Rata-rata kanak-kanak kini seawal usia beberapa bulan sudah diperkenalkan dengan gajet seperti handphone sebagai teman hiburan. Ianya juga sudah menjadi satu trend dalam kalangan ibu bapa untuk memberikan gajet pada anak-anak.

Namun ada juga yang masih lagi buntu sama ada perlu ataupun tidak untuk dedahkan anak pada teknologi seperti gajet. Risau kalau terlambat kenalkan anak pada gajet, dikatakan anak akan ketinggalan? Benar kah? Ikuti perkongsian artikel ini.

Suka dengan soalan ni.

Biarlah Anak Ketinggalan Tak Main Phone. Asalkan Mereka Tak Ketinggalan Keperluan Perkembangan Diri!

Terima kasih puan yang sudi bertanya.

1) Mengenai umur anak tu, memang ada garis panduan pun. Bukan saya yang tetapkan. Tapi American Academy of Pediatric yang tetapkan.

Mereka kata:
– anak 18-24 bulan tak dibenar sama sekali diberi gajet.
– 2-4 tahun, 1 jam aje sehari.
– 5 tahun ke atas, 2 jam aje sehari.

Itupun, setiap sesi tak boleh lebih dari 30 minit.

AAP dah buat kajian. Kalau tak ikut garis panduan ni, bertabahlah kita bila anak dapat macam-macam kesan sampingan.

2) Bab tak ikut peredaran zaman tu pula, biarlah anak ketinggalan. Asalkan mereka tak ketinggalan dari segi keperluan perkembangan.

Antara kesan kelewatan perkembangan terhadap anak yang diberi gajet secara berlebihan

👶ANAK HADAPI RISIKO SPEECH DELAY.

Bayangkan, anak perlu dengar 11 juta perkataan dari parents dalam setahun untuk dia bertutur 10 patah perkataan. Mana nak cukupkan kuota ni kalau mereka asyik dengan gajet.

IKLAN

Biarlah Anak Ketinggalan Tak Main Phone. Asalkan Mereka Tak Ketinggalan Keperluan Perkembangan Diri!

👶KEMAHIRAN KOMUNIKASI SOSIAL ANAK TERJEJAS

Kita mungkin rasa anak belajar banyak kosa kata dari gajet. Tapi, mereka hanya boleh sebut. Tapi tak reti nak guna dalam perbualan dengan orang lain. Lain kita tanya, lain dijawab.

👶 GANGGUAN FUNGSI OTAK

Apabila anak mengamuk bila gajet diambil dan menangis bila kita tak bagi gajet, maknanya anak dah tunjukkan tanda-tanda ketagih. Ketagih disebabkan hormon dopamin yang berlebihan di dalam otak. Hormon ini akan menjejaskan fungsi otak limbik iaitu otak memori dan emosi. Ia turut menyumbang kepada masalah tingkah laku anak.

👶 TANTRUM

Anak yang perkembangan bahasanya terhad, memang mudah tantrum. Sebab mereka tak pandai nak terjemahkan keinginan melalui perkataan. Bila mengamuk, baru orang tau mereka nak sesuatu.

👶 MASALAH KESEIMBANGAN BADAN

Rajin-rajin cek carta milestone. Adakah anak boleh melompat, berlari, memanjat, tak gayat bila naik buai atau tak termuntah bila bergerak aktif sikit.
Anak kecil ni perlu bergerak untuk bina kemahiran badan. Tapi bila badan mereka ‘kena kunci’ dengan gajet, kemahiran badan tu tak ada.
Ini pun boleh mengganggu fokus anak. Masuk darjah 1,sepatutnya anak dah boleh duduk di kerusi diam-diam. Tapi anak yang ada masalah ni, badannya rasa tak selesa untuk duduk diam.

IKLAN

👶ANAK ADA MASALAH FOKUS

Anak sukar tumpu buat sesuatu aktiviti yang diberi. Sebabnya ada 2.

1) Anak tak punya delay gratification sebab banyak dapat stimulasi dari kartun yang laju dan gajet yang memberi respon sepantas mencalit jari.

2) Sebab 2 deria yang diperlukan untuk fokus diganggu oleh pendedahan skrin yang berlebihan ; iaitu visual dan auditori.

👶MASALAH SENSORI

Terutamanya sensori sentuhan. Anak punya masalah ‘geli’ nak pegang pasir. Geli nak pijak rumput. Tengok bola yang ada tekstur pun geli.
Masalah ni boleh effect tahap anxiety dan stress anak.

👶TAK PANDAI PEGANG PENSIL & PERALATAN LAIN

IKLAN

Anak yang kurang aktiviti sebab banyak hadap gajet, mempunyai masalah motor halus yang lemah.

Pegang pensel pun letih. Nak cedok air pakai senduk pun canggung. Nak suap makan sendiri cepat penat. Butang baju tak boleh.

Ia sangat mengganggu akademik dan proses anak nak urus diri.

👶TAK RETI BERMAIN

Ini lebih perlu dikhuatiri. Bermain tu fitrah anak-anak. Dari bermain, anak akan dapat banyak kemahiran yang mereka perlukan.

Sampai ada kanak-kanak yang menangis bila disuruh main.

Panjang lagi senarai sebenarnya. Tapi, ini je pun dah buat kita (perlu) rasa sangat seram.
Ramai yang nak anak pandai. Tapi ramai lagi yang tak tau, komponen kecil inilah yang jadi penyumbang terbesar.

Dan semuanya rosak disebabkan satu alat yang kita tak kawal : GAJET!

Sibukkan anak dengan aktiviti. Ajak mereka bermain bersama. Kerap-kerap keluar rumah dan teroka hobi baru. Di dalam rumah, kerapkan komunikasi. Lagi kerap kita sibukkan anak dengan aktiviti, lagi banyak progres pada anak tau!

Kredit: Puan Wawa Shauqi, Penulis Keibubapaan

Biarlah Anak Ketinggalan Tak Main Phone. Asalkan Mereka Tak Ketinggalan Keperluan Perkembangan Diri!

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI