“Biar dia tak comel macam anak-anak yang lain, dia baru sahaja bacakan doa panjang umur dan murah rezeki. Dia akan doa dan salam dan kiss saya, walaupun mata dia hari-hari berdarah sebab operate mata sebab juling” Luah Dato Aliff Syukri.
Baru-baru ini Datin Shahida bawa Ammar Ahyan, anak sulung mereka untuk buat pembedahan mata. “Waktu bayi, mata dia juling air tapi bila dah makin besar juling dia makin ketara”, tambah Shahida.
Dengan kecanggihan teknologi perubatan zaman sekarang mata juling boleh dibetulkan.
“Saya nak dia jadi usahawan dan orang beragama” luah Aliff Syukri lagi. Dia juga turut memohon doa dari sahabat di instagram dan facebook untuk kesembuhan anaknya.
Rata-rata netizen tidak bersetuju dengan Aliff Syukri. Bagi mereka Ammar Ahyan seorang anak yang baik dan comel. Ada yang tersentuh hati dengan cara didikan Aliff Syukri. Mereka juga berharap mata Ammar cepat sembuh.
Ads
Mana ada tak comel, Ammar anak yang comel dan baik.
Hari ini Sherharraz jalani pembedahan Tracheostomy tebuk di leher. Sherharraz anak sulung kepada Chot Maharajalawak dan Isteri, Siti Zafirulazzah mengalami masalah jantung ketika dilahirkan.
Doakan anak saya menjalani pembedahan Tracheostomy tebuk di leher pagi ni.. tanpa menggunakan Ventilator.. semoga dipermudahkan urusan Sherharraz dan ada keajaiban untuk nya.. Amin YRA
Seorang pengasuh Taman Asuhan Kanak-Kanak (Taska) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, Melaka atas pertuduhan menganiaya seorang bayi perempuan berusia 11 bulan dengan cara mencakar pipi dan memukul tubuh mangsa, minggu lalu.
Didakwa cakar & pukul bayi 11 bulan
Menurut laporan Harian Metro, tertuduh yang dikenali sebagai Nabilah Md Johan, 27, dari Kampung Tedong, Merlimau, mengangguk faham sejurus dibacakan pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Nariman Badruddin, namun tidak mengaku bersalah serta meminta dibicarakan.
Berdasarkan pertuduhan, dia sebagai orang yang mempunyai pemeliharaan iaitu guru atau pengasuh didapati menganiaya bayi terbabit berusia 11 bulan ketika kejadian dengan cara mencakar pipi sebelah kiri dan memukul badan mangsa dengan tangan.
Kesalahan itu didakwa dilakukannya di Taska Ummi Ana, No 43, Jalan Sri Emas 25, Taman Seri Telok Emas, Melaka pada 18 Mei lalu, kira-kira 5.30 petang hingga jam 5.45 petang.
Hukuman penjara 10 tahun dan denda
Bagi kesalahan itu dia dituduh mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau dengan denda maksimum RM20,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya N Sivashangari yang menjalankan pendakwaan mencadangkan jaminan RM30,000 dengan seorang penjamin serta syarat tambahan tidak boleh mengganggu mangsa.
Peguam bela, Ab Kadir Ismail yang mewakili tertuduh bagaimanapun membantah jumlah jaminan ditawarkan.
“Jumlah jaminan yang ditawarkan terlalu tinggi, mohon mahkamah menetapkan jumlah jaminan yang munasabah. Penjamin adalah ibu tertuduh sendiri,” katanya.
Selepas mendengar permohonan kedua-dua pihak, Nariman menetapkan jaminan RM8,000 dengan seorang penjamin serta syarat tertuduh tidak mengganggu saksi pendakwaan dalam apa juga keadaan sehingga perbicaraan selesai.
Mahkamah kemudian menetapkan 23 Jun depan untuk sebutan semula kes bagi mendapatkan laporan perubatan mangsa dengan serahan dokumen.
Setiap anak, lain-lain ragamnya. Sementara anak-anak nak membesar, pasti akan ada pelbagai gelagat yang mencuit hati. Semua ini akan menjadi kenangan untuk ibu bapa dan anak itu sendiri apabila mereka dah besar.
Sekitar usia anak 0 hingga 7 tahun, tempoh ini adalah fasa yang orang kata banyak akal. Kadang-kadang buatkan ibu ayah gelak, geram, nak marah dan macam-macam lagi perasaan. Tapi semua ini ibarat rencah dalam kehidupan untuk kita menjaga amanah Allah sebaiknya.
Bagi ibu bapa, apabila usia anak menginjak 4 tahun ke atas, masing-masing akan mula memikirkan pendidikan anak. Ini juga antara dilema untuk ibu bapa bagi memastikan anak dapat menyesuaikan diri di alam persekolahan. Cuma bila dah masuk sekolah, mental ibu bapa kena kuat untuk hadap ragam anak pula.
Buat drama nak bawa ‘bucuk’ ke sekolah
Seperti kisah ibu ini, Puan Noramiza Abdullah, gelagat anak ketiganya, Nur Alfiera Raisha, 5 tahun yang baru memulakan sesi prasekolah benar-benar mencuit hati. Masa hari pertama sekolah semua ok, bila masuk hari kedua, ketiga dan keempat, dia dah mula buat drama minta nak bawa ‘barang kesayangan’.
Mulanya saya ingat dia main-main, tapi tak sangka pula masa dah bersiap nak ke sekolah, cepat-cepat dia ambil dan pegang bucuk (panggilan manja untuk anak patung arnab) dan puting.
Disebabkan tak mahu dia bad mood untuk ke sekolah, saya beritahu cikgu dan cikgunya cakap layan je permintaannya itu. Janji dia mahu ke sekolah.
Jadi nak tak nak, saya bagi dia bawa. Sampai di sekolah tanya dia lagi sekali. Nasiblah dah berubah fikiran dan bersetuju untuk tinggalkan dulu dalam kereta. Dia cakap nanti kawan tengok malu.
Murung dalam kelas
Bagaimanapun ketika dalam kelas, cikgu ada kongsikan gambar Alfiera Raisha yang nampak sedih walaupun kawan-kawan lain seronok buat aktiviti. Nak tergelak pun ada. Tapi apabila balik sekolah, masuk je dalam kereta, terus cari bucuknya.
Dari muka sedih terus senyum. Apa yang membuatkan saya tergelak, dia siap tanya “Bucuk cari Ina tak masa pergi sekolah tadi.” Jadi terpaksa lah ibu pun buat skrip drama.. “Bucuk cari siap nangis hentak-hentak kaki cari Ina.” Lepas tu barulah senyum.
Sejak bayi, Bucuk teman setia
Kongsi Noramiza lagi, Bucuk ni dah dianggap sebagai kawan baiknya sejak bayi lagi. Banyak anak patung yang dia suka tapi, ini adalah kesayangannya. Jika hilang dari pandangan, cara dia cari tu seolah-olah seperti mencari anak kucing. “bucuk ooo bucuk, mana bucuk ni..”
Kalau puting dia tak kisah sangat pun. Ada ok, tak ada pun tak apa. Asalkan bucuk dia ada depan mata. Nasib jugalah dia bagi basuh. Jadi bucuk dia tu tak busuk sebab selalu dicuci.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Jenis-jenis najis bayi boleh berubah mengikut usia, susu dan pemakanan. Ketahui warna najis yang normal, tanda bahaya serta bila ibu ayah perlu membawa bayi berjumpa doktor.