Salah satu menu anak yang cukup digemari oleh anak-anak kita pastinya Ayam Masak Kicap. Namun ayam masak kicap dengan gabungan madu ini lain daripada yang lain. Resipinya cukup ringkas malah tidak menggunakan sebarang bawang sebagai penyedap rasa.

Nak tahu apa rahsia sedap sampai menjilat jari? Ini resipi yang dikongsikan oleh Dapur Cheyah. Hanya ada empat bahan sahaja, ayam kicap tersedia untuk anak-anak. Memang superb!


Resepi ni senang saja dan paling utama anak kita makan laju je. Ada yang tanya ayam tu menarik je apa rahsianya. Haaa pagi ni cheyah nak kongsi rahsia resepi kat kawan dan follower yang baik hati. Korang boleh view setiap gambar okey. Cheyah tulis kat sana ye.

Tak Ada Bahan Tumis, Paling Ringkas, Ayam Kicap Madu ‘Special’ Buat Anak Laju Makan!

Bahan – bahan simple

1. Tepung serbaguna
2. Ayam suka hatilah bahagian mana. Cheyah suka wing senang anak nak makan sebab kecik kan.
3. 2 sudu besar madu
3. 2 sudu besar kicap manis
4. 1 sudu kecil tepung jagung
5. Sedikit air.
Tak perlu letak garam dan gula ye.

Tak Ada Bahan Tumis, Paling Ringkas, Ayam Kicap Madu ‘Special’ Buat Anak Laju Makan!

Ayam tu gaul dan salut je dengan tepung serbaguna. Senang dia dah ada rasa.

Tak Ada Bahan Tumis, Paling Ringkas, Ayam Kicap Madu ‘Special’ Buat Anak Laju Makan!

IKLAN

Nah goreng bagi masak dan golden garing. Toskan lah dulu.

Tak Ada Bahan Tumis, Paling Ringkas, Ayam Kicap Madu ‘Special’ Buat Anak Laju Makan!

Masukkan setengah cawan air. Bila mendidih masukkan madu dua sudu makan macam ni.

Tak Ada Bahan Tumis, Paling Ringkas, Ayam Kicap Madu ‘Special’ Buat Anak Laju Makan!

Dah sebati, masukkan kicap manis tadi.

IKLAN

Tak Ada Bahan Tumis, Paling Ringkas, Ayam Kicap Madu ‘Special’ Buat Anak Laju Makan!

Ok last sekali bancuh tepung jagung dan masuk sekali. Gaul bagi semua sekata dan tepung tak berketul okeh.

Tak Ada Bahan Tumis, Paling Ringkas, Ayam Kicap Madu ‘Special’ Buat Anak Laju Makan!

Mendidih begini jom kita ready. Humban je ayam goreng tadi.

Tak Ada Bahan Tumis, Paling Ringkas, Ayam Kicap Madu ‘Special’ Buat Anak Laju Makan!

IKLAN

Taraaa. Nak pekat ke tak tu bergantung pada korang. Sukat tu ikut selera memasing.

Tak Ada Bahan Tumis, Paling Ringkas, Ayam Kicap Madu ‘Special’ Buat Anak Laju Makan!

Dah siap!  Selamat mencuba.


EPISOD 8 PA&MA JOURNEY BERSAMA JOVIANINA: SI CILIK BERJIWA BESAR

Setiap parents pasti menginginkan anak-anak yang berjiwa besar. Mempunyai semangat tolong-menolong, akhlak yang baik serta menghormati orang tua. Oleh itu, ibu dan ayah sendiri harus menunjukkan contoh terbaik untuk menjadi ikutan anak-anak. Mereka umpama kain putih, ibu ayahlah yang bertanggung jawab untuk ‘mencantikkan’ hiasannya.

Tak Ada Bahan Tumis, Paling Ringkas, Ayam Kicap Madu ‘Special’ Buat Anak Laju Makan!

Saksikan Episod ke 8, PA&MA Journey Bersama JoviaNina pada 14 Oktober 2020, jam 9 malam hanya di Astro Ria saluran 104/124.

Nak macam-macam info? Jom join telegram Pa&Ma D Parents https://t.me/pamadparents

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI