Betty Rahmad bersyukur khatam al-Quran di malam Nisfu Syabaan  dan tidak menyangka Allah susun sangat cantik aturan hidupnya. Betty berkongsi perasaan gembiranya dalam hantaran di laman peribadi Instagramnya.

Ibu kepada Ardy Wira ini tidak pernah membayangkan dirinya yang sebelum merangkak membaca al-Quran dapat menyempurnakan bacaan sampai khatam kitab suci tersebut dengan bantuan ustazah yang mengajarnya daripada Iqra 1 hinggalah tamat.

Lebih manis, selebriti ini yang mula berhijrah dan membaca al-Quran pada Awal Muharram  sejak bermula dari Iqra 1  tidak menyangka dapat khatam al-Quran pada malam Nisfu Syabaan.

Bahkan dia turut berterima kasih kepada suaminya Ardy Damis yang sentisa menyokong dan bersama-samanya dalam perjalanan indah tersebut.

Tak dilupakan kakaknya yang juga pelakon terkenal Umie Aida yang mengajaknya menyertai kelas mengaji serta pelakon dan pengacara Nabila Huda yang dianggap sebagai ‘ketua darjah’ kelas mengaji kerana sentiasa memberikan sokongan dan dorongan agar dia tidak berputus asa.

Kini Betty benar-benar bersyukur dengan nikmat yang Allah kurniakan ke atasnya kerana dapat membaca al-Quran. Jika sebelum ini ada perasaan malas, kini dia merasa janggal sekiranya tidak membaca al-Quran dalam sehari.

Segala puji bagi Allah swt
Syukur Alhamdulillah for this beautiful journey. Semua Allah dah susun cantik-cantik. Nikmat dan rasa cinta yang sangat luar biasa. Yang banyak ubah diri dan hidup i. Dari merangkak dengan Iqra ke Al-Quran, berhijab, sampai i diberi rezeki khatam sebelum sampai ajal. Walaupun all the time sibuk dengan kerja & anak. Segala pahala buat arwah bapa i dan semoga Al-Quran ini dapat bantu i dekat akhirat nanti.

Tak pernah imagine. Hidayah yang takkan dapat kalau i tak cari. Dari malas dan tak pandai sampai rasa janggal kalau tak baca Al-Quran dalam sehari. Sedih sebab Allah bagi peluang pada i yg jahil ni untuk rasa nikmat ini. Masuk Al-Quran & berhijrah pada Awal Muharram, dan khatam pada malam Nisfu Syaaban. Semuanya i tak rancang.

I percaya ramai yang macam i. Kalau dah terdetik, cari, start, jangan berhenti dan jadikan rutin. Its never too late. Mukjizat Al-Quran MasyaAllah i cant put into words 🥺

IKLAN

Thank you suamiku @ardydamis yg sentiasa support dan sama- sama dengan saya. Kakakku @umieaida9 ajak ku join kelas mengaji @kelas_mengaji.personal lepas subuh dulu, Ustazah @_puansrizakiah_ yang banyak ajar saya tajwid.

Terima kasih Ustazah @naveesha91 yang tak pernah judge kami. Yang ikhlas dan sabar ajar i dari Iqra 1 hingga khatam Al-Quran. And my ketua darjah @kupu_kupu i doa segala pahala i dapat sepanjang mengaji hingga khatam dapat dekat u jugak. I akan selalu doakan yang terbaik untuk u & kawan mengaji kita yang lain.

Thank you jugak yang selalu doa yg baik-baik untuk i doakan i terus istiqomah

Komen suami paling ‘sweet’

Betty Rahmad Bersyukur Khatam Al-Quran Di Malam Nisfu Syaaban

Selain mendapat komen daripada rakan-rakan artis yang memberikan ucapan puji-pujian kepada Allah dan mendoakan agar Betty terus istiqomah dalam penghijrahannya, komen daripada suami Betty paling ‘sweet’ sekali.

IKLAN

Betty Rahmad Bersyukur Khatam Al-Quran Di Malam Nisfu Syaaban

Seronok betul bila suami yang juga imam Betty sama-sama menyokong perjalanan indah tersebut dan mendoakan yang baik-baik buat si isteri.

Komen daripada ‘ketua darjah’ kelas mengaji dan kakak yang mengajak adiknya join kelas mengaji turut mendoakan usahawan produk sambal ini terus istiqomah.

Betty Rahmad Bersyukur Khatam Al-Quran Di Malam Nisfu Syaaban

Betty Rahmad Bersyukur Khatam Al-Quran Di Malam Nisfu Syaaban

Selain daripada itu perkongsian Betty sebelum ini tentang aktiviti mengajinya turut membuka hati pengikutnya untuk sama-sama belajar mengaji.

IKLAN

Betty Rahmad Bersyukur Khatam Al-Quran Di Malam Nisfu Syaaban

Nak join kelas penyediaan makanan anak?

Betty Rahmad Bersyukur Khatam Al-Quran Di Malam Nisfu Syaaban

Sebagai ibu, sudah tentu kita mahukan yang terbaik buat si manja. Pemakanan yang sihat dan seimbang sangat kita titikberatkan supaya anak dapat membesar dengan baik.

Nak tahu rahsia sediakan hidangan enak yang buat anak berselera makan? Jom, sertai E-Workshop Kelas Penyediaan Makanan Anak: Sedap, Sihat & Selamat di KELAS PENYEDIAAN MAKANAN ANAK SEDAP SIHAT SELAMAT

Hanya RM20, memang berbaloi dengan pelbagai resipi menarik serta info pemakanan anak. Klik sahaja https://toko.ideaktiv.com/product/e-book-resipiselerasimanja/ untuk mendapatkan e-book istimewa ini!

Betty Rahmad Bersyukur Khatam Al-Quran Di Malam Nisfu Syaaban

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI