Ibu mana tak luluh hati bila anak yang dihantar dalam keadaan ceria, kini pulang tak bernyawa. Bayi lelaki berusia enam bulan ditemui meninggal dunia dengan muka dilitupi selimut di rumah pengasuhnya di Merlimau, Jasin. Kehilangan ini bukan sahaja meruntun jiwa keluarga, tetapi membuka mata kita semua tentang betapa pentingnya keselamatan anak kecil di bawah jagaan.
Memetik laporan Harian Metro, Kejadian 11.30 pagi (9 Disember 2024) disedari pengasuh wanita berusia 27 tahun apabila mendapati bayi berkenaan dalam keadaan terlentang dengan selimut menutupi mukanya.
Bapanya, Nazrul Nizam Mohd Tahar, 29, berkata, dia dihubungi isterinya, Ainol Izzah Raslan, 25, pada 11.40 pagi sambil menangis teresak-esak yang memaklumkan kejadian.
Ads
Katanya, pengasuh wanita terbabit menghubungi isterinya memaklumkan keadaan anak tunggal mereka yang tidak sedarkan diri.
“Ibu saya yang lebih dekat dengan rumah pengasuh tiba beberapa minit kemudian dan melihat bibir anak sudah biru, serentak itu pengasuh mendakwa muka anak saya tertutup dengan selimut ketika dia sedang sibuk melakukan tugas lain di rumah berkenaan.
“Ibu saya kemudian membawa anak ke Klinik Kesihatan Merlimau sebelum dirujuk ke Hospital Melaka dan doktor memaklumkan anak saya sudah tiada,” katanya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Melaka, petang tadi.
Ads
Nazrul Nizam berkata, beliau tidak menyalahkan pengasuh berkenaan kerana sebelum ini wanita itu sudah menjaga anaknya dengan baik sejak empat bulan lalu tanpa sebarang kejadian tidak diingini.
“Saya kenal pengasuh itu pun melalui media sosial dan dia sendiri pun mengaku ada pengalaman menjaga bayi sebelum ini tapi ternyata Allah lebih menyayangi anak saya,” katanya.
Ads
Ketika ini, jenazah bayi berkenaan masih menunggu untuk proses bedah siasat, dan dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Masjid Merlimau, esok.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintendan Ahmad Jamil Radzi ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.
Kanak-kanak perempuan 6 tahun maut tersepit celah meja lipat. Seorang kanak-kanak berusia enam tahun maut selepas dipercayai tersepit celah besi meja lipat ketika bermain di rumahnya di Taman Seri Putera di sini, Nibong Tebal, Pulau Pinang pada Rabu.
Difahamkan, ketika kejadian ibu serta adik-beradik mangsa yang lain berada di dalam rumah dan mereka hanya menyedari kejadian itu selepas tidak mendengar sebarang bunyi dari belakang rumah.
Namun selepas melihat kejadian berkenaan, mereka cuba mendapatkan bantuan jiran untuk menghantar mangsa ke hospital namun kanak-kanak itu dilaporkan meninggal dunia ketika menerima rawatan.
Difahamkan, polis menerima panggilan daripada pihak hospital yang memaklumkan berhubung kematian mangsa sebelum bergegas ke lokasi untuk melakukan siasatan.
Susulan itu, pasukan forensik dan pegawai penyiasat melakukan siasatan di rumah mangsa selepas menerima laporan mengenai kejadian tersebut.
Difahamkan mayat mangsa akan dibedah siasat di Hospital Parit Buntar,Perak.
Sementara itu, Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Hamzah Ahmad ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut.
Isteri memerlukan perhatian daripada suaminya. Benar, mungkin ada teman rapat yang lain, boleh berkongsi cerita tetapi tidak sama dengan kehadiran suami di sisi. Tidak perlu buat apa pun, dengan hanya meluangkan masa bersama isteri dan mendengar ceritanya sudah cukup membuatkan si isteri terasa diberikan perhatian. Di pejabat dan puas tengok phone, kalau boleh bila sudah balik ke rumah tu, tataplah pula wajah isteri dan anak-anak.
Dalam laman Facebooknya, pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew memuat naik sebuah video pasangan suami isteri saling meluahkan perasaan dan bermaafan antara satu sama lain. Mengiringi video tersebut, Ustaz Ebit ada berkongsi sebuah kisah rumah tangga, di mana seorang isteri amat mendambakan perhatian daripada suaminya. Memberi sedikit tip bagaimana untuk mengembalikan keharmonian rumah tangga, berikut perkongsian dari Ustaz Ebit.
Seorang kakak tanya. Suaminya setiap hari balik pukul 1 dua pagi. Kadang-kadang balik awal. Tapi terus pegang hp dan tak bercakap langsung.
Katanya, setiap hari saya bekerja. Kena urus anak 3 orang seorang diri. Urus rumah seorang diri. Saya tak kisah pun. Cuma sedihlah ustaz. Apa saya patut buat. Ada amalan tak saya boleh buat supaya suami saya nak pandang saya. Pedulikan saya.
Stress sangat dan dah puas menangis. Penat dan rasa macam jadi bodoh jer rasa. Macam tak berguna. Saya cuma nak dia beri sedikit perhatian untuk saya dan bimbing saya. Bukan nak banyak pun..suami saya solat pun liat. Jarang nampak dia solat. Sedih rasa. Dulu saya pun jahil. Tapi sekarang saya dah mula perbaiki diri dan jaga solat. Tapi dia masih belum berubah.
Begitulah puan keadaan hari ini. Sedih dan kasihan lihat keadaan hari ini. Rumah jadi macam hotel. Tempat tidur jer. Dulu rumah zaman Nabi saw walau buruk dan sempit tetapi penuh bahagia di dalamnya. Rumah tempat bahagia. Rumahtangga pengubat jiwa.
Cuba puan buat 3 amalan ini:
Pertama solat sunat hajat 4 rakaat hajat setiap hari.2 kali salam. Doa khusus buat suami. Baca laa ilaha illa anta subhanaka inni kuntu minazzolimin 300kali selepas solat. Hati manusia dalam genggaman Allah. Doa lebih berkuasa dari segalanya.
Keduanya tetapkan waktu Ta’lim. Dan ajak suami sama-sama duduk. Jika dia tak mahu, teruskan buat bersama anak-anak. Jangan tinggalkan amalan Ta’lim. Baca Al-Quran dan hadis buat rumah bercahaya dan hidup. Malaikat yang bawa rahmat dan ketenangan memenuhi rumah kita.
Ketiga setiap malam sebelum tidur cium tangan suami dan kata lebih kurang begini. “Abang saya minta maaf atas semua salah silap saya. Terima kasih jadi suami saya. Tolong pimpin saya sampai melangkah masuk syurga.”
Bila seseorang mula rasa ini salah saya. Rahmat Allah bersamanya. Pertolongan Allah datang. Bila 2 orang mula caci mencaci kita terjauh dari rahmat Allah. Rahmat Allah hilang.
Dia pun buat selama seminggu. 3 perkara ini. Suaminya menangis semasa hari ketujuh dia buat. Suaminya minta maaf. Sebenarnya abang yang tak baik. Abang yang berdosa. Maafkan abang sayang.
Syukur hari ini ramai kerana doa isteri dapat bawa suami ke keluargasunnah-ebitlew
Seorang kakak tanya. Suaminya setiap hari balik pukul 1 dua pagi. Kadang-kadang balik awal. Tapi terus pegang hp dan tak bercakap langsung. Katanya, setiap hari saya bekerja. Kena urus anak 3 orang seorang diri. Urus rumah seorang diri. Saya tak kisah pun. Cuma sedihlah ustaz. Apa saya patut buat. Ada amalan tak saya boleh buat supaya suami saya nak pandang saya. Pedulikan saya. Stress sangat dan dah puas menangis. Penat dan rasa macam jadi bodoh jer rasa. Macam tak berguna. Saya cuma nak dia beri sedikit perhatian untuk saya dan bimbing saya. Bukan nak banyak pun..suami saya solat pun liat. Jarang nampak dia solat. Sedih rasa. Dulu saya pun jahil. Tapi sekarang saya dah mula perbaiki diri dan jaga solat. Tapi dia masih belum berubah.Begitulah puan keadaan hari ini. Sedih dan kasihan lihat keadaan hari ini. Rumah jadi macam hotel. Tempat tidur jer. Dulu rumah zaman Nabi saw walau buruk dan sempit tetapi penuh bahagia di dalamnya. Rumah tempat bahagia. Rumahtangga pengubat jiwa. Cuba puan buat 3 amalan ini. Pertama solat sunat hajat 4 rakaat hajat setiap hari.2 kali salam. Doa khusus buat suami. Baca laa ilaha illa anta subhanaka inni kuntu minazzolimin 300kali selepas solat. Hati manusia dalam genggaman Allah. Doa lebih berkuasa dari segalanya. Keduanya tetapkan waktu Ta'lim. Dan ajak suami sama-sama duduk. Jika dia tak mahu, teruskan buat bersama anak-anak. Jangan tinggalkan amalan Ta'lim. Baca Al-Quran dan hadis buat rumah bercahaya dan hidup. Malaikat yang bawa rahmat dan ketenangan memenuhi rumah kita. Ketiga setiap malam sebelum tidur cium tangan suami dan kata lebih kurang begini. "Abang saya minta maaf atas semua salah silap saya. Terima kaseh jadi suami saya. Tolong pimpin saya sampai melangkah masuk syurga" Bila seseorang mula rasa ini salah saya. Rahmat Allah bersamanya. Pertolongan Allah datang. Bila 2 orang mula caci mencaci kita terjauh dari rahmat Allah. Rahmat Allah hilang.Dia pun buat selama seminggu. 3 perkara ini. Suaminya menangis semasa hari ketujuh dia buat. Suaminya minta maaf. Sebenarnya abang yang tak baik. Abang yang berdosa. Maafkan abang sayang. Syukur hari ini ramai kerana doa isteri dapat bawa suami ke keluargasunnah-ebitlew
Kadang-kadang bila ada depan mata sukarnya kita untuk bersyukur dan menghargai. Bila suatu hari nanti orangnya mungkin sudah tiada, baharulah kita mahu menangisi ruang waktu yang terbuang tanpa kita nikmati bersamanya. Semoga perkongsian Ustaz Ebit dapat membantu kita menjalani kehidupan rumah tangga ke arah kebahagiaan.
Kadang-kadang anak ni selalu buat perkara di luar jangkaan. Dah beberapa kali ada kes anak order melalui online, tahu-tahu saja sampai berbungkus-bungkus makanan atau minuman di rumah. Melayang duit mak ayah!
Sama jugalah dengan kisah Cikgu Lala melalui akaun Tiktoknya berkongsi tentang anak lelakinya yang bernama Afi telah menempah 17 gelas air boba! Bukan sikit-sikit, ibu ini terpaksa pula bayar harga minuman tersebut yang berharga RM150.00.
“Pengajaran buat mama. anak main hp oder 17 cup air coolblog kat foodpanda. Rm150 terbang.”
Ada juga yang bertanya macam mana anaknya boleh meneruskan tempahan tanpa membuat pembayaran. Menjelaskan tentang hal itu, Cikgu Lala memberitahu entah bagaimana anaknya dapat menetapkan pembayaran melalui COD. Bijak betul!
Menurut Cikgu Lala lagi, Afi memang sukakan air boba. Dia tidak menyangka anaknya itu menempah air melalui aplikasi penghantaran makanan. Di dalam perkongsiannya, ibu itu turut memberitahu bahawa anaknya yang berumur tujuh tahun itu juga menghidap autisme.
Melalui ruangan komen, ada juga yang berkongsi kisah sama di mana anak-anak mereka juga membuat tempahan online;
Anak-anak zaman sekarang ni memang cerdik! Tahu-tahu dah sampai makanan depan pintu rumah. Bukan hanya makanan, ada juga anak-anak yang membuat tempahan barang melalui atas talian. Mama papa jangan biarkan anak main telefon tanpa pengawasan, takut nanti ada saja yang dia order nanti! Waktu nak bayar memang rasa ‘sakit’, tapi sebenarnya ia boleh menjadi kenangan indah untuk diingati bila mereka dah besar nanti.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!