Dalam perkongsian di Facebook, wanita ini berkongsi tentang kisah anaknya yang tidak dibenarkan untuk bermain bersama-sama rakannya yang lain kerana dia asyik menang main beyblade. Ketika itu, suami dan anak sulungnya ke surau untuk menyertai aktiviti gotong royong. Pada awalnya anak mereka bermain dengan rakan-rakannya tetapi usai membuat kerja, suaminya mendapat anak sulung mereka sudah tidak bermain lagi.

Sebagai ayah yang prihatin, dia bertanyakan kepada anak mereka mengapa tidak bermain dengan kawan-kawan. Anaknya memberitahu dia tidak dibenarkan untuk bermain dengan mereka kerana beybladenya kuat dan tidak pecah. Hasilnya, dia asyik menang. Memandangkan rakan-rakannya itu semuanya lebih besar darinya, anak sulung mereka hanya menurut. Untuk mengambil hati hati anaknya semula, si ayah memberitahu bahawa mereka akan membeli Beyblade baharu yang mudah pecah supaya dia tidak akan menang selalu.

Beyblade Kuat Tak Pecah-Pecah, Kawan-Kawan Tak Nak Main Dengan Mirza. Cara Ayahnya Handle Situasi Ni Sangat Win!

 

Okey nak share sikit cerita last week, sehari sebelum puasa. Nazrul &Mirza turun ke surau ada gotong royong. Mirza bawak beyblade nak main dengan kawan2. And sehabis selesai gotong royong, Nazrul tgk Mirza dah tak bersama kawan2 main beyblade. Dicari mana pergi anak bertuah tu. Cari punya cari dalam surau. Sedang termenung ditangan memegang beyblade.

Beyblade Kuat Tak Pecah-Pecah, Kawan-Kawan Tak Nak Main Dengan Mirza. Cara Ayahnya Handle Situasi Ni Sangat Win!

IKLAN

Nazrul tanya kenapa tak main dengan kawan2 and Mirza beritahu kawan2 tak bagi dia join main sekali sebab dia asyik menang. And beyblade dia jenis yang tak pecah. Jadi dorang tak bagi dia main sama. Mirza paling kecil dalam group tu. Yang lain smua 7 8 tahun bersekolah rendah. Mirza je masih tadika. Jadi Nazrul cakap ngn dia takpe nanti kita beli beyblade baru yg senang pecah jadi boleh main dengan kawan2.

Trust me ada sesetengah orang membesarkan anak dengan memberitahu anak dia je betul. Mungkin dengan kejadian seperti yang Mirza lalui ni ada parents yang jenis suka marah anak2 orang lain. Atau cakap ok takpe tak payah main lagi dengan kawan2 tu sebab kawan2 tu tak baik or tak bagus. Tapi memang bukan cara kami didik anak. Berkawan tetap kawan tapi ajar untuk cuba serasikan diri.

 Beyblade Kuat Tak Pecah-Pecah, Kawan-Kawan Tak Nak Main Dengan Mirza. Cara Ayahnya Handle Situasi Ni Sangat Win!

PENTINGNYA PERGAULAN

IKLAN

– Ajar anak2 bergaul dari kecil supaya dia dapat terima pelbagai jenis perangai manusia. Bukan merasa diri sendiri je betul.

– Bila bergaul kadang2 kita akan banyak tau cara orang keliling kita membesar macam mana. Jadi kita akan dapat tahu semua orang ada buruk baik masing2. Begitu juga kita. Bukan rasa cara family sendiri je betul.

– Bila bergaul dari kecil juga membuatkan mental fizikal kita kuat untuk terima segala masalah di kemudian hari. Bukan seribu masalah nak di adukan dengan parents. Masalah celah gigi pun nak cari backup besar. Lastly tak belajar apa2.

IKLAN

-Lepaskan anak2 untuk lalui semua cabaran ranjau onak duri kat dunia ni. Supaya membesar ada fizikal mental kuat. Kita pun tak selamanya ada kat dunia ni. Sampai bila pun kita nak jadi backup besar anak kita. Doakan mereka dalam doa kita je. Selebihnya serahkan kat DIA.

Beyblade Kuat Tak Pecah-Pecah, Kawan-Kawan Tak Nak Main Dengan Mirza. Cara Ayahnya Handle Situasi Ni Sangat Win!

Cara pasangan ini mendidik anak mereka patut diberikan pujian. Tidak menyalahkan orang lain atau memberitahu bahawa anaknya sahaja yang betul, tetapi mereka memujuk anak untuk menjadi lebih fleksibel. Biasalah budak-budak berdengki atau ada rasa tidak puas hati kepada kawan-kawan, tetapi kita sebagai ibu bapa perlu bijak menangani situasi begini dan terapkan nilai murni dalam diri mereka.

Teruskan Puasa Walau Pun Tak Mampu, Ibu Hamil Bahayakan Bayi Dalam Kandungan!

Sumber: Teha Amin

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI