Bau badan bayi yang baru lahir sangat disukai. Bukan sahaja ibu bapa yang sukar untuk menahan godaan mencium bayi, tapi adik beradik lain pun sama. Mengapa aroma bayi begitu menyenangkan?
Menurut penganalisis kimia dari Monell Chemical Senses Centre di Philhadelphia, Amerika Syarikat, George Preti, aroma badan menyenangkan berasal dari bahan kimia yang berasal dari kelenjar bayi baru lahir. Satu lagi sebab mengapa aroma bayi sangat menyenangkan adalah metabolismenya.
Malah menurut pendapat lain, pada masa kelahiran, pengambilan makanan bayi hanya datang dari susu ibu sahaja. Bagaimanapun, selepas dia mula makan dan minum, aromanya mulai berbeza.
Selain itu, aroma tubuh unik bayi ini juga adalah disebabkan kerana lapisan putih pada kulit bayi baru lahir. Walaupun beberapa hari kemudian bayi itu dimandikan dan perlahan-lahan salutan itu longgar, aroma bau bayi masih ada lagi.
Apa pun alasan di sebaliknya, Preti menyakini aroma tubuh bayi yang menyenangkan ini merupakan cara ibu bapa makin jatuh cinta pada si kecil ini dan ia antara tarikan untuk orang sekeliling.
Hal ini terbukti melalui kajian yang menunjukkan ketika ibu mencium aroma tubuh bayi, ia secara tidak langsung membuatkan ibu rasa tenang. Ini menjadikan ibu mahu menghabiskan masa yang lama menjaga bayi dan tidak kisah menghabiskan masa bersama si comel.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ramai wanita terkesan dari segi fizikal dan emosi dalam tempoh setahun yang lalu, susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat pandemik COVID-19.
Itu antara dapatan Siri Keempat Kajian Keluarga di Pinggiran oleh Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) dan Tabung Kependudukan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNFPA).
Laporan itu turut menyebut secara keseluruhannya responden merasakan beban rumah tangga meningkat semasa PKP kerana lebih banyak orang tinggal di rumah untuk tempoh yang lebih lama.
“Ini mengakibatkan wanita rasa tertekan dan penat. Beban ini terus dirasai semasa PKP 2.0 apabila banyak ahli keluarga belum dapat memulakan kegiatan ekonomi atau pendidikan di luar rumah.
“Kesan yang dialami oleh golongan wanita lazimnya tidak sama seperti kumpulan lelaki,” memetik laporan itu.
Ia turut menyebut, keluarga yang diketuai wanita misalnya lebih teruk terkesan berbanding sampel keseluruhan.
Mereka pada masa sama menanggung sebahagian besar beban tanggungjawab menjaga keluarga.
Ia lazimnya memberi kesan besar kepada kesejahteraan fizikal dan mental mereka yang mungkin mempunyai kesan jangka panjang kepada mereka dan anak-anak mereka.
Projek kajian Keluarga di Pinggiran ditaja oleh UNICEF dan UNFPA itu adalah bagi membantu penggubalan dasar dan menggalakkan wacana umum mengenai kesan pandemik COVID-19 ke atas wanita dan kanak-kanak dalam keluarga berpendapatan rendah di bandar di Malaysia.
Projek ini melibatkan kajian ke atas 500 keluarga berpendapatan rendah yang mendiami 16 perumahan awam kos rendah di Kuala Lumpur.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Fasa berpantang perlu dilalui dengan hati yang gembira. Tak dinafikan ibu adakala akan letih selepas menyusukan, apatah lagi hasutan syaitan ketika badan lemah. Tasha Manshahar kongsi pengalaman.
Tasha yang baru melahirkan cahaya mata pertamanya, Muammar Rafiqi pada 21 Jun 2019 kini dalam fasa berpantang. Katanya melalui tempoh ini banyak yang perlu dipelajari, mengadaptasikan diri dengan keadaan baru sebagai ibu dan rutin baru seperti menyusukan dan menguruskan bayi.
Tambahan badan pula dalam pemulihan akibat pembedahan caesarean, Tasha dapatkan nasihat doktor agar fasa pantang berjalan dengan baik dari segi mental dan fizikal.
Pagi tadi bawa baby M pergi check up dengan pakar pasal jaundice dia. Alhamdulillah lega bila doktor kata semua okay, cuma kena monitor je seminggu lagi Alhamdulillah ?♥️
Awal dulu kalau baby M nangis, mommy panic. Apa nak buat niiii, dia nak apa niiii. Tapi slowly mommy belajar, baby kan belum boleh express apa dia nak, jadi salah satu cara untuk dia bagitahu kita adalah melalui tangisan merdu ituhhh! ?
Jadi tarik nafas, relax, and start checking. Either baby lapar, pampers dah penuh, atau dia rasa tak selesa (could be kembung, atau panas, atau terlalu sejuk, or apa-apa lah). Kena belajar dengan org2 yg expert jaga baby. Kalau dekat rumah ni, my mom and my sister mmg expert. Tenang je jaga baby. Salute!
BILA LETIH SANGAT KITA JADI STRES
Ada hari kita letih, especially kalau kita breastfeed baby. Bila letih sgt kita jadi stress, ditambah pulak dengan pressure lain. If you need help, pls ask for it. If you think you body can take it, go ahead. Tp kalau ada time, macam you betul-betul need some rest, please say it out. Tell your husband, tell your family members.
Fasa berpantang ni memang mencabar kalau kita tak happy. Dengan badan yang masih weak, dalam nifas lagi kan, macam-macamlah dugaan syaitan duk hasut itu ini. Support daripada family terutama suami, mak ayah, dan orang yang rapat sangat penting utk mempercepatkan healing process tu.
Dr I kata, the faster we get back to our normal healthy lifestyle, the better. Memang kena banyak rest (walaupun sebenarnya bila jaga baby ni takde rest sgt pun haha), tapi elakkan terbaring tak buat apa-apa dalam jangka masa yang terlalu lama.
Tapi kena ikut kemampuan badan masing-masing jugak tau. Alhamdulillah, i think my body is recovering well alhamdulillah alhamdulillah. Luka czer pun cantik doktor kata. Less than two weeks, i boleh buat house chores macam biasa. Cuma still kena hati-hati ya, sebab luka di dalam tak siapa yang tahu. Tibehhhhh! ?
Selamat berpantang kepada semua yang sama-sama sedang berpantang. Yang bakal bersalin, all the best! May Allah ease.
Para peminat memberikan sokongan dan galakan buat Tasha dan berharap proses
Bila negara sedang alami krisis yang berdepan dengan virus sebegini, sedikit sebanyak pasti timbul rasa cemas dalam diri masing-masing. Ini kita yang sihat, apatah lagi ibu-ibu yang bakal melahirkan. Pasti ada yang rasa risau nak hadapi saat kelahiran ketika seluruh negara bahkan seluruh dunia sedang bergelut dengan virus Covid-19.
Pertama sekali tenangkan diri kerana kita mempunyai kakitangan kesihatan antara yang terbaik di dunia. Jadi ibu-ibu hamil yang sedang menunggu hari jangan terlalu memikirkan hingga sampai boleh jadi stress.
Perkongsian yang dibuat oleh Anies Surianie menceritakan pengalaman dirinya bersalin dalam fasa covid-19 ini diharap sedikit sebanyak dapat memberikan maklumat yang diperlukan buat ibu lain yang sedang menunggu hari.
Menurutnya, sebelum tiba hari lagi dia memang telah dipesan oleh jururawat Klinik Kesihatan apabila bermulanya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), dia perlu bersiap sedia dengan kawalan ketat dari pihak hospital.
Alhamdulillah dah hampir seminggu selamat melahirkan anak kedua. Saya rasa terpanggil untuk share pengalaman bersalin dalam #fasaconvid19 sekarang ni.
Start je Perintah Kawalan Pergerakan tempoh hari, nurse KK dah pesan kena bersiap sedia dengan kawalan ketat dari pihak hospital.
Walaupun beranak anak pertama, kedua atau keberapa sekalipun suami atau waris tak boleh masuk teman. Suami/waris hanya boleh hantar dekat pintu wad bersalin sahaja. Be ready ye ibu² yang tengah menunggu hari. (Kalau boleh sediakan mask, kot² nurse hospital tempat awak suruh pakai sebelum masuk wad bersalin)
Ingat balik pesan nurse/doktor jangan panic. Kawal pernafasan, belajar curi nafas supaya tak mudah penat. Jangan nangis, jangan menjerit. Bagi perhatian apa yang nurse nak cakap masa dalam labour room tu. Sebab hanya nurse yang boleh tolong kita masa tu.
Suami hanya boleh tunggu depan pintu wad bersalin dan bersedia untuk azan atau iqamat anak depan pintu tu je. Langsung x boleh jenguk isteri dah masa ni.
Saya haritu hanya sorang nurse yg sambut baby. kebetulan sampai je dah penuh dalam LR lain, ada gang nak beranak skali. Hehe hanya katillah yg jadi tempat berpaut mencari kekuatan. Alhamdulillah, Allah permudahkan dua² ibu dan anak selamat.
Sediakan barang baby & ibu secukupnya. Untuk labour room & dalam wad packing siap² nanti senang husband bawak je. Kalau ada gdm atau rasa² kena beranak emergency pun kena prepare awal².
Paling penting bersedia dengan banyak² BELAJAR CARA MENYUSU. Dalam wad nanti hanya SUSU IBU SENJATA UTAMA untuk tenangkan baby. Dah tak ada mak/suami disisi nak tolong tenangkan baby kalau ibu penat. Nasib baik nurse pesan letak tissue dalam pampers baby, senang nak tengok baby dah kencing ke tidak. Takde la ibu blur sangat masa tu.
Walaupun anak kedua, sangat struggle sorang². Nak urus diri sendiri lagi, nak jaga baby lagi. Saya rasa dah cukup kuat masa tu, tapi tiap kali bergerak menitik jugak la air mata. 😅 tambah² terkena rengat, rasa macam ada sorang lagi baby nak keluar.
Kalau mak/suami nak kirim bekal makanan dari rumah kena past kat guard je. Beg² baju pun guard Yang tolong bawak masuk atau bawak keluar time nak discharge.
Nasib baik bersalin kt HTA, dapat lah jugak tengok muka suami ikut tingkap wad ibu & anak tu. Nak wat muka sedih tak sampai hati pulak, kita senyum jela tanda kita okey dah tak sabar nak balik #dudukrumah.
Buat ibu-ibu seperjuangan yang tengah menunggu hari, be prepared be ready. Bawak barang yg rasa betul² diperlukan secukupnya. Penuhkan ilmu menyusu didada. Jangan mengeluh gais. Kita kuat kerana kita wanita🙋♀️. Mintak suami & family doakan proses bersalin dipermudahkan.
Tahniah Pa&Ma ucapkan kepada Anies Surianie dengan kelahiran bayi lelakinya. Semoga ibu dan babynya ini diberikan kesihatan dan dipermudahkan segala urusan. Bagi ibu-ibu yang nak bersalin tak lama lagi, semoga perkongsian yang dibuat oleh Anies ini dapat memberikan gambaran apa yang bakal anda semua tempuhi bila nak bersalin nanti dan diharap semua lebih bersedia untuk bersalin ketika ini.
Czer kali kedua lebih sakit daripada yang pertama? Ketahui bagaimana tisu parut, adhesi dan beberapa faktor lain boleh mempengaruhi proses pemulihan ibu.