Adik dan abang berkongsi tarikh lahir sama. Rezeki 29 Julai! Itu kegembiraan dan rasa syukur yang diluahkan oleh Nur Nabila Zulyadaini atau lebih dikenali sebagai MUA Bellaz yang selamat melahirkan anak keempatnya hari ini.
Kebetulan pula tarikh 29 Julai adalah tarikh lahir anak ketiga Bellaz, Muhammad Aisy Ean Yusuf.
Berita gembira itu dikongsi di laman instagramnya dengan mengucapkan Allahuakbar dan alhamdulillah atas kelahiran anak perempuan kedua daripada empat beradik.
“Sedap & unik namanya..”
Ads
Dalam perkongsian itu juga, Bellaz turut berkongsi nama bayi perempuannya, Nur Aisywara Nealofa dan ramai yang memuji pemilihan nama tersebut.
Walaupun baru nampak sipi-sipi saja wajah Nur Aisywara Nealofa, tetapi ramai yang boleh agak wajahnya iras Bellaz dan kakak sulungnya. Ibu ayah elok, mesti anak pun lawa kan! Lagipun Bellaz juga ada kacukan Turki-Melayu.
Ads
“Merahnya bibir dia..”
Terdahulu, MUA Bellaz mempunyai tiga orang cahaya mata, Iris Arisya, Mohd Aidil Mikhali dan Ean Yusuf.
Anak-anak mana yang tidak teruja menaiki kereta api buat pertama kali dalam hidup mereka. Pasangan doktor yang cukup dikenali, Dr Sheikh Muszaphar Shukor dan isterinya, Dr Halina Yunos tidak terkecuali mengambil peluang membawa keenam-enam anak mereka menaiki LRT ketika cuti pendek ini.
Namun menariknya, pelbagai ragam dan kisah ketika berada di dalam kereta api yang dikongsikan pasangan ini.
Kata Dr Halina menerusi Instagramnya, anak-anaknya cukup teruja melalui pengalaman hebat itu malah meminta untuk menaiki kenderaan awam itu sekali lagi di masa yang lain.
“Pertama sekali, terima kasih kepada suami saya yang menyusun video ini untuk saya sebab saya tak ada satu saat pun keluarkan telefon saya dari beg saya.
“This was last Friday, funday out with the kids bawak naik train from nearby our place to KLCC.
“Diorang super excited dapat naik train. Kami tak tahu naik train ni free sampai mid July ni!! We went after dinner, sampai KLCC almost 10pm,” kongsi Dr Halina memulakan cerita.
Macam-macam kisah dalam train
Dek kerana rasa teruja atau juga pening-pening kerana baru merasai pengalaman itu, si comel Eusoff lebih dulu mencatat memori awal buat keluarga ini. Comel.
“Cerita lucu dalam kereta api, Eusoff mungkin teruja sangat. Dia sampai muntah dalam train.
“Habis semua baju and all. Tapi Malaysians kan memang prihatin, laju je orang hulurkan wet wipes and sempat bersihkan before sampai KLCC stop.
“Terima kasih kepada yang bagi wet wipes hari tu. Sampai KLCC, elok pulak keluar train tu ada H&M. So Eusoff dapat baju baru,” tulisnya.
Malah lawatan pendek itu turut membawa keenam-enam anak Dr Halina dan Dr Sheikh Muszaphar untuk merasai aktiviti suasana di taman KLCC sampai melihat air panjut yang menjadi tarikan utaman di KLCC.
“Sampai KLCC sempat tengok fountain show, makan aiskrim. Jalan-jalan kejap. I think people recognised us when they heard me so loud asyik panggil Adam, Noah, Tasha.. coz they were running around. Like I really have no chill at all.. Hahahahaha.
“Sorry lah I cannot chill bila anak-anak dok lari-lari in an unfamiliar environment for them,” cerita Dr Halina.
Tambah menarik bila si kecil Adam pula yang rupanya terlebih peramah dan mesra dengan penumpang lain.
Malah menerusi perkongsian video Dr Halina, Adam dilihat sedang bermain dengan penumpang wanita di sebelahnya. Memang peramah!
“Owh, ada cerita lain masa kat dalam train sebab Adam ni terlebih mesra. Rajin sembang dengan orang, so dekat satu stop ni, masuk lah sorang Chinese boy dengan his girlfriend. He is probably in his 20s..
“Adam is pun tegur lah this boy, “Abang, why your pants koyak?” 😵💫 I yang duduk sebelah Adam rasa macam nak pengsan. Orang tu ikut fashion, anak I lurus cam pembaris.. Hahahaha.
“Nasib baik lah that boy pun tahu agaknya budak ni tak faham fashion. Then he said “I just fought a tiger” 😅 hahahahahaha. Terus terpinga-pinga Adam. To that young gentleman, thank you.
“Balik, we took the train again. Bila sampai rumah, anak-anak merayu nak naik train lagi nanti.. Hahaha. Mak dengan bapak macam dah nak pengsan. Cuba lagi tahun depan when they are bigger,” kongsinya.
Biarpun kepenatan namun pastinya ia mencatat satu pengalaman indah buat keenam anak-anak kecil ini yang baru merasai satu pengalaman baru. Lepas ni mesti yang cuba buat permintaan nak naik train lagi kan? Memang seronok.
Biasanya kegunaan pil perancang selalu dikaitkan dengan mama-mama yang masih belum bersedia hendak menerima dan menambah anak, lebih dekat lagi dengan kaum ibu yang ada jarak anak dekat-dekat. Jadi mereka pilih ambil pil perancang untuk mengelak daripada hamil dalam masa terdekat.
Bagaimanapun pil perancang ini bukan sahaja boleh diambil oleh mama-mama sahaja. Wanita yang masih bujang juga boleh mengambilnya. Berikut penggunaan pil perancang.
1- Untuk mengawal simptom sebelum haid yang teruk/PMS.
2- Untuk mengawal haid yang banyak (heavy bleeding) dan juga haid yang panjang sampai lebih seminggu.
3- Untuk mengatur kitaran haid yang tidak teratur.
4- Untuk mengawal senggugut yang kronik.
5- Sebagai sebahagian rawatan jerawat yang teruk.
6- Mengurangkan risiko kanser rahim, ovari dan colorektal.
Pil perancang mempunyai hormon. Ia berfungsi dengan mengawal atur hormon wanita. Jadi kalau anda hendak ambil pil perancang untuk tujuan selain merancang keluarga, jumpa doktor anda. Perlu berbincang secara bersemuka. Ada situasi tertentu memelerukan anda untuk menjalani ujian seperti ujian darah dan ultrasound sistem peranakan.
Apa jua ubat dan kaedah rawatan mesti ada baik dan buruknya. Makan paracetamol pun boleh ada kesan sampingan yang buruk. Doktor yang merawat yg bertanggungjawab membuat pertimbangan jika sesuatu ubat itu atau kaedah rawatan itu sebenarnya memberikan faedah atau memudaratkan pesakit (benefit outweigh risk).
Doktor akan mencadangkan sesuatu rawatan jika beliau berpendapat kaedah atau rawatan memberikan kebaikan kepada pesakit atas penilaian klinikalnya BUKAN atas dasar mengaut keuntungan ataupun ada apa-apa conflict of interest.
Memang terdapat kajian epidemiologi yang menunjukkan bahawa pengamal pil perancang mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk menghidap kanser payudara dan kanser serviks. Walau bagaimanapun kajian ini adalah kajian “observational” yang tidak boleh digunakan sebagai bukti perubatan yang kukuh dalam merawat pesakit.
Perlu diingatkan, pil perancang bukan penyebab kanser tetapi faktor sampingan sebenarnya yang meningkatkan risiko utk mendapat kanser serviks iaitu jangkitan HPV pada pangkal rahim yang berterusan.
Dikatakan pil perancang meningkatkan risiko mendapat kanser buah dada sebanyak 24%. Mengapa hal ini timbul? Risiko kanser payudara dikaitkan dengan penggunaan pil perancang jenis triphasic dan bukan daripada jenis pil yang digunakan oleh kebanyakan wanita pada zaman sