Anak kecil jiwanya mudah dibentuk. Apa yang diajar ibu bapa itulah yang akan diingatinya sampai mereka besar. Dalam bab memberi salam, ibu bapa juga harus mula mengajar anak seawal mungkin.
Nampak macam remeh tapi inilah yang mengambarkan jiwa anak kecil yang luhur hatinya untuk terus mempunyai keperibadian unggul.
Ia kaedah yang terbaik bagi memulakan komunikasi dengan penuh keberkatan.
Ads
Latih anak-anak kecil dengan memberi salam kepada mereka dahulu
Benar, memberi salam kepada anak-anak adalah satu latihan kepada mereka supaya mengaplikasikan adab-adab syarak disamping menunjukkan sikap rendah hati dan lemah lembut.
Perkara ini merupakan adab yang paling asas untuk anak-anak terutama ibu bapa apabila masuk ke dalam rumah. InsyaAllah, lama-kelamaan adab memberi salam ini akan menjadi amalan kepada anak kita sehingga mereka meningkat dewasa.
Salam adalah doa. Doa itu positif pula.
Ads
Kebaikan itu bila kita bermula dan kebaikan akan kembali balik pada kita. What you give, is what you get back. Bila kita memberi salam dan senyum, orang lain juga akan balas perkara yang sama.
Oleh itu terapkanlah ke dalam jiwa anak-anak sejak mereka kecil lagi agar sentiasa menyebarkan kebaikan.
Salam dan senyum itulah kesan daripada apa yang telah kita lakukan. Senyum mengubah emosi diri dan juga orang sekeliling. InsyaAllah dengan ini kita juga berusaha menyediakan pintu rezeki yang terbuka luas kepada keluarga kita.
Bersama-samalah kita membina keluarga yang penuh berkat.
Sumber: Muhammad Naim Abd Manaf
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Permulaan kita menjadi ibu bapa melalui anak pertama. Anak pertama yang hadir dalam hidup kita mengubah sikap kita menjadi lebih penyayang, lebih rasa tanggungjawab. Anak sulung juga banyak mengajar kita erti kesabaran dan juga erti hidup. Malah anak sulung jugalah anak yang banyak hidup susah bersama-sama.
Apa yang dikongsi oleh Ozlynn Wati, pelakon melalui instagramnya adalah situasi yang biasa kita hadapi sebagai ibu bapa. Perkongsian yang baik boleh kita ambil untuk panduan bersama.
Bila minta tolong abang jaga adik.. teknik yang sama macam papa dia.. hebat dan cekap.. sama-sama membuta.. tapi suweeetttt bila tengok adik tido pegang muka abg tu.. sayang betul dia kat abang Ariq dia.Abang dia pun sayang kat adik.
Kadangkan bila fikir balik anak sulung ni banyak betul berkorban. dan dengan anak sulung la kita belajar macam-macam perkara. Ujian demi ujian papa dan mama harung.. bukan kami kata anak kami tak nakal yek.
Nakal, ada masa mama ni jadi tarzan jugak kat umah.. ada masa depa adik bradik bercakar jugak.. berebut jugak.. normal.. tu adalah normal dan tu jugak adalah salah satu proses tumbesaran diaorng..
Hadap.. didik dan bimbing la sebaik mungkin.. dan kita sebagai mak ayah berhenti lah berharap satu hari nanti anak-anak dah besar mesti akan jaga kita macam mane kita jaga diaorang.. ada rezeki takyah mintak dapat.. ada rezeki ujian yang kita kena hadap..
Untuk aku ujian juga satu rezeki.. rezeki kita yang ternyata Allah ingat kat kita.. ujian juga buat kita jadi matang ..so jangan putus doa ok untuk anak-anak.. aku percaya semua mak ayah nak yang terbaik untuk anak.
Macam dalam gambar ni la..haihhh.. cair la tengok .. moga bila diaorang dah besar nanti. Kesemua adik beradik Hanania akan bersatu hati dan ambil berat antara satu sama lain. Macam mama dengan adik bradik mama.. mama sayang kamu semua.. Doa yang baik takkan terlepas untuk anak yang baik seperti kamu.. sayang kamu HANANIA.
p/s: Satgi adalah org meroyan duk confuse kami dengan Madam Ju.
Sumber: Jozlynn
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
“Aafiyah sekarang suka berjaga waktu malam, siang dia tidur je. Malam dia bangun 3 kali untuk menyusu. Memang agak memenatkan, tapi bila tengok dia menyusu hilang segala penat lelah.”
“Tugas sebagai ibu rasa complete kerana dapat menyusukan dan menjaganya sendiri. Rasa puas dapat melihat tumbesaran Aafiyah di depan mata. Rasa tak sabar pula nak tengok Aafiyah membesar,” ujarnya yang merasakan kenangan paling indah sejak jadi ibu bila dapat lihat Aafiyah mula tersenyum dan tergelak dalam dunianya sendiri.
Sepertimana ibu lain, Siti turut berkongsi perasaan bahagia dan puas setiap kali melihat anaknya menyusu.
Biarpun kerap rasa dahaga, lapar, penat, mengantuk tetapi Siti tak kisah untuk melalui fasa tersebut dan sentiasa sediakan makanan yang berkhasiat untuk penghasilan susu badan.
“Bagi mengekalkan susu badan, Siti akan makan sarang burung, lobak putih, ikan salmon, jenahak dan lain-lain lagi,” ujarnya yang ada membuat stok susu yang dipam sebagai persediaan jika diperlukan namun tidak banyak.
Siti yang lebih kerap menyusukan Aafiyah secara ”direct” memberitahu mula membuat stok susu perahan selepas pulang dari hospital namun hanya mengikut permintaan sahaja.
Sambut Hari Ibu dengan gelaran Ibu
Sambutan hari ibu tahun ini paling bermakna bagi penyanyi nombor satu negara ini selepas bergelar ibu.
Menurut Siti, perasaan pertama kali dapat sambut hari ibu barulah dia benar-benar memahami erti pengorbanan seorang ibu bukanlah kecil tetapi besar.
“Daripada melahirkan anak, menjaganya siang dan malam, menyusukannya bukannya tugas yang mudah. Sebab itu kita wajib hormati dan sayangi ibu sampai bila-bila,” katanya ketika majlis pembukaan outlet baru butik CreacionBySitiNurhaliza di Melawati Mall Ahad lepas.
Justeru itu Siti tak lupa pesanan ibunya yang setiap wanita bila sudah bergelar ibu kena ada kesabaran yang tinggi.
“Sebenarnya Siti banyak melihat apa yang mak buat dan lakukan dan itu yang Siti pegang bila dah jadi ibu. Memang wanita ni sabarnya sangat tinggi. Dia boleh hadapi sebarang kesusahan dan kesakitan,”ujarnya yang memang mengakui tahap kesabaran dan tahan sakitnya jadi lebih tinggi sejak bergelar ibu.
Makan Beras Perang Ketika Pantang
Penampilan pertamanya sejak habis tempoh berpantang menyaksikan keanggunan seri seorang ibu terserlah di wajah Siti. Tampil dengan lebih menawan dan langsing membuatkan ramai nak tahu apa rahsiannya.
Menurut Siti sehingga kini dia sudah hilang hampir 22 kilogram berat badan berbanding berat di akhir kehamilan sebanyak 92 kilogram.
Selain faktor kerap berjaga malam dan menyusukan Aafiyah, Siti mengakui proses berpantang yang betul-betul diikut dengan berdisiplin seperti diatur oleh Natalis Mother Care.
“Siti memang ikut diet pemakanan sihat yang diatur oleh Natalis. Diet Siti makan semua makanan sihat yang di gril dan kukus sahaja. Nasi pula Siti ambil beras perang dalam kuantiti yang tak banyak.
Siti turut buat proses berpantang seperti bertungku, sauna dan berurut selama 44 hari. Bahkan Siti tambah lagi 30 hari tempoh penjagaan berpantangn oleh Natalis,” ujarnya yang berpuas hati dengan pakej penjagaan berpantang ini.
Siti mengakui walaupun sukar tetapi dia perlu berusaha untuk mencapai berat sasaran sehingga 59 kilogram kerana sebagai penyanyi dia perlu tampil menarik untuk keluar di kaca TV selain membuat persembahan pentas.
Untuk mengekalkan kecergasan dan sentiasa bertenaga, ibu Aafiyah ini mengamalkan pengambilan suplemen dan jamu yang mula diambil di akhir tempoh berpantang.
Sebagai ibu menyusu, Siti turut merancang untuk mereka koleksi baju kasual yang breastfeeding friendly di bawah jenama Creacion selain berkemungkinan mengeluarkan koleksi pakaian raya bersama Aafiyah pula di tahun hadapan.
Tak Sabar Tengok Aafiyah Membesar
Sepertimana ibu lain yang tak sabar nak melihat perubahan wajah bayi bila semakin membesar, Siti mengakui yang dia tak sabar nak tunggu Si Comel Pipi Merah berusia 5 bulan ke atas untuk melihat perkembangannya.
“Sekarang ni bila orang tengok Aafiyah ada yang cakap ikut muka saya, ada yang cakap ikut muka suami. Tapi memang sebenarnya masa mengandung, saya selalu cakap kat suami kalau boleh nak bulu mata anak panjang dan lebat macam dia. Alhamdulillah memang bulu mata Aafiyah ikut ayahnya,” cerita pemilik jenama alat solek Simplysiti ini.
Biasanya ibu bapa beriya nak anak pandai baca seawal mungkin. Tapi macam mana nak suruh anak minat dengan buku.
Bila ada orang kata biasakan bawa anak masuk ke kedai buku rasa macam lawak je tapi ia salah satu faktornya.
Berdasarkan perkongsian dari Ahmad Saifuddin Yusof beliau ada berkongsikan tip bagaimana nak memastikan anak suka buku sejak kecil tanpa perlu dipaksa apabila dah besar.
Tip ini berdasarkan pengalaman peribadi semata-mata.
Pertama : Kertas dan Buku
Kedua : Tanamkan Sifat Ingin Tahu
Anak : Siapa itu abah?
Ayah : Itu Tun Dr Mahathir, Perdana Menteri Malaysia.
Anak : Perdana Menteri itu apa?
Ayah : Perdana itu maksudnya sangat besar. Menteri itu ketua. Jadi Perdana Menteri Malaysia itu ketua yang paling besar sekali di Malaysia.
Anak : Ooooo
Jangan sesekali menipu berkaitan informasi. Tidak tahu, cakap sahaja tidak tahu dan cari kemudian.
Cubalah, anak-anak akan ‘lapar’ buku setiap minggu.
Jerebu Malaysia makin membimbangkan apabila 38 kawasan catat IPU tidak sihat. Ketahui tahap IPU yang boleh menyebabkan sekolah, tadika dan taska ditutup.