Influenza terbahagi kepada banyak jenis dan dikategorikan sebagai influenza A, B dan C. Virus jenis A adalah penyebab utama flu terhadap manusia dan haiwan. Jenis B pula kurang biasa tetapi boleh menyebab­kan penyakit yang menyerupai jenis A manakala influenza jenis C pula mengakibatkan selesema sederhana dan jarang dijangkiti.

Tanda dan gejala influenza tidak sama dengan selesema biasa. Gejala flu biasanya lebih serius dan mungkin memerlukan pesakit berehat daripada tugas harian. Gejala influenza pada kebiasaannya muncul secara tiba-tiba. Pesakit biasanya menghidap demam yang tinggi, batuk, sakit kerongkong, berhingus, sakit otot dan badan, sakit kepala dan keletihan.

Berikut perkongsian dari Dr Erna Nadia mengenai Infuenza A

Ok, apa benda influenza A ni?
Ianya adalah sejenis penyakit yang sangat mudah berjangkit dari satu individu ke individu yang lain melalui cecair di udara ( melalui batuk, selsema) yang  disebabkan oleh sejenis kuman virus yang bernama influenza.

Jangan Tangguh Jika Anak Demam Melebihi 38 Celcius. Risau Jangkitan Influenza!Influenza ini ada 4 jenis : A,B,C,D.
Dan yang paling serius jangkitannya adalah jenis A. Ianya bukan sahaja boleh menjangkiti manusia, tetapi juga boleh menjangkiti haiwan seperti burung dan khinzir.

Tempoh jangkitan adalah 7-21 hari.
Jadi, bertabahlah jika dijangkiti.

IKLAN

Saya senaraikan tanda-tanda dan rawatan di dalam gambar di bawah ok.
(Tulis dalam gambar macam lebih mudah diingati, kan?)

Jangan Tangguh Jika Anak Demam Melebihi 38 Celcius. Risau Jangkitan Influenza!

Nasihat saya adalah jika anda atau anak anda atau ahli keluarga anda ada yang sedang demam, batuk, selsema berehatlah di rumah sahaja. Jangan keluar ke mana-mana kerana anda boleh menyebabkan orang lain terjangkit sama atau jangkitan anda akan menjadi semakin teruk.

Jika suhu badan melebihi 38 darjah selsius, tolong ke klinik atau hospital untuk dapatkan pemeriksaan dan rawatan yang betul. Ianya penting samada untuk tengok anda dijangkiti kuman virus atau bakteria.

IKLAN

Dengan cuaca sekarang yang agak sejuk dan lembab, banyak kuman bersuka ria di udara persekitaran kita.

Influenza pun bermaharajalela, denggi pun berkenduri sama dan radang paru paru pun nak turut serta.

Jangan Tangguh Jika Anak Demam Melebihi 38 Celcius. Risau Jangkitan Influenza!

Jangan biarkan dah melarat baru nak berjumpa doktor ok.

IKLAN

Rehat di rumah.
Minum air masak banyak banyak.
Makan makanan yang tidak terlalu berat.
Tukar cadar, langsir, tuala dan kain yang terdedah kepada virus. Amalkan buah dan sayur sayuran secukupnya.

Dan dapatkan vaksin influenza apabila sudah sembuh nanti.

Adakah supplemen yang boleh merawat influenza?
Tidak ada.
Sebab rawatannya adalah berdasarkan simptom sahaja.
Kalau nak makan vitamin C, silakan tapi dapatkan di farmasi berdaftar sahaja bukan dibeli online.

Elok lagi ambil natural produk yang mengandungi tinggi vitamin c seperti buah orange, kiwi, buah naga.

Sumber: Dr Erna Nadia

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI