Memandangkan ramai ibu bapa bertanya adakah elok minuman berkultur ini diberikan pada anak-anak, masing-masing memberi pendapat sendiri. Ada yang bersetuju dan ada juga sebaliknya.
Mungkin ada yang beranggapan, lebih baik anak minum minuman berkultur daripada minuman bergas. Tetapi sejauh manakah pendirian kita betul? Ini kerana ada isu sebelum ini yang menyatakan, anak terlebih minum minuman berkultur menjadi punca batuk.
Minuman probitotic harus ada gula sebab itu adalah makanan kepada bakteria baik iaitu probiotic sendiri.
Jika tiada gula probiotic tak boleh hidup dan tidak akan jadi minuman berkultur. Disebabkan kandungan gula tinggi tak digalakkan minum terlalu kerap bukan sahaja oleh anak anak tapi dewasa pun sama.
Ads
Alternatif sumber probiotic boleh didapati dari makanan diawet semulajadi seperti
– keju
– tempe
– yoghurt
Saranan ambil probiotic lebih adalah apabila
Ads
– cirit birit akibat salah makan (bakteria jahat banyak dari makanan tak elok)
– cirit birit lepas ambil antibiotic (ubat tersebut membunuk bakteria jahat dan baik juga kena)
– lembutkan najis (JIKA sudah minum air, makan serat mencukupi)
Dan ini juga boleh didapati melalui serbuk probiotic yang dijual di farmasi. Tidak semestinya dari minuman berkultur.
Ads
Yang boleh menjadi batuk bukan dari minuman berkultur secara langsung, boleh terjadi
– minuman sejuk (lagi sejuk lagi batuk)
– kerap minum air manis
– kurang minum air masak
– kurang ambil makanan berkhasiat seperti buah dan sayur
Satu lagi peringatan probiotic ada pelbagai jenis. Bukan semua ada satu fungsi. Contoh untuk lembutkan najis lain jenis dari yang untuk sakit perut. Nanti saya akan terangkan lebih lanjut lagi.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tidak ada keperluan untuk menambah garam ke dalam makanan bayi kerana buah pinggang bayi di usia ini masih tidak matang untuk memproses sebarang garam tambahan. Bayi juga tidak memerlukan gula dalam diet.
Pengambilan gula yang tinggi boleh menyebabkan anak anda menjadi pemarah apabila paras gula di dalam badan menurun selepas beberapa jam pengambilan gula tersebut. Bagi tempoh masa yang panjang, pengambilan gula yang berlebihan akan merosakkan gigi dan menyumbang kepada masalah berat badan berlebihan.
Pengambilan garam adalah berdasarkan usia anak.
Oleh itu, apabila anak anda telah mula makan makanan yang sama dengan ahli keluarga yang lain, tidak perlu menambah garam ke dalam makanannya.
Saranan pengambilan garam adalah berdasarkan usia anak. Jumlah garam yang dibenarkan bagi kanak-kanak yang berusia empat hingga enam tahun ialah 3.0gm (1.2gm natrium) sehari, manakala kanak-kanak berusia tujuh hingga 10 tahun sebanyak 5.0gm (2gm natrium) sehari. Bagi yang berusia 11 tahun ke atas, saranan adalah seperti keperluan dewasa iaitu 6.0gm (2.4 natrium) sehari.
Anda perlu ingat!!!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Penyediaan makanan bayi 8 bulan adalah cabaran untuk para ibu baru. Mana tidaknya, ibu perlu bertindak kreatif bagi menghasilkan makanan selain puri yang perlu diberikan kepada si manja.
Ia sangat penting bagi memastikan selera makan anak bertambah dan berat badan meningkat secara konsisten dan sihat. Para ibu dan bapa perlu tahu, ada beza penyediaan makanan bayi apabila sudah mencecah usia 8 bulan.
Bayi berusia 8 bulan sudah berjaya merangkak dan baru hendak mula menarik badannya. Dalam kesungguhan mencapai perkembangan ini, selera makan si bayi mungkin berkurangan.
Ibu perasan menu lama sudah tidak menarik perhatian si manja. Fikiran mula runsing hendak fikirkan resepi baru untuk naikkan selera anak semula. Ayuh baca artikel ini dan ketepikan semua kerisauan anda!
Tambahkan perisa dalam makanan bayi 8 bulan anda
Sekarang masanya untuk menambah perisa dan pepejal dalam makanan bayi 8 bulan agar cepat gemuk. Oleh sebab gigi geraham masih belum ada untuk menghancurkan makanan sehingga umur 12 ke 18 bulan, maka pastikan makanan tersebut dikisar hancur terlebih dahulu.
Makanan bayi 8 bulan sepatutnya boleh ditelan dengan hanya kunyahan gusi. Buah-buahan dan sayuran perlulah dimasak menjadi lembik terlebih dahulu kecuali pisang dan buah aprikot sebelum terus dihancurkan menggunakan pengisar khas makanan bayi atau dilenyekkan dengan garpu.
Daging, ayam, ikan dan sumber protein lain seperti telur perlulah dimasak terlebih dahulu dan dijadikan puri untuk bayi anda.
Bayi 8 bulan makan 3 kali sehari?
Bayi 8 bulan adalah di tahap ingin mula bergerak dan dalam kesibukan ingin melakukan ‘kerja’ ini, bayi anda mungkin jarang berasa lapar. Secara ideal, bayi umur ini ingin makan 3 kali sehari dan snek di antara waktu makan. Snek bukan bermaksud makanan ringan, tetapi makanan yang lebih solid dan berbentuk.
Ada juga bayi yang hanya makan sekali sehari dan anda tidak perlu risau. Cuma perhatikan reaksi bayi anda apabila dia lapar dan berilah makan. Pastikan anda memberi makanan yang seimbang dan mengandungi sayuran, sumber protein dan buah-buahan. Jangan lupa berikan keperluan susu badan ibu atau susu formula bayi seperti biasa.
Berhati-hati juga agar tidak berlebihan memberi makanan bayi 8 bulan agar cepat gemuk.
Nutrisi penting dalam makanan bayi 8 bulan
Bijirin
Pertama sekali, pastikan bayi anda tiada alahan pada bijirin, oat dan sumber kanji lain. Cuba dalam kuantiti yang sedikit terlebih dahulu. Pastikan tekstur lembut selepas dibancuh dan tidak berbiji.
Buah-buahan
Para ibu bapa boleh cuba kombinasi 2 hingga 3 jenis buah yang bayi anda suka. Jika tekstur buah yang tidak lembut, maka boleh dimasak dulu kemudian dilenyek.
Bagi buah-buahan yang dijadikan makanan bayi 8 bulan, boleh cuba diberi terus tanpa perlu dimasak. Jadikan ia berbentuk puri dengan mengisar dan melenyek buah tersebut.
Jenis buahan yang disarankan adalah pisang, kiwi, avokado dan tembikai. Buah-buahan merupakan sumber vitamin dan mineral yang penting untuk tumbesaran bayi.
Sayuran
Ketika bayi berumur 6 bulan, digalakkan memberi sayuran yang dimasak lembut dan dijadikan bentuk puri sebelum diberi kepada bayi. Kini, mencecah 8 bulan, bayi boleh menerima sayur solid bersaiz kecil atau campuran beberapa jenis sayur dalam makanannya. Antaranya brokoli, lobak, kubis bunga, kentang dan labu.
Sumber protein
Selain memasukkan ayam atau daging di dalam bubur bayi, boleh juga telur dijadikan omelet yang boleh dicampur dengan sayur. Ini cara yang baik untuk selitkan sayur dalam hidangan anak anda.
Contoh resepi makanan bayi 8 bulan
Puri avokado dan pisang
Bahan-bahan yang diperlukan:
Cara penyediaan:
Belah avokado kepada dua, buangkan bahagian keras di tengah dan dicedok isinya menggunakan sudu, dipotong dadu kecil. Buangkan kulit pisang dan dihiris kecil.
Kisarkan semua di dalam pengisar khas untuk bayi anda.nTambahkan sedikit jus lemon ketika mengisar untuk mengelakkan warna hidangan tidak menarik.
Bubur kurma dan kubis bunga
Bahan-bahan yang diperlukan:
Cara penyediaan:
Rebus beras terlebih dahulu. Masukkan kurma dan kubis bunga.
Teruskan merebus sehingga empuk dan tutup api. Biarkan sejuk sekejap sebelum dikisar halus. Jika terlampau pekat, boleh tambah sedikit air masak.
Bubur nasi ayam dan lobak
Bahan-bahan yang diperlukan:
Cara penyediaan:
Rebus semua bahan bersama air sehingga masak. Sejukkan seketika. Kisar semua rebusan tadi dan tambah sedikit minyak zaitun. Sedia untuk dimakan. Terdapat banyak lagi resepi makanan bayi 8 bulan yang dikongsi di luar sana.
Buatlah pilihan yang bijak dan jangan takut untuk mencuba!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Sertai Webinar penyusuan terbesar ‘Mama Tak Penat Susukan Anak’ yang dianjurkan Pa&Ma tahun ini. Webinar PERCUMA ini menampilkan panel-panel hebat seperti Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa, Puan Asiah Maharam dan perkongsian istimewa oleh Dato’ Siti Nurhaliza. Selain mendapat ilmu penyusuan, peserta juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah. Daftar segera di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-mama-tak-penat-susukan-anak/ atau terus scan QR Code pada poster.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Mengekalkan berat badan yang ideal merupakan sesuatu sangat sukar namun penting. Ini kerana kekurangan atau terlebih berat badan akan memberi impak terhadap kesihatan anak anda dan meningkatkan risiko dijangkiti penyakit kronik. Berikut merupakan 10 panduan anak anda mempunyai berat badan ideal.
Pilih makanan yang sihat
Kanak-kanak lebih cenderung menggemari makanan yang kurang bernutrisi. Oleh itu, ibu bapa perlu menjadi penentu dalam pemilihan stok makanan yang selalunya disimpan di rumah kerana kanak-kanak akan makan makanan yang terdapat di peti ais atau di meja makan. Ibu bapa juga perlu mengurangkan pembelian makanan yang tidak sihat. Namun begitu, anda masih boleh sekali sekala membeli snek kegemaran anak anda.
Biarkan mereka memilih makanan sendiri
Anda boleh membenarkan anak anda memilih jenis dan kuantiti makanan yang ingin dimakan mereka berdasarkan pilihan makanan sihat yang terdapat di rumah. Pendekatan ini sekaligus dapat mengajar anak anda membuat pilihan makanan yang sihat. Walaupun pendekatan ini kelihatan memberi banyak kebebasan kepada anda, ini tidak akan menjadi masalah sekiranya pilihan makanan mereka adalah hanya dalam kalangan makanan yang sihat.
Jangan terlebih makan
Pastikan anak anda berhenti makan apabila mereka sudah kekenyangan. Kebanyakan ibu bapa cenderung menyuruh anak mereka menghabiskan makanan mereka. Namun begitu, pendekatan ini hany akan membuat mereka tidak dapat mengikut kemahuan tubuh badan mereka sendiri.
Anda hanya perlu membiarkan mereka dan jangan menyuruh anak anda menghabiskan makanan mereka jika mereka sudah mengadu kenyang. Ini akan mengelakkan mereka terlebih makan dari yang sepatutnya.
Biarkan anak anda mencuba aneka jenis makanan
Kecenderungan terhadap sesuatu makanan akan bermula sejak awal usia lagi. Oleh itu, anda perlu menawarkan aneka makanan kepada mereka. Anda boleh mula memberikan aneka jenis makanan baharu kepada anak anda tetapi jangan memaksa mereka. Sebaliknya, tawarkan mereka secebis daripada makanan itu untuk mereka mencubanya.
Pelbagaikan menu
Kanak-kanak mungkin ada makanan kegemarannya tersendiri. Namun begitu, mereka juga mungkin ingin mencuba makanan baharu jika menepati citarasanya. Ketika makan di luar, biarkan anak anda mencuba makanan baharu yang tidak pernah dicuba oleh mereka. Anda juga boleh menawarkan makanan anda sedikit atau memesan pemanis mulut untuk mereka mencubanya.
Minum minuman yang kurang kalori
Minuman soda atau bergula mempunyai kalori tambahan dan tidak bagus untuk anak anda. Ini hanya akan meninggikan risiko anak anda mengalami obesiti. Sebaliknya, galakkan anak anda untuk minum lebih banyak air putih dan susu yang sememangnya merupakan minuman terbaik untuk mereka. Kanak-kanak juga tidak memerlukan jus yang banyak walaupun ia merupakan jus yang asli. 4 hingga 6 auns sehari sudah memadai buat mereka.
Kawal pengambilan gula
Pengambilan manisan tidak menjadi masalah buat kanak-kanak namun jangan jadikan manisan ini sebagai punca utama anak anda mahu makan malam. Apabila manisan ini menjadi habuan kerana berjaya menghabiskan makan malam, kanak-kanak akan menganggap nilai manisan adalah lebih tinggi berbanding makan malam mereka. Anda perlu memastikan mereka tidak melebihkan manisan daripada makanan lain.
Jangan gunakan makanan sebagai ganjaran
Apabila makanan digunakan sebagai bentuk ganjaran di atas suatu pencapaian, mereka akan mula menganggap makanan adalah satu cara untuk mengawal tekanan dan emosi mereka. Sebaliknya, anda boleh menunjukkan penghargaan anda dengan ungkapan, pujian, pelukan dan perhatian berbanding pemberian makanan.
Jangan galakkan perbuatan makan sambil menonton televisyen
Kajian menunjukkan bahawa kanak-kanak yang mengurangkan waktu menonton televisyen juga dapat mengurangkan lemak dalam badan mereka. Makan di hadapan televisyen akan membuatkan mereka sukar untuk menumpukan perhatian terhadap kekenyangan mereka lalu mengundang kepada masalah terlebih makan. Anda perlu hadkan waktu mereka dengan televisyen atau komputer dan biarkan mereka akan melakukan aktiviti lain yang lebih sihat.
Jadi contoh yang baik
Kanak-kanak akan menjadikan ibu bapanya sebagai role model. Oleh itu, anda sendiri perlu mengamalkan tabiat pemakanan yang baik. Sebagai contoh yang baik, tunjukkan kepada mereka bahawa anda juga makan makanan atau snek yang sihat, makan di tempat makan yang sepatutnya serta tidak pernah terlepas waktu makan. Elakkan makan snek yang tidak berkhasiat di hadapan anak.
Menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri, ramai ibu bapa, guru dan murid mula membuat persiapan awal daripada membeli kelengkapan raya sehinggalah merancang perjalanan pulang ke...