Sering berkongsi cerita perihal anak lelakinya yang comel dan suka tersenyum, Ardy wira yang kini berusia 7 bulan nampaknya semakin comel dan keletah. Mempunyai laman Instagram sendiri, Ardy Wira sudah mempunyai followers sebanyak 138 ribu ini juga merupakan anak buah kesayangan Erma Fatima dan juga Umi Aida.

Dalam perkongsian di laman Instagram milik Betty dan juga anaknya itu sendiri, Ardy yang kini sudah diberi makanan pejal cukup seronok dengan makanan yang dihidangkan kepadanya setiap hari. Malah ia bagaikan sebuah diari yang dibuat khusus oleh Betty untuk tatapan peminat-peminat Ardy Wira. Dengan kapsyen-kapsyen comel yang diberikan, peminat-peminat si cilik yang bam-bam ini pasti tertunggu-tunggu posting tentang Ardy Wira setiap hari.

“Tolong tulis dalam diary harini saya start makan chicken, carrot & potato porridge tak blend mommy suruh guna gigi 8 batang saya untuk kunyah jangan malas. Pandai tak saya?”

“Me, everytime i see food”

View this post on Instagram

Me, everytime i see food ? #nosaltbae

A post shared by Betty Rahmad (@bettyrahmad) on

“11 Finger lickin’ Good Goods KFC X PESTLE MORTAR”

“Dah lunch ke aunties & uncles? Harini mummy bagi lunch lagi special la! Yang first gambar tu saya makan steamed brocolli tau bukan Ayam goreng kepci ? Pastu makan porridge ada salmon, carrot, bayam, brocolli and serbuk ikan bilis dalam tu. Sedappp wooo! Licin saya makan. Semua no salt, no sugar & no msg”

“Adui penatnya kunyah sampai licin alhamdulillah kenyang”

Peminat-peminat tak lupa beri komen untuk Ardy Wira kesayangan ramai ini.

Tip beri bayi anda makan dari Dr Salehuddin Sulaiman

  • Peringkat permulaan – 2 kali sehari
  • 7 hingga 8 bulan – naikkan kepada 3 kali sehari
  • Selepas 8 bulan, boleh mula beri snek, jadi berikan makanan 3 kali sehari + 1 snek
  • Selepas 12 bulan ( atau lebih awal, jika bayi Nampak lapar) boleh mula beri 3 kali makanan + 2 snek

Apa dia snek?

Snek ialah makanan yang mudah diberi tanpa preparation yang banyak ( tak serumit nak buat bubur, contohnya). Dan pastikan snek itu mengandungi tenaga dan juga nutrisi/vitamin. Contoh snek ialah yogurt, roti/biskut yang disalut mentega/cheese, buah, kentang yang digoreng (bukan fries dari McDonald’s)