Pernah tak anda dan pasangan tertanya-tanya semasa awal kehamilan, nanti anak keluar ikut muka siapa ya? Jika soalan ini yang ditanya biasanya akan ada sedikit perbezaan pendapat.
Bukan apa masing-masing mestilah nak juga anak ikut muka suami atau isteri. Ada tu yang cakap, ibu dah bawa 9 bulan dalam perut mestilah muka kena ikut ibu.
Sebenarnya anda dan pasangan tak perlu pun nak tentukan anak kita tu ikut genetik siapa. Sebab kedua-dua kromosom anda dan pasangan dah bercantum semasa proses persenyawaan. Jadi adillah jika muka ikut ibu, perangai pula ikut ayah.
Ads
Apa yang penting anak yang dilahirkan itu sihat dan membesar menjadi anak yang bijak pandai. Asalkan didikan yang kita berikan pada mereka sempurna, maka itulah anak kebanggaan kedua-dua ibu bapa.
Ok nak tahu antara ibu dan ayah, siapakah yang menentukan genetik bayi ini yang perlu anda tengok. Lepas ni semua boleh faham.Ada beberapa bahagian anggota badan yang bayi kita akan mengikut genetik ibu dan ayah. Antaranya di bahagian mata, telinga,hidung, ketinggian, kecerdasan dan perangai.
Ads
Jadi kiralah adil la kan anak-anak kita ambil serba sikit genetik ibu ayah.Namun demikian ibu sememangnya mempunyai pengaruh yang kuat dalam pembawakan genetik kepada anak dan perkara itu dapat dilihat melalui perkembangan hubungan antara anak dan ibu itu sendiri.
Jangan risau setiap anak-anak kita memang dah ada keistimewaan dan kepandaian masing-masing. Peranan ibu ayah yang akan menentukan kejayaan anak di masa hadapan.
Wah nampak gayanya pelakon dan penyanyi kecil molek, Aida Jebat bakal habis pantang 44 hari esok setelah melahirkan puteri sulungnya pada bulan September lalu.
Dia yang teruja dan tidak sabar untuk menghabiskan sisa-sisa waktu berpantang selama hampir 44 hari, meluahkan rasa gembira melalui sebuah posting di laman instagramnya.
“Esok genap 44 hari berpantang! MERDEKA! 🤣🤪”
Tambahnya lagi, dengan adanya servis berpantang dia akhirnya dapat menurunkan berat badan dengan lebih daripada berat badan asal sebelum hamil.
“Esok last day, 44 days. Lagi ringan dari sebelum pregnant”
Ayda Jebat selamat melahirkan puteri sulungnya pada pukul 7.07pm, 21 September lalu seberat 2.77kg secara pembedahan.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Teruja nak dapat baby, tapi masih banyak persiapan yang perlu dibuat. Mental dan fizikal pun kena mantap sebelum si manja lahir nanti. Mahu belajar segalanya tentang cara-cara menguruskan bayi baharu lahir? Jom sertai E-Workshop Pa&Ma : A-Z Uruskan Newborn Baby! Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/urus-newborn-baby-a-z/
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Berbanding dua tahun sebelum ini, tahun ini menanti detik hari raya menjadikan kita cukup teruja. Mana tidaknya, dua tahun beraya di rumah sendiri, inilah masanya untuk kita kembali beraya seperti biasa. Satu kesyukuran.
Media sosial dihiasi dengan gambar-gambar kenangan keluarga yang cantik berpakaian sedondon. Selebriti-selebriti tanah air tidak kurang hebatnya.
Masing-masing berkongsi foto raya bersama keluarga malah bergaya sedondon dari hari raya pertama hingga kedua. Masing-masing sporting malah turut berkongsi dengan pelbagai aksi comel.
Paling menarik dan bermakna tahun ini pastinya momen pagi raya dengan anak-anak kecil yang kecoh. Tidak ketinggalan juga pasangan selebriti yang baru menyambut kelahiran bayi malah pertama kali beraya bersama buah hati tersayang.
Pa&Ma kongsikan foto-foto selebriti bersama anak yang sudah semestinya di nantikan oleh semua peminat. Jom tengok mereka bergaya sedondon!
1. Neelofa
Wajah si comel Bilal sememangnya dinantikan semua. Namun peminat hanya dapat menatap susuk tubuh Bilal tanpa wajahnya. Raya pertama kali dengan anak, Neelofa sepakat memilih warna-warna pastel biru dan hijau lembut. Cantik!
2. Atta Halilintar & Aurel Hermansyah
Akhirnya dapat berkongsi gambar bertiga pasangan ini di pagi raya. Pasangan selebriti dari negeri seberang ini sepakat memilih rona kelabu untuk keluarga.
3. Issey
Tahun ini paling bermakna buat Issey dengan kehadiran cahaya mata pertama. Cantik sedondon, Issey sekeluarga memilih warna hijau lembut. Cantik-cantik belaka!
4. Rizal Ibrahim & Maryam
Pertama kali menyambut Syawal bersama puteri tersayang, Rina. Gaya pasangan ini di Aidil Fitri cantik bergaya dengan rona hijau mint.
Intai Pasangan Selebriti Popular
Jom intai keluarga pasangan selebriti popular bergaya sedondon di hari raya. Semuanya cantik-cantik belaka!
1. Fazura & Fattah Amin
Cantik sedondon. Fattah dan Fazura sepakat memilih tema biru gelap untuk raya kali ini. Malah gaya Fatima yang sama dengan ibunya memang comel.
2. Dato’Siti Nurhaliza
Baru sahaja pulang dari umrah, gaya Dato’Siti sekeluarga memang awesome. Cantik berseri dengan tema warna merah jambu. Sedondon dengan Aafiyah, Afwa yang tampil dengan warna merah jambu terang bersama Dato’K memang cantik bergaya.
4. Lisa Surihani & Yusri
Rona pastel menjadi pilihan pasangan ini sekeluarga. Cantik dan lembut. Tambah teruja dengan kehadiran anak ketiga pasangan ini. Cantik!
Jangan abaikan keselamatan si manja ketika berada dalam kereta. Belajar tentang fungsi car seat serta ketahui kecederaan yang akan berlaku kerana impak kemalangan. Ketahui lebih lanjut tentang car seat di E-Workshop Sayangi Nyawa Anak Anak Dalam Kereta, Let’s Buckle Up!
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Siapa sangka, rutin anak bermain basikal bertukar tragedi yang meninggalkan trauma berpanjangan buat anak kecil ini apabila dipatuk ular yang berlingkar di rantai basikal. Kejadian berlaku dihadapan rumah hanya disedari selepas anak mengadu sakit kaki.
Menurut perkongsian Puan Aida Dalila Damia, ibu kepada adik Sumayyah, 3 tahun, kejadian ini berlaku di rumah mereka di Gelang Patah, Johor. Ketika itu Sumayyah bermain berseorangan.
“Tiba-tiba dia masuk rumah dan mengadu jatuh basikal. Kemudian minta saya letakkan ubat. Masa tu saya tak syak apa-apa lagi dan suruh dia mandi terlebih dahulu sebelum sapu ubat.
“Lepas mandikannya, dia main macam biasa dengan kakaknya. Tidak lama kemudian, datang semula pada saya dan cakap untuk minta letak lagi sekali ubat kerana kaki rasa sakit sangat dan tak boleh jalan. Masa tu dah nampak kakinya makin bengkak.
Rasa tak sedap hati
“Waktu tu saya fikir mungkin patah atau terseliuh kerana dah bengkak. Apabila ambil minyak panas nak sapu tu, nampak macam kesan gigitan. Hati saya mula rasa ada sesuatu tak kena.
“Terus call suami untuk bawa ke klinik tetapi masa tengah bersiap tu, saya tak sedap hati. Saya keluar untuk tengok apa yang ada di basikal anak sehingga buatnya jatuh.
“Memang waktu buka pintu rumah dan lihat di basikalnya, ular betul-betul berlingkar di rantai basikal. Kebetulan suami sampai terus bawa anak ke klinik dan dapatkan rawatan kecemasan,” katanya.
Bengkak tak merebak, dokor masih pantau
Tambah Aida, syukur alhamdulillah keputusan darah masih normal dan bengkak tu tak merebak lagi. sekarang doktor masih buat pemantauan rapi pada Sumayyah.
“Jika tengok keadaannya, dia kuat lawan sakit, masih boleh makan dan minum macam biasa. Sebab apa yang doktor beritahu, bila kena patukan ular, biasanya akan muntah atau sawan.
“Harapnya Sumayyah terus kuat dan cepat sembuh serta tiada apa-apa kesan sampingan. Syukur sangat Allah masih lagi bagi peluang untuk Sumayyah bersama kami, ujarnya.
Difahamkan ular yang mematuk Sumayyah itu adalah jenis ular kapak bakau.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bentan selepas bersalin bukan sekadar demam atau sakit badan. Kenali tanda bahaya seperti pendarahan, demam, sesak nafas dan preeklampsia yang boleh mengancam nyawa ibu selepas bersalin.