Biarkan Anak Solek Wajah, Netizen Kata Aeril Hebat & Sporting. Bonding Yang Baik Anak Perempuan & Ayah

Share

Anak perempuan mesti sukakan mekap dan solekan. Memang tidak dapat lari lagi, sifat semula jadi yang lahir bagi kaum Hawa yang suka bercantik-cantik.

Sama lah halnya dengan anak kedua aktor Aeril Zafrel dan aktres Wawa Zainal, Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, 3 tahun, sukakan solekan. Aeril telah memuat naik video dan gambar  hasil solekan Hayla.

Tidak semua ayah akan membiarkan wajahnya disolek begini. Lelaki selalunya tidak sukakan solekan dan ia tentu merimaskan. Tetapi demi anak, ayahnya berkorban. Aktiviti ini juga bonding yang baik antara ayah dan anak perempuan di samping menajamkan skil motor halus ketika mengendalikan alat solek kepada wajah.

Netizen memberikan komen mengatakan ia lucu dan hebatnya Aeril membiarkan wajahnya disolek Hayla.

Sumber: Instagram Aeril Zafrel

IKLAN