Mendedahkan anak-anak kecil yang sedang membesar dengan aktiviti luar sememangnya amat perlu bagi meningkatkan imuniti tubuh mereka. Salah satu lokasi wajib yang ibu bapa perlu kunjungi pastinya lawatan ke zoo yang menempatkan haiwan-haiwan untuk anak melihat dengan dekat.

Mahu melihat haiwan peliharaan yang lebih mesra secara dekat, di Farm In The City yang berlokasi di Seri Kembangan, Selangor ini adalah pilihan paling tepat untuk anak-anak kita mendekati haiwan sambil belajar mengenal haiwan peliharaan.

Biar Anak Kenal & Belajar Sentuh Haiwan Ternakan Di Farm In The City, Dunia Baru Anak Kecil!

Memilih lokasi paling strategik, Petting Zoo ini mengumpulkan lebih 140 jenis haiwan unik dari pelbagai negara serta 60 tumbuhan yang hidup segar di sekelilingnya.

Paling menarik, zoo peliharaan yang dimiliki oleh Eureka Farm Sdn.Bhd ini memiliki keluasan yang cukup hebat dengan keluasan 7 ekar tanah bagi menempatkan kesemua haiwan-haiwan comel.

Kunjungan anda bersama keluarga ke sini sememangnya memberikan seribu pengalaman yang cukup luar biasa. Mana tidaknya, sesetengah haiwan peliharaan di sini di lepaskan begitu sahaja, lebih dekat dengan pengunjung.

Pink Buffalo tarikan terbaru Farm In The City

Memilih tema ‘Kampung Style’, Farm In The City yang dikelilingi pokok-pokok rendang ini sememangnya sebuah zoo yang cukup unik dan menarik.

IKLAN

Ditambah pula, dengan kehadiran haiwan peliharaan unik terbaru seperti Pink Buffalo, Bubu yang merupakan kerbau kecil serta spesis kura-kura kedua terbesar di dunia, Aldabra Tortoise.

Pink Buffalo yang bersaiz cukup besar ini pastinya buat anak-anak teruja ditambah pula dengan warna merah jambunya yang begitu cantik dan sempurna.

Tidak hanya Pink Buffalo, bahkan haiwan-haiwan terbaru lain seperti Nilgail, miniature cow, Pygmy buffalo dan lemur turut menjadi tarikan terbaru di Farm In The City.

Biar Anak Kenal & Belajar Sentuh Haiwan Ternakan Di Farm In The City, Dunia Baru Anak Kecil!

10 tarikan utama untuk dijelajahi

Tidak hanya beberapa haiwan terbaru ini, di sini menempatkan lebih 10 tarikan paling menarik untuk anda jelajahi bersama anak-anak. Antara stesen ini adalah Tortoise & Turtle Farm, Reptile Cavern, Bird Aviary, Savannah, Pet Village, Jungle Walk, Twilight Creatures, Vegetables & Fruits Farm, Ostrich Farm & Friend dan Swan Pier.

IKLAN

Di Tortoise & Turtle Farm, terdapat beberapa ekor himpunan kura-kura daripada pelbagai negara. Antaranya India, Australia, Aldabra Island di Hindi dan sebagainya. Paling menarik di sini ditempatkan beberapa jenis spesis kura-kura yang jarang ditemui misalnya cengkerang bercorak leopard, cengkerang berbentuk bintang juga tidak ketinggalan Dinasour Snapping Turtle yang cukup unik dan pelik.

Namun menariknya sudah pastilah pada beberapa ekor kura-kura Aldabra yang didatangkan khas daripada Pulau Aldabra di Hindi. Kura-kura kedua terbesar di dunia ini dilepaskan berkeliaran dan untungnya pengunjung boleh juga memberi makanan berupa kangkung, yang disediakan buat pengunjung.

Biar Anak Kenal & Belajar Sentuh Haiwan Ternakan Di Farm In The City, Dunia Baru Anak Kecil!

Reptile Cavern antara yang mendapat perhatian pengunjung. Lebih-lebih lagi kehadiran ular sawa batik, ular tiung juga pastinya dua ekor buaya kedua terkecil di dunia. Unik sekali.

Di Bird Aviary, anak-anak pastinya cukup teruja ketika memberikan makanan kepada burung-burung jinak yang bebas berterbangan.

IKLAN

Di sini ditempatkan lebih 30 jenis burung yang terdiri daripada burung jenis air seperti itik juga darat iaitu ayam. Burung tempua, budgie, pipit, merpati, setiawan dan pastinya burung Violet Turaco yang berbulu seperti baldu ini pasti buat anak-anak terpesona.

Raccon, meerkat dan mamorset sudah semestinya buat langkah anak-anak terhenti. Mana tidaknya dengan saiz yang begitu comel, jinak dan manja, ketiga-tiga haiwan ini pasti mampu menarik perhatian anak-anak.

Biar Anak Kenal & Belajar Sentuh Haiwan Ternakan Di Farm In The City, Dunia Baru Anak Kecil!

Mamorset, monyet kedua terkecil ini cukup comel malah begitu lincah beraksi di sangkarnya. Begitu juga dengan raccon yang dilepaskan bebas di pohonan kayu. Anak-anak juga berpeluang memberikan makanan kepada raccon jinak ini. Memang comel.

Tak cukup lengkap penjelajahan anak-anak tanpa melewati Pet Village dengan arnab jinak yang dilepaskan bebas di sekitarnya. Begitu juga dengan Savanna yang menempatkan Alpaca, keluarga unta yang unik dan menarik perhatian.

Biar Anak Kenal & Belajar Sentuh Haiwan Ternakan Di Farm In The City, Dunia Baru Anak Kecil!

Usah dilupakan ladang sayur dan tumbuhan herba yang perlu anak-anak pelajari untuk mendekati alam dan mempelajari bagaimana kesemua sayuran dan tumbuhan ini mampu hidup segar.

Tak perlu disangkal lagi, di Farm In The City, keupayaan anak-anak berfikir dengan segala ilmu dan aktiviti yang mengujakan bersama haiwan-haiwan jinak ini pasti buat anak teruji. Berikan mereka pengalaman sebaiknya di sini!

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI