Sekali suruh tak jalan, berkali-kali ibu beri arahan baru anak nak bangun. Rungutan semacam ini selalu kita dengar dari mak-mak.
Mendidik anak melakukan kerja rumah seharusnya dimulakan dari awal lagi. Lebih-lebih lagi di musim PKP ini, ajarlah anak kecil kita membantu uruskan kerja rumah. Bukan menyusahkan atau mendera anak tapi mendidik. Benar apa yang dikongsikan oleh Penulis Keibubapaan, Mohd Fhais Salim.
Wahai ibu jangan la kedekut kerja rumah dengan anak. Kami tahu ibu ibu semua tak nak menyusahkan anak anak, ibu rasa bertanggungjawab untuk buat semua kerja rumah itu sendiri.
Ads
Tapi jangan di lupa, ibu juga ada tanggungjawab untuk mengajar anak jadi seorang yang ada rasa tanggungjawab dengan kerja rumah juga.
Baru la anak tadi membesar jadi seorang yang tidak jelik membuat kerja rumah. Bila ada rasa tanggungjawab ni percayalah anak anak kita akan jadi sangat matang dan sangat mahir untuk cope dengan kehidupan seharian. Nampak je rumah bersepah dengan sendiri dia ambil penyapu sapu.
Nampak sinki penuh dengan sendiri dia basuh semua pinggan mangkuk yang kotor. Malah bila dia nampak kita sedang kepenatan dengan sendiri dia akan datang bawakan kita air dan urut kaki kita.
Ads
Tapi ibu kena mulakan dulu. Jangan kedekut kerja rumah dengan anak, baru la anak tak kedekut bantu kerja rumah kita.
Ajar la anak buat kerja rumah sejak dari kecil lagi, – sapu rumah – basuh pinggan – lipat baju – susun meja makan – kemas mainan
Ads
Mulakan yang ringan ringan. Tapi ingat, tujuan nak mengajar bukan mendera tau. Jangan pula anak buat kerja rumah kita goyang kaki layan drama korea, itu mendera namanya.. Buat la kerja tu bersama-sama.
Ya, nampak genyah sikit banyak main dari buat kerja nanti tapi percayalah selain anak belajar buat kerja rumah dalam masa sama ibu bakal dapat kuatkan silturrahim bersama si comel ibu.
Jadi jangan kedekut tau ibu!
~ Mohd Fhais Salim ~
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kebersihan kain buruk atau kain pengelap di dapur selalu kita abaikan. Kita rendam, cuci dan bilas seperti biasa sedangkan kotoran masih lagi melekat.
Tak perlu tunggu lama baru hendak dibasuh, apa kata basuh dan cuci kain pengelap ini hari-hari seperti yang disyorkan oleh pengguna Instagram, @kekcawan.com.my ini. Memang bersih dan wangi.
CUCI KAIN “BURUK”
Entah napa ya panggil kain buruk. Ok la, kain lap. Sedap sikit bunyi nya kan. Setiap hari kita guna paling tak 1-2 helai kain lap kan. Yang buat baking lagi la kadang 5 helai sehari. Amboi besar betul production. Takpe.. dream big!
Dan biasa bila kain dah kotor kita masuk dalam baldi, letak sabun dan air. Biar rendam semalaman. Kadang jadi 2 malam. Kadang 3 malam. Kadang tambah bermalam-malam. Tak cuci-cuci gak. Tak dan ek. Sampai berbau dan berlendir!
Ni cara Ellie, cuci setiap hari tau. Tiap petang wajib cuci.
Sedia kan sebiji periuk khas. Beli kat kedai Eco pun boleh je.
Romantik atau tak, setiap pasangan mempunyai cara masing-masing untuk hargai pasangan. Bak kata orang tua-tua, sikap menghargai pasangan itu bukanlah di awal perkahwinan sahaja, namun harus dikekalkan sampai bila-bila.
Begitulah juga yang dilakukan oleh Dato’ Fazley Yaakob terhadap isteri kesayangannya, Datin Azrene Soraya sejak dari 13 tahun hubungannya bersama isteri.
Menurut Fazley dia menyatakan pemberian hubungan dan caranya hargai pasangan bukanlah perkara baru tapi dah diamalkan sejak belum ada anak lagi pun.
Saya sudah memang terbiasa memberikan jambangan bunga buat isteri @azrene_ahmad juga ibu saya @rsd.umi. Untuk adik sayang, semenjak kami bercinta jarak jauh di London, setiap bulan saya kirimkan bunga buat beliau. Dan sekarang dah kahwin, dan sudah beranak pinak, saya tetap lakukan.
Yang kelakar tu, pemilik kedai bunga selalu bertanya “Kenapa bagi bunga hari ini? Special day ke?” Seringkali saya tersenyum sendiri, saya kata “Istimewanya sebab sebab saya tak pernah untuk hari istimewa untuk kirimkan bunga kerana sepanjang 13 tahun bersama, dia terlalu istimewa di mata saya.
