“Biar Anak Slow & Steady, Tapi Janganlah Slow Sangat”, Dr Izzar Saran Mak Ayah Periksa Perkembangan Anak!

Share

Perkembangan anak kita tak sama dengan anak orang lain. Jadi janganlah cuba buat perbandingan dengan rakan-rakan sebayanya. Setiap anak ada perkembangannya sendiri. Beri ruang dan masa anak kita untuk menonjolkan potensi dirinya agar perkembangannya seiring dengan usia.

Inilah yang cuba di kongsikan oleh Dr Mohd Izzar Anwari Datuk Seri Abdul Khani di instagramnya.

Suami kepada pelakon Ummi Nazeera itu berkongsi beberapa petanda atau warning signs mengenai perkembangan anak kecil kita. Menurutnya terdapat beberapa petanda yang memberi isyarat anak kita mungkin mengalami masalah perkembangan yang agak lewat atau ‘delay’. Berikut merupakan petanda yang dikongsikan oleh beliau.


Petanda- Petanda Amaran (Warning Signs) Perkembangan Anak!

Ibu bapa sememangnya bertanggungjawab untuk memerhati dan menggalakkan perkembangan anak masing-masing.

Perkembangan anak-anak pula dipengaruhi oleh faktor-faktor genetik, neurologi, fizikal, persekitaran dan emosi. Gabungan daripada faktor-faktor inilah yang menentukan sama ada anak berkembang ikut masa atau lambat perkembangannya.

Memang ada anak-anak yang lambat sikit perkembangannya kalau banding dengan anak-anak lain yang sama dengan umurnya. Sebab tu kita jangan JANGAN BANDINGKAN anak kita dengan anak orang lain! Slow n steady. Tapi janganlah slow sangat.

So, ini adalah antara petanda-petanda amaran kalau perkembangan anak tu lambat sangat:

❌ Tiada respon kepada persekitaran atau ibu bapa setelah 12 bulan.

❌ Tidak berjalan lagi setelah 18 bulan.

❌ Tiada perkataan jelas lagi setelah 18 bulan.

❌ Tiada ayat dua perkataan lagi setelah 2 tahun.

❌ Masalah interaksi sosial pada umur 3 tahun.

❌ Lewat atau tak dapat mencapai ‘milestone’ normal.

Apapun kata Dr Izzar lagi, ibu bapa adalah rujukan paling penting untuk mengenal pasti masalah kelewatan ini kerana ibu bapa adalah orang terdekat dan bersama anak-anak setiap hari. Jadi buatlah pemeriksaan segera.

Malah katanya lagi, selalulah menggalakkan anak-anak untuk berinteraksi dan bercakap malah melakukan beberapa aktiviti yang dapat membuatkan anak berinteraksi dengan ibu bapa. Ini yang sebaiknya.

“Tapi rujukan paling penting adalah IBU BAPA anak tu sendiri. Sebab mereka paling dekat dan tengok anak-anak itu tiap hari.

 

Jadi, ibu bapa perhatikanlah anak-anak tu. Tengok perkembangan anak masing-masing. Selalu galakkan anak-anak tu bercakap, menconteng, melukis, buat perangai, dan main-mainlah dengan mereka. Berinteraksilah dengan mereka tanpa pegang phone tengok instagram kat sebelah tangan tu. Percayalah, anak-anak tengok semua tu. Mereka akan terasa kalau tak beri perhatian sepenuhnya.

Ni Ayra tengah baca buku Bawang Putih Bawang Merah sound book,” katanya sambil berkongsi video si comel Ayra yang membaca buku.

 


EPISOD 5 PA&MA JOURNEY BERSAMA JOVIANINA: Little Farm Dekatkan Anak Dengan Alam

Kanak-kanak harus didedahkan dengan alam kerana aktiviti ini akan membuatkan mereka lebih berani. Jika kita tidak mendedahkan mereka dengan alam dari kecil, ia mungkin akan membuatkan anak-anak tidak berani untuk mencuba benda baru.

Saksikan Episod ke 5, Journey Bersama JoviaNina pada 23 September 2020, jam 9 malam hanya di Astro Ria saluran 104/124.

#PaMaJourneyBersamaJoviaNina
#AstroRIA
#MajalahPAMA

Nak macam-macam info? Jom join channel Pa&Ma D Parents Channel https://t.me/pamadparents

IKLAN