Pelakon dan pengacara, Diana Amir mempunyai cara tersendiri untuk mendisiplinkan anak-anaknya.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram, Diana berkongsi tip untuk memastikan anak-anak mengemas kembali mainan selepas menggunakannya.
“Anak-anak kesayangan mummy ni banyak benar mainan dia. Alhamdulillah. Nak bagi diorang jadi kreatif, suka berfikir, pandai bersosial, kenalah bagi diorang berdua main macam-macam jenis mainan.
“Yang penatnya mak-mak ni la, nak kena kemas lepas diorang berkreatif tu. Diana pun tak ada maid, semua buat sendiri. Jadi kena fikir macam mana nak bagi proses kemas balik tu efektif.
Ads
“Diana akan bahagi-bahagikan barang-barang yang senang bersepah (terutama mainan-mainan kecil macam puzzles, lego, baju-baju dan accessories dolls) dan susun dalam Ziploc!
“Anak-anak Diana akan ambil mainan daripada dalam beg sandwich Ziploc, yes walaupun namanya beg sandwich, boleh je guna untuk organize barang-barang lain.
“Sebelum diorang buka beg Ziploc untuk ambil mainan lain, Diana akan minta diorang simpan dulu mainan-mainan yang diorang dah buka.
“And it’s actually fun for them! Berebut-rebut nak kemas, jadi satu permainan juga untuk kemaskan barang masuk dalam Ziploc.
“So, sebelum mainan bersepah dan kita terkial-kial, buang masa nak kemas balik mainan, guna Ziploc untuk bantu organize dan sebenarnya ajar anak disiplin dalam bermain!” jelasnya.
Dalam pada itu, rata-rata pengikut IGnya gembira dengan tip yang dikongsikan kerana menjadi panduan berguna buat ibu bapa lain.
Diana mendirikan rumah tangga dengan Mohd. Habibullah A. Rahman pada 25 Oktober 2013 dan dikurniakan tiga cahaya mata, Khaulah Al Azwar pada 8 Mac 2015, Khadija Azzehra pada 4 Januari 2017 dan Muhammad Khalid, 10 November 2018.
Sumber: Instagram @dianaamir
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bila berkahwin, suami dan isteri mempunyai tanggungjawab masing-masing terhadap satu sama lain dan rumah tangga mereka. Antara tanggungjawab yang sering menjadi pertikaian suami isteri adalah siapa yang bertanggungjawab melakukan kerja rumah seperti memasak, membasuh pakaian, mengemas rumah dan mengasuh anak-anak.
Pada asasnya, pengurusan rumah tangga adalah tanggung jawab suami menguruskannya sama ada dengan melakukannya sendiri atau mengupah orang lain. Bagaimanapun, sejak dulu lagi kerja rumah dilakukan oleh golongan wanita sama ada isteri atau anak perempuan.
Justeru, apabila isteri memilih membantu suami menguruskan kerja rumah, ia adalah kebajikan yang mulia dan dianggap sebagai sedekah.
Menerusi perkongsian Penulis & Pendidik Ilmu Keibubapaan, Taufiq Razif, kebanyakan suami menyerahkan sepenuhnya kerja rumah pada isteri walhal perkara itu boleh dilakukan bersama. Begitu juga dalam bab mencuci pinggan sekalipun.
Siapa kata cuci pinggan ni tugas isteri? Isteri bukan cuci pinggan kerana itu tugas mereka tapi kerana ihsan mereka pada pasangannya.
Dia kesian pada pasangannya yang dah berpenat lelah mencari rezeki untuk keluarga jadi sebagai tanda ihsan dan kasih sayang maka isteri lakukan juga.
Tapi itu bukan bermakna si suami menganggap ianya adalah kewajiban dan tugas hakiki seorang isteri. Kepenatan seorang isteri adalah real dan bukan main main!
Tanda tanda isteri dalam kepenatan :
– Jadi susah nak senyum – Mudah marah-marah – Mudah melenting – Susah nak bergurau dah – Nafsu untuk bersama semakin menurun – Selalu rasa diri gagal
Sebab itulah kata kunci perkahwinan adalah #BuatSamaSama
Nak beri didikan agama pada anak-anak biarlah sejak mereka kecil. Ajarkan anak solat dengan cara simple dan anak mudah ‘tangkap’, baru dia teruja. Ketahui macam mana nak latih anak solat secara fun, jom daftar ke Kem Solat Anak: Mudah, Seronok & Berkesan sekarang! Klik https://toko.ideaktiv.com/product/kem-solat-anak/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tak dinafikan walaupun berada di rumah sepanjang PKP ini namun tugasan yang begitu banyak perlu digalas membuatkan banyak urusan rumah tangga terbengkalai.
Pagi hari selepas masak sarapan, ibu terpaksa membantu kelas PdPR anak sepanjang hari dan kemudiannya menyambung kerja-kerja lain. Kain yang semakin banyak menggunung tinggi tidak sempat dilipat. Inilah masalah ibu.
Jangan biarkan menggunung tinggi, pelakon Fasha Sandha berkongsi tip lipat baju paling pantas untuk meringankan beban ibu-ibu.
Video perkongsian Fasha yang cukup santai itu buat kita terhibur. Malah rasa semangat untuk melibat baju yang tinggi menggunung. Tak perlu pening kepala, jom cuba cara Fasha ini sambil lipat baju anak-anak.
“Thank you Cik Len for sharing, alhamdulillah, time MCO ni dah cekap melipat baju dengan pantas.
“Dulu terkial-kial kita, lipat baju. Alhamdulillah, now boleh lipat 1 baju dalam masa 5 saat.
“Bukan hanya pantas, tapi kemas dan teratur…hihi,” kata Fasha berkongsi.
Malah kata Fasha, memahami masalah ibu-ibu yang berada di rumah dan tiada masa untuk melibat baju sepertinya, dia tergerak hati untuk berkongsi cara yang dicubanya itu.
“Saja nak share ngan followers kesayangan, happy pulak rasanya. Selamat mencuba kesayanganku,” tulis Fasya lagi.
Jadi tak payah pening kepala, apa kata kita cuba cara Fasha pula. Bukan apa, baju yang dilipat cantik pun buat kita dapat kurangkan tekanan berada di rumah. Memang lega bila tengok baju selesai berlipat dan tersusun cantik!
Pa&Ma dengan kerjasama 9 bulan 10 hari nak bagi webinar PERCUMA tanda terima kasih atas sokongan follower semua selama ini.
Webinar ‘Aku Tak Takut Beranak’ menampilkan barisan speaker-speaker hebat dan berpengalaman dalam bidang keibubapaan seperti Ustaz Don, Ustaz Kazim Elias, Dato’ Dr Fazley Yaakob, Dr Rizal Abu Bakar, Dr Maiza Tusimin dan Dr Afida Sohana.
Selain berpeluang menceduk ilmu yang dikongsi, anda juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah sebab ada 70 hadiah best yang ditawarkan termasuklah sebuah handphone.
So apa yang anda kena buat untuk dapat HADIAH CABUTAN BERTUAH tu?
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Menurut pakar bahasa Profesor Fred H. Genesee, semakin awal usia kanak-kanak belajar bahasa asing, semakin mudah untuk mereka menguasai bahasa itu. Kanak-kanak lebih cepat menerima bahasa yang dipelajarinya tanpa banyak kesukaran berbanding orang dewasa.
Selain itu, pakar neurologi Dr.Eric H. Lennenberg pula berpendapat, sebelum mencapai usia baligh, otak kanak-kanak memang mudah dilentur sebab itulah mereka lebih mudah belajar bahasa asing.
USIA ENAM TAHUN ADALAH MASA EMAS ATAU PALING IDEAL UNTUK MENGAJAR BAHASA ASING SELAIN BAHASA IBUNDA. KETIKA USIA INI OTAK MEREKA SANGAT MUDAH UNTUK MENERIMA SEHINGGA PROSES PENYERAPAN BAHASA MAMPU BERLANGSUNG DENGAN SANGAT LANCAR. TAMBAHAN PULA DAYA PENYERAPAN BAHASA MEREKA BERFUNGSI SECARA AUTOMATIK.
Pendedahan Awal
Memadai dengan pendedahan terhadap bahasa tertentu, misalnya memberikan mereka kebebasan untuk bergaul dengan rakan-rakan yang fasih menggunakan bahasa asing selain daripada bahasa ibundanya. Dengan mudah kanak-kanak boleh menguasai bahasa tersebut. Masa emas ini nyata tidak lagi dimiliki oleh orang dewasa. Walau bagaimanapun, ia bukan bererti orang dewasa tidak mampu menguasai bahasa kedua atau bahasa asing ini.
Menerusi kajian tentang perkembangan minda kanak-kanak, tempoh terbaik untuk mengajar kanak-kanak ini menguasai bahasa asing adalah daripada usia enam hingga 15 tahun. Kanak-kanak yang didedahkan dengan pertuturan bahasa asing sebelum usia 15 tahun mampu menguasai bahasa asing itu sama seperti penutur aslinya.
Kejayaan
Satu kajian telah dijalankan oleh Fathman iaitu pakar bahasa daripada Amerika Syarikat . Beliau melakukan pemerhatian kepada 200 orang kanak-kanak berusia daripada 6 hingga 15 tahun yang belajar bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua di sekolah Amerika Syarikat. Kajian mendapati, kanak-kanak yang lebih muda (usia 6 hingga 10 tahun) lebih mudah menguasai tatabahasa bahasa Inggeris. Sedangkan kanak-kanak yang lebih tua (11 hingga 15 tahun) lebih cenderung menguasai struktur kata.
Jaminan
Sejak melangkah masuk ke pra-sekolah sehinggalah ke Institut pengajian tinggi, kita memang diajar untuk menguasai lebih daripada satu bahasa di dalam pertuturan harian iaitu bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Kedua-dua bahasa ini memang diguna pakai dalam proses pengajian dan pembelajaran.
Tetapi kanak-kanak yang belajar dua bahasa tidak akan dapat menguasai kedua-dua bahasa itu dengan baik secara sama rata. Ia juga tidaklah sebaik seperti mempelajari satu bahasa. Ia juga memberi tekanan kepada mindanya untuk menguasai dua bahasa tersebut dan pada masa sama sedang mempelajari perkara-perkara lain di persekitarannya.
Untuk mendidik kanak-kanak mahir lebih daripada satu bahasa, ibu ayah perlu bersikap lebih bijak dan tidak tergesa-gesa. Anda kenalah mempertimbangkan kemampuan anak-anak.
Untuk memastikan mereka berjaya menguasai bahasa asing yang dipelajarinya, bahasa tersebut mestilah digunakan dalam pergaulan atau komunikasi seharian. Dalam soal ini papa mama yang kena mainkan peranan penting untuk memastikan kejayaan anak-anak menguasai bahasa asing kerana segala-galanya bermula dari rumah.
5 tip ajar anak fasih bahasa Inggeris di peringkat awal:
1. Berikan anak-anak pendedahan dan latihan kepada bahasa ibunda dan bahasa Inggeris yang sedang dipelajarinya secara sama rata.
2. Anak-anak perlu mendengar dan bertutur bahasa asing itu secara kerap bagi menguasai perkataan serta tatabahasa bahasa tersebut.
3. Ibu dan bapa adalah tenaga pengajar yang paling berkesan untuk anak-anak memahirkan diri sekali gus menguasai bahasa kedua. CD atau DVD tidak begitu memberikan impak yang sama seperti komunikasi yang berlangsung antara anak dengan ibu dan bapanya.
4. Gunakan bahasa Inggeris dalam apa jua situasi seperti bermain, membeli-belah atau berbual bersama anak-anak. Kaedah ini boleh mempercepatkan lagi penguasaan bahasa Inggeris anak-anak anda.
5. Bacakan sesuatu bahan bacaan dengan menggunakan bahasa Inggeris serta bahasa ibundanya. Ini adalah cara terbaik untuk meningkatkan lagi pengetahuan tentang perbendaharaan kata serta memupuk skil membaca sejak dari awal.
Semoga usaha tersebut mendatangkan hasil yang memberangsangkan. Selamat menjadi cikgu ibu dan ayah.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bentan selepas bersalin bukan sekadar demam atau sakit badan. Kenali tanda bahaya seperti pendarahan, demam, sesak nafas dan preeklampsia yang boleh mengancam nyawa ibu selepas bersalin.