Setiap anak ada kelebihan dan kecenderungan masing-masing. Kita sebagai ibu bapa perlu mendidik dan menyerlahkan bakat dan kemahiran mereka. Salah satunya adalah bakat melukis. Selain bakat semulajadi, ibu bapa juga boleh merangsang minat anak untuk cuba melukis , seperti yang diajarkan oleh ibu ni.

Tidak dianugerah bakat melukis namun Puan Sakinah Hamid sentiasa mendorong minat anaknya untuk melukis. Malah cara dan teknik yang dikongsikan olehnya ini boleh dicontohi oleh ibu-ibu lain bagi menarik minat anak-anak.

 

Jom ikuti caranya.

Biar Je Anak Pegang Pensil, Conteng Sana Sini, Hasilnya Baru 2 Tahun Dah Pandai Melukis!
Lukisan terkini – semakin detail dan ada jalan cerita.

Ramai yang tanya macam mana saya buat untuk ajar anak melukis.

Saya jarang jawab sebab memang tak pernah ajar anak-anak melukis pun. Saya sendiri pun tak pandai melukis macam mana nak ajar anak. Haha…

Cuma sikit yang boleh saya kongsikan ialah bagaimana kami memberi peluang anak bereskplorasi dengan pensel dan kertas sejak kecil.
Gambar-gambar ini adalah koleksi ‘lukisan’ Faqihah sejak berusia 2 tahun lebih.

IKLAN
Biar Je Anak Pegang Pensil, Conteng Sana Sini, Hasilnya Baru 2 Tahun Dah Pandai Melukis!
Peringkat awal hanya garis-garis pendek sahaja. sangat banyak ‘lukisan’ macam ni masa mula pegang pensel.
Biar Je Anak Pegang Pensil, Conteng Sana Sini, Hasilnya Baru 2 Tahun Dah Pandai Melukis!
Semakin lama garisan akan semakin panjang. Itu tanda kemahiran mengawal pensel semakin baik.

3 benda asas yang kami buat ialah:

1- Beri kebebasan anak menggunakan pensel dan kertas.

Peringkat awal tu Faqihah hanya bermula dengan contengan-contengan garis pendek. Semakin lama garisan semakin panjang dan membentuk bulatan. Selepas berbulan-bulan menconteng, barulah hasil contengannya membentuk sesuatu yang boleh difahami.

Jadi, kalau nak tengok bakat anak berkembang jangan kedekut bagi anak kertas kosong. 1 rim kertas A4 dalam rm10. Boleh tahan 2 minggu ke sebulan jika kita latih anak guna sepenuhnya. Kalau nak lebih jimat boleh guna reuse paper yang mudah di dapati di mana-mana. Kat kedai photostate pun berlambak.

IKLAN

2- Selalu bersembang mengenai lukisan anak

Walaupun hanya garisan dan bulatan, anak boleh bercerita apa yang tersirat di sebalik ‘lukisan’nya. Beri perhatian pada cerita anak dan tunjukkan minat untuk tahu lebih lagi. Selalu puji usaha anak melukis.

Biar Je Anak Pegang Pensil, Conteng Sana Sini, Hasilnya Baru 2 Tahun Dah Pandai Melukis! Biar Je Anak Pegang Pensil, Conteng Sana Sini, Hasilnya Baru 2 Tahun Dah Pandai Melukis!

IKLAN

3- Hargai lukisan anak

Semua manusia suka dihargai usahanya, termasuklah kanak-kanak. Jangan sesekali memandang lukisan anak sebagai ‘sampah’ walaupun hanya garis-garis tanpa makna. Hargai hasil kerja mereka yang terkini boleh ditampal di dinding atau sediakan ruang menyimpan yang sesuai.

Anda akan dapat melihat bagaimana semangat anak untuk melukis semakin membuak-buak setiap kali kita buat perubahan pada susunan hasil karya mereka. Itulah antara perkara asas yang menjadi rutin harian anak-anak dirumah. Jika asalnya melukis hanya untuk isi masa lapang, kita melukis seperti sudah jadi kewajipan anak-anak. Kalau lama tak melukis mereka akan ternanti-nanti masa untuk melukis.

Biar Je Anak Pegang Pensil, Conteng Sana Sini, Hasilnya Baru 2 Tahun Dah Pandai Melukis! Biar Je Anak Pegang Pensil, Conteng Sana Sini, Hasilnya Baru 2 Tahun Dah Pandai Melukis! Biar Je Anak Pegang Pensil, Conteng Sana Sini, Hasilnya Baru 2 Tahun Dah Pandai Melukis!

Semoga perkongsian ini dapat bantu ibubapa memberi rangsangan pada anak yang sedang membesar. Majoriti anak kecil akan melalui fasa menconteng, tugas kita hanya beri peluang.

Jika itu minat dan bakat anak, in syaa Allah ia akan berkembang. Jika tidak pasti ada ruang lain yang lebih menarik minatnya untuk berkarya.

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI