #pamasuperbhuffaz
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!