Hari ini saya sendiri yang hantar sejambak bunga di tempat beliau mengadakan training grooming & etiquette nya. Satu pesanan penting arwah Bapak – “Jangan mencari kelemahan pasangan, tetapi raikanlah kelebihan pasangan kita yang telah sedia ada”. Setuju?
Sumbr: Ig Dato’ Fazley Yaakob
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Anak menangis ada yang kata jangan angkat, nanti manja, asyik nak berdukung je. Pernahkah anda mendengar nasihat seperti ini: “Jangan angkat bayi yang menangis. Nanti dia jadi manja dan asyik nak berdukung sahaja.”?
Bagi sesetengah orang, kata-kata ini kedengaran logik. Namun, adakah betul untuk membiarkan bayi menangis tanpa perhatian?
Kenyataannya, nasihat ini tidak berasas dan bertentangan dengan naluri seorang ibu, sains, serta nilai keibubapaan yang penyayang. Bayi menangis bukan kerana mahu dimanjakan, tetapi kerana mereka mempunyai keperluan yang perlu kita penuhi.
Berikut perkongsian daripada Pun Wawa Shauqi, seorang penulis buku yang berkisar tentang ilmu keibubapaan.
Beberapa tahun lalu, saya pernah ditegur oleh seorang wanita di Klinik Kesihatan. Katanya, “Jangan angkat bayi yang menangis. Nanti dia jadi manja dan asyik nak berdukung sahaja.” Kata-kata itu membuatkan saya berkerut. Biar betul?
Adakah kita perlu membiarkan bayi menangis sehingga berhenti sendiri? Wanita itu menerangkan lagi, “Lama-kelamaan bayi akan faham, walau menangis macam mana sekalipun, dia takkan dilayan.”
Namun, apabila saya mendalami ilmu daripada pakar seperti Puan Amizamzuri N Uswatun, seorang pakar tidur dan tangisan bayi, saya temui jawapan yang tepat. Dalam bukunya, beliau menegaskan bahawa:
“Nasihat seperti ini adalah nasihat paling teruk, tidak berasas, kejam, dan bertentangan dengan nilai kemuliaan agama.”
Mari kita fahami mengapa pendekatan membiarkan bayi menangis, juga dikenali sebagai teknik “Cry It Out”, perlu dielakkan.
Bayi yang baru lahir dilengkapi dengan sekurang-kurangnya 75 jenis refleks, dan tangisan adalah salah satu daripadanya. Refleks ini adalah tindak balas automatik untuk memastikan kelangsungan hidup.
Sepanjang tiga bulan pertama, tangisan bayi adalah cara mereka berkomunikasi. Mereka menangis untuk menyatakan rasa lapar, tidak selesa, letih, atau sakit.
Pada tahap ini, bayi tidak menangis secara sengaja atau “berlakon”.
Allah telah mencipta ibu dengan naluri yang kuat untuk bertindak balas apabila mendengar tangisan bayi.
Apabila bayi menangis, tubuh ibu secara automatik menghasilkan hormon:
Oxytocin: Merangsang ibu untuk mendukung dan menenangkan bayi.
Prolaktin: Menggalakkan pengeluaran susu untuk menyusukan bayi.
Jika kita membiarkan bayi menangis tanpa bertindak, kita melawan fitrah semula jadi ini.
Ada yang mendakwa bahawa membiarkan bayi menangis akan membuatkan mereka berhenti. Namun, bayi yang berhenti menangis bukan kerana mereka faham, tetapi kerana keletihan melampau.
Hormon Kortisol (Hormon Stres): Meningkat ketika bayi menangis terlalu lama, mengganggu perkembangan fizikal dan emosi mereka.
Sikap Bayi: Mereka mungkin menjadi lebih kuat menangis (kerana sedar hanya tangisan yang kuat akan menarik perhatian) atau “shut down” (tidak menangis lagi kerana sudah tiada harapan untuk dipedulikan).
Tindak balas ibu bapa terhadap tangisan bayi sangat penting untuk membentuk Secure Attachment – rasa aman dalam diri anak.
Membesar dengan keupayaan untuk mengurus emosi dan menghadapi tekanan.
Lebih tahan terhadap cabaran, trauma, atau krisis pada masa dewasa.
Sebaliknya, bayi yang dibiarkan menangis tanpa perhatian mungkin kurang berkeyakinan, sukar mempercayai orang lain, atau menghadapi masalah emosi.
Nasihat untuk membiarkan bayi menangis tanpa diendahkan bukan sahaja tidak berasas, tetapi juga bertentangan dengan naluri keibuan, sains, dan nilai agama. Setiap tangisan bayi membawa mesej, dan sebagai ibu bapa, adalah tanggungjawab kita untuk mendengar dan bertindak.
Jika ada yang memberi nasihat seperti ini lagi, senyum sahaja. Kemudian, teruskan dengan cara yang anda yakini dapat memberikan yang terbaik untuk anak anda. Kerana setiap bayi berhak rasa disayangi dan dilindungi.
Bila anak semakin membesar, semakin mencabar cara didikan kita pada anak-anak. Malah anak yang sudah pandai bersuara dan menunjukkan rasa hati dan emosinya semakin membuatkan kita bertambah pening.