Anak tidur awal bukan hanya menyenangkan kerja mak ayah bahkan banyak kelebihanya jika anak-anak kecil ini tidur awal.

Menurut Ahli Terapi Cara Kerja, Pn Siti Aisyah Rozalli, anak yang tidur lebih awal di malam hari akan menjadikan mood mereka semakin bertambah ceria dan positif pada keesokkan harinya. Bukan hanya mood ceria bahkan banyak kelebihan lain termasuklah selera makan bertambah, kesan daripada tidur yang cukup dan berkualiti.

Biasakan Anak Tidur Awal, Mood Pun Makin Positif & Ceria, Senang Kerja Ibu!


MOOD YANG POSITIF BILA ANAK TIDUR AWAL

Sejak naik sekolah yang kali paling baru ni, saya tidurkan anak-anak awal. Sebelum ni, masuk pukul 10pm baru saya akan mula minta mereka masuk bilik. Daaaannn biasanya kesemua mereka akan tidur betul dalam lebih kurang jam 11pm. Kadang tu membawa sampai jam 1 pagi… (Yelah… Nak haus dulu lah, nak guling dulu lah, nak gaduh dulu lah…)

Tapi, sebulan dua ni, saya train anak-anak tidur awal. Jam 8.30pm adik-adik kecil dah baring atas katil, tutup lampu dan diajak tidur.

Immediately lepas Isyak, abang-abang pula tidur. Dan alhamdulillah. Sekarang ni, by 9pm anak-anak saya semua dah tidur dah.

IKLAN

Biasakan Anak Tidur Awal, Mood Pun Makin Positif & Ceria, Senang Kerja Ibu!

Semalam petang… Aufa balik playgroup, makan aiskrim McD dalam kereta (dah seminggu janji nak belanja) masuk rumah terus tertidur sampai pagi Subuh ni.

Nak tahu tak perubahan paling ketara pada anak saya bila mereka tidur awal ni?
– mood lebih predictable
– lebih senang bawa berbincang
– makan lebih selera
– pagi-pagi memang tiada drama langsung nak bangun tidur (anak-anak saya yang dah sekolah rendah semua jemaah Subuh pagi sekali, alhamdulillah)

Dan nak tahu apa perubahan yang saya dan suami rasa?
– kami ada masa untuk rehat lepas jam 9pm sebab semua anak dah tidur
– kami lebih mudah bangun awal
– dah tak makan malam (sebab dapur tutup awal😂)
– kami lebih tenang di pagi hari semasa rush hour pagi tu.

IKLAN

Owh. Dan sebab tu saya mula rutin live setiap 10pm. Sebab anak-anak semuaaaa tidur dah.

Dulu…..Anak-anak saya kadang jam 1 pagi baru tidur tau… Sebab kami selalu kerja sampai larut-larut dan tak jadikan waktu tidur mereka priority.

Biasakan Anak Tidur Awal, Mood Pun Makin Positif & Ceria, Senang Kerja Ibu!

Not healthy for kids untuk tidur lewat. Cuba try bagi anak tidur awal. Kena konsisten dalam sebulan.

IKLAN

Lepas tu, kalau anak dah tertidur waktu maghrib pun, diorang akan terus tidur sampai Subuh tau.

Tips penting:
MAKE SURE AMALKAN MINUM PETANG supaya anak kalau tertidur, perut mereka dah selesa.

Artikel berkaitan: Nak Anak Berjaya, Bijak Jadikan Waktu Tidur Awal Rutin Harian, Boleh Elak Anak Tambah Berat & Gagal Akademik/

Bukan Tunjuk Pandai Ajar Anak Tidur Awal, Semuanya Ada Kaitan Dengan Pertumbuhan Anak

Nak relaks, jom cuci mata di SINI.

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI