“Biar Dia Tak Comel Macam Anak Yang Lain, Tapi Dia Sentiasa Doakan Saya Murah Rezeki.” Dato Alif Syukri Luah Perasaan

Share

“Biar dia tak comel macam anak-anak yang lain, dia baru sahaja bacakan doa panjang umur dan murah rezeki. Dia akan doa dan salam dan kiss saya, walaupun mata dia hari-hari berdarah sebab operate mata sebab juling” Luah Dato Aliff Syukri.

Baru-baru ini Datin Shahida bawa Ammar Ahyan, anak sulung mereka untuk buat pembedahan mata. “Waktu bayi, mata dia juling air tapi bila dah makin besar juling dia makin ketara”, tambah Shahida.

Dengan kecanggihan teknologi perubatan zaman sekarang mata juling boleh dibetulkan.

Baca: Anak Sulung Banyak Mengalah & Selalu Kena Marah, Tapi Tetap Istimewa Di Hati Ibu. Datin Shahida Bercerita Tentang Ammar Ahyan

“Saya nak dia jadi usahawan dan orang beragama” luah Aliff Syukri lagi. Dia juga turut memohon doa dari sahabat di instagram dan facebook untuk kesembuhan anaknya. 

Rata-rata netizen tidak bersetuju dengan Aliff Syukri. Bagi mereka Ammar Ahyan seorang anak yang baik dan comel. Ada yang tersentuh hati dengan cara didikan Aliff Syukri. Mereka juga berharap mata Ammar cepat sembuh.

Mana ada tak comel, Ammar anak yang comel dan baik.

 

Semoga mata anak Dato cepat sembuh

 

Baiknya dia, beruntung Dato dapat anak macam dia

Anak sulung memang manja

 

Dato, kalau boleh bagi anak pakai sunglass untuk protection mata.

Berapa kos perubatan untuk Ammar?

Sumber: Instagram Aliff Syukri

IKLAN