Irma Hasmie yang juga ibu kepada sepasang cahaya mata, Redza Syah Irfhan dan Irma Nur Naylie seolah-olah macam tak percaya anak-anaknya begitu cepat membesar.
Bagi Irma, walaupun jarak kedua-duanya hanya beza setahun je, bila anak dah meningkat besar tak terasa pula penat nak layan gelagat mereka.
Bagi peminat Irma Hasmie, masing-masing tak sabar nak tengok adik baru Irfan dan Naylie dan ada yang mengharapkan tahun baru ini dapat perkhabaran gembira dari Irma Hasmie.
Ads
Handsome dan cantik
Ads
Makin besar, dua-dua anak Irma Hasmie makin handsome dan cantik. Muka abang iras ayah, si adik pula saling tak tumpah muka ibunya.
Irma juga akui, anak yang membesar sama-sama ini senang diurus walaupun sedikit penat masa kecil. Syukur kedua-duanya juga mempunyai sikap yang baik dan mudah dengar kata.
Sumber: ig irma hasmie
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Keinginan mempunyai anak yang pandai tidak semestinya belajar di tadika yang mempunyai yuran mahal. Semua ini bergantung kepada cara pembelajaran dan guru yang mengajar di tadika berkenaan.
Pakar Pendidikan Awal Kanak-Kanak, Prof Madya Dr Bustam Kamri yang merangkap Dekan Sekolah Sains Sosial,Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka (KAYM) mengakui bahawa tadika yang bagus dan berkualiti mendidik kanak-kanak membaca terletak kepada kemahiran guru yang mengajar.
Tadika yang mahal belum tentu dapat menjamin hasil yang dikehendaki oleh ibu bapa yang mengharapkan anaknya boleh membaca. Kualiti guru terletak kepada kelayakan keilmuan dan pengalaman mengajar kanak-kanak. Guru perlu mendapat pengetahuan pendekatan dan teknik mengajar membaca kepada kanak-kanak.
Apa yang jelas, guru perlu peka dengan kebolehan dan keupayaan setiap kanak-kanak di tadika.
Tumpuan perlu diberikan kepada kanak-kanak yang tidak mempunyai kebolehan membaca mengikut perkembangannya.
8 TIP BANTU ANAK MEMBACA
Dr Bustam menyenaraikan lapan panduan seharusnya pihak tadika lakukan. Apabila sudah tahu mengenai lapan panduan ini, ibu ayah, boleh tanya kepada pihak tadika, bagaimana corak pembacaan di tadika.
1.Aktiviti membaca di tadika hendaklah dipelbagaikan supaya dapat merangsang kanak-kanak untuk belajar membaca.
2.Cara pendekatan mengajar membaca juga penting untuk menghasilkan kanak-kanak yang boleh membaca dan memahami apa yang dibaca.
3.Kaedah membaca secara menyeluruh, fonetik atau membaca terus hendaklah disesuaikan dengan latar belakang kanak-kanak yang berbeza.
4.Masalahnya kadangkala pihak guru yang mengajar tidak sedar dan menganggap semua kanak-kanak adalah sama minat, kebolehan, keupayaan dan pencapaiannya.
5.Bahan bacaan yang disediakan oleh tadika hendaklah dapat menarik perhatian kanak-kanak. Pemilihan bahan bacaan hendaklah disesuaikan dengan peringkat umur, minat dan kebolehan kanak-kanak yang pelbagai latar belakang.
6.Membaca hendaklah disusuli dengan aktiviti yang mempunyai perkaitan dengan bahan yang dibaca dan memberi pengalaman bermakna kepada kanak-kanak.
7.Persekitaran membaca di rumah adalah penting sebagai lanjutan aktiviti belajar membaca di tadika. Ibu bapa dinasihatkan mengambil tahu dengan bertanya pengalaman kanak-kanak kegiatannya semasa di tadika.
8.Berikan galakkan kepada anak untuk terus membaca. Ibu bapa jangan merasa kecewa apabila anaknya belum boleh membaca. Dijangka semua kanak-kanak apabila telah mencapai kematangan dalam lingkungan usia sembilan tahun boleh membaca dengan lancar sekiranya diberi bimbingan yang sesuai mengikut keperluan kanak-kanak.
APA ITU TADIKA KERAJAAN DAN TADIKA SWASTA
Di negara kita terdapat dua jenis tadika iaitu tadika bantuan kerajaan iaitu kelas prasekolah di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia. Biasanya kelas prasekolah ini terdapat di dalam kawasan sekolah rendah. Ibu bapa perlu mendaftar lebih awal di prasekolah berkenaan.
Selain itu Ibu bapa boleh memilih kelas tadika yang dianjurkan oleh Kementerian Kemajuan Masyarakat dan Luar Bandar iaitu kenali sebagai tabika KEMAS. Biasanya tadika ini berada di kawasan luar bandar. Manakala tadika anjuran Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) berada di kawasan bandar. Penubuhan tadika KEMAS dan tadika JPNIN bertujuan untuk membantu keluarga yang berpendapatan rendah . Oleh kerana prasekolah dan tadika ini anjuran kerajaan maka yuran yang dikenakan amat minima sesuai dengan kemampuan keluarga berpendapatan rendah.
Sekiranya ibu bapa berkemampuan dan tidak mahu menghantar anaknya ke tadika bantuan kerajaan mereka boleh memilih menghantar anak ke tadika swasta. Biasanya pengusaha tadika akan mengenakan yuran pada setiap kanak-kanak. Kadar yuran tidak sama pada setiap tadika. Perbezaan yuran bergantung pada keadaan di tadika. Ibu bapa boleh mengagak dengan melihat keadaan fizikal dan bangunan di tadika secara tidak langsung akan menggambarkan bayaran yuran yang bakal dikenakan. Sekiranya di luar kemampuan adalah dinasihatkan menghantar anak ke tadika bantuan kerajaan.
KELAYAKAN TENAGA PENGAJAR ATAU GURU
Guru tadika perlu mempunyai kelayakan dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak. Biasanya guru-guru di Kementerian Pelajaran Malaysia mempunyai ijazah sarjana muda dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak. Mereka ini terlatih khusus dalam mengajar kanak-kanak di tadika. Kurikulumnya dibina bersesuaian dengan perkembangan kanak-kanak.
Setiap kelas prasekolah akan menggunakan kurikulum yang sama di seluruh negara. Begitu juga dengan kelas tadika anjuran KEMAS dan JPNIN juga menggunakan kurikulum yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
Bezanya kebanyakan guru yang mengajar di tadika KEMAS dan JPNIN berkelulusan diploma pendidikan awal kanak-kanak. Mereka juga mendapat latihan khusus untuk mengajar kanak-kanak di tadika.
Manakala guru-guru di tadika swasta terdapat berbagai kelayakan akademiknya. Pengusaha tadika yang berkemampuan akan mengaji guru yang berkelulusan sarjana muda dan juga diploma dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak. Sekiranya pengusaha kurang berkemampuan akan mengaji guru yang berpengalaman dengan kelulusan lebih rendah daripada diploma iaitu kelulusan Sijil Pelajaran Malaysia. Walau bagaimana pun guru-guru di swasta mendapat pendedahan kursus pendek yang dianjurkan oleh badan swasta dan kerajaan. Mereka juga perlu mematuhi syarat mengikuti garis panduan kurikulum yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
Kesimpulannya, tadika mahal atau tidak bergantung kepada sistem pembelanjaran di tadika itu. Misalnya, jika tadika itu murah yurannya, tetapi guru-gurunya berpengalaman sudah tentu banyak ilmu pendidikan yang boleh digunapakai untuk mendidik kanak-kanak. Yang penting, pastikan tenaga pengajarnya berkualiti dan mempunyai sijil dalam pendidikan awal kanak-kanak.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Susahnya nak elakkan anak main gajet. Rasanya perkara ini sudah menjadi sebahagian masalah ibu ayah sekarang. Sebenarnya gajet tidaklah salah seratus peratus tetapi kena tahu hadnya.
Banyak kebaikan namun lebih banyak lagi keburukan. Banyak pro dan kontranya akibat terlalu banyak masa dilebihkan dengan gajet. Sebagai ibu dan ayah kitalah yang perlu mencorakkan mereka.
Ada waktu yang sesuai untuk mereka. Bila? Baca fakta yang dikongsikan wanita bernama Nowa Nija ni. Ibu ayah sila ambil perhatian!
BAGI LAGI ANAK MAIN GAJET SELALU
Mungkin sebab anak anak mula ke arah gajet, Allah dorong saya buka channel tv3 dan ngam-ngam topik wanita hari ini pasal anak dan gajet.
Ok panel tadi dua orang Pakar Psikologi & Pakar Pediatrik (boleh tengok gambar)
Antara pengetahuan baru yang saya dapat tadi:
*2 tahun lepas, Taiwan gubal undang-undang melarang anak dibawah umur 2 tahun didedahkan pada gajet. Kanak-kanak bawah 18 tahun boleh guna gajet tapi ada had masa.
* Steve Jobs (rata-rata kenal kan) tidak benarkan anak-anaknya guna gajet pada hari persekolahan dan ada batasan kalau weekend.
*Bill Gates hanya benarkan anak main gajet bila capai umur 14 tahun.
*Perkembangan otak berkembang sebanyak 80% dari otak dewasa bila umur anak 3 tahun sebab itu umur 0-3 tahun adalah tempoh yang tidak sesuai untuk anak terlalu kepada gajet. Nanti jejaskan perkembangan otak.
*WAJIB tahu yang stimulasi rangsangan (persekitaran) sangat diperlukan untuk 2 tahun permulaan (eye contact bila bercakap dan respon).
So hasil tadi juga bagi tamparan pada ibu dan ibu yakin pada ibu bapa lain juga:
Anak ni tengok pada ibu bapa. Sebab itu bila ibu bapa terlalu ke arah gajet, anak follow. Role model remember?
*Memang anak akan suka pada games dalam gajet sebab umur 0-3 tahun ni dunia anak-anak adalah bermain. Bak kata salah seorang pakar tadi bisnes anak-anak ialah bermain.
*Kalau seawal umur setahun tiada stimulasi rangsangan yang sangat diperlukan pada 2 tahun permulaan, penglihatan, perkembangan otak & tumbesaran akan terganggu ?
*Jangan tanya kenapa anak suka tantrum (mengamuk) bila tidak dibagi gajet bila selama ni memang jadi teman rapat anak dah ? pappp tampar pipi ibu
*Kognitif (membezakan besar kecil tinggi rendah etc) anak boleh terganggu. Even dalam gajet misalnya saiz haiwan tidak sama dengan di luar – bila masuk sekolah could be problem untuk anak-anak.
*Attention deficit menakutkan. Sebab tu anak mula tidak dengar bila kita panggil dan kurang bercakap. Pokoknya benda lain pun tidak ambil peduli bila gajet depan mata.
*Anak kecil sepatutnya Ekstrovert (periang dsb.), tapi bila dengan gajet sangat anak jadi introvert (pendiam dsb.).
Sejujurnya saya risau bila anak saya dalam sehari mencari gajet. Terkadang tu ada drama airmata bila saya kata berhenti dulu. Anak pun dah pandai tunjuk fon.
Macam yang pakar cakap there is no betul salah pasal gajet. Sebab teknologi akan stay. Cuma sebagai parents kita yang kena corakkan anak. No wonder orang kata guru pertama anak ialah ibu bapa bukan cikgu masa di sekolah.
Umur yang recommended untuk bagi gajet? 5 tahun.
Suka saya masukkan sekali analogi yang Pakar tu bagi tadi – kita dibenarkan bawa kereta bila umur sesuai (17 ke atas – pastikan ada lesen ?) Sebab sudah pandai control dan ada kebolehan bawa kereta, sama juga prinsip nya dengan bagi anak gajet. Sebab itu walaupun recommended umur sebegitu tetap ada had masa. Parents kena peduli!
Kredit: Nowa Nija
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Siapa yang tak sayang anak. Tetapi apabila anak-anak asyik nakal, geram jugak rasanya nak rotan supaya dapat mendidik anak. Tetapi adakah tindakan ini betul .
Ikuti perkongsian yang begitu bermanfaat daripada PuanIbu Rose – Mesejnya Kasih Bagaimana beliau menerangkan bahawa muhasabah diri setiap kali berhadapan dengan anak-anak.
Pukul dengan rotan ke, kayu pembaris ke atau hanger ke untuk mendidiplinkan anak di bawah usia 5 tahun memang tidak sesuai. Ianya hanya akan menimbulkan kesan takut bukan belajar reasoning dan dapat mengawal diri kerana dia mahu mengawal diri tetapi kerana takut mak atau ayah atau cikgu marah.
Untuk anak di bawah 5 tahun, gunakanlah kaedah ‘time out’ dan semasa time out suruh anak fikir apakah kesilapan dia. Suruh dia duduk diam-diam dulu untuk dia tenangkan fikirannya. Bila dia dah tenang, barulah bercakap dengannya akan kesilapannya. Lepas itu beritahu jika dia ulang perbuatannya dia akan dihukum lagi lama ‘Time Out’.
Ibu tidak suka menggunakan konsep ‘Naughty Stool’ kerana ia memberi kaitan yang negatif. Ia memberi kesan identiti diri anak itu sebagai ‘naughty. Guna nama positif seperti ‘ Reflection Stool’ or ‘ Thinking Stool’. Ini akan membawa kesan yang kita mahu iaitu dia berfikir dan mencermin diri. Naughty stool, maksudnya kita pertekankan yang dia itu naughty dan tentunya ini bukan yang kita mahu.
Namun, jika anda sudah selalu sangat merotan atau meng-hanger kan anak, maka untuk memulakan perkara ini mungkin sedikit susah kerana anak hanya akan takut dengan rotan atau hanger.
Oleh itu bagaimana hendak berhenti sekiranya anda memang sudah selalu merotan dan memukul anak yang kecil di bawah 5 tahun. Jawapannya, berhenti dan mulakan ‘Time Out’ ini walaupun susah. Bila lakukan suruh anak berfikir dan reflect perbuatannya dan berazam untuk mengawal perangainya. Di sini anda perlu tegas dan be in control.
Bila anak sedang ‘Time Out’ elakkan diri anda berleter di situ. Anda telah memberi tahu kenapa dia salah dan anda telah memberi dia jalan penyelesaiannya. Tinggalkan dia sekejab untuk melihat dirinya, reflect dan menerima nasihat anda.
Cara:
1- Bila anak itu melakukan sesuatu yang salah dan anda telah memberi amaran tetapi dia tidak berhenti juga: contohnya berebut mainan dan memukul kawan atau adiknya, ambil dia dan beritahu dia bahawa perbuatan itu salah.
2- Suruh dia duduk diam-diam pada satu sudut untuk reflect nasihat anda.
3- Berbincang balik apa yang dia faham.
4- Berbincang langkah yang dia boleh buat untuk mengawal dirinya.
5- Peluk dia setelah dia faham dan ucapkan tahniah kerana dia belajar dari kesilapannya. Perlu sangat untuk anda mempamerkan kasih-sayang anda semasa ini dan beritahu anda bertanggung-jawab mendidiknya dan bila dia melakukan sesuatu perbuatan yang salah, anda perlu betulkan kerana itu tanggunf-jawab anda dan itulah salah satu maksud anda sayang kepadanya. Dan anda yakin dia akan belajar dan berjaya mengawal dirinya dengan baik dari sehari ke sahari dan anda akan terus membantu dia.
Kita hendak membina sikap sedar diri dan mengawal diri sendiri didalam diri anak-anak kita. Dan bukan sekadar takut kepada kita dan rotan atau hanger. Kita hendak membina supaya dia berperangai baik kerana itu lebih mulia dan akan membantu dirinya dan orang lain dan di situlah kita kaitkan dengan apa yang Allah suka dia lakukan.
Setelah 5 tahun boleh ke merotan?
Sebenarnya bila anda sudah melakukan ‘Time Out- reflection session’ ini dengan jayanya, anda akan dapati anak-anak anda tidak akan berperangai susah dikawal atau berperangai tidak baik. Malah apa yang terjadi, anak tidak perlu merotan, dipukul atau dihanger kerana anak anda boleh mengawal dirinya sendiri – self control.
Children raised with reason become REASONABLE. Reasonable children will have self-control. They will prevent themselve from hurting themselves and others.
Semoga perkongsian ini menjadi panduan berguna buat ibu bapa dalam mendidik anak supaya menjadi insan yang berguna dan menghormati ibu bapa.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ekzema anak berkait dengan asma dan resdung ibu bapa melalui fenomena Atopic March, satu perjalanan alahan yang boleh bermula sejak bayi jika tidak dikawal awal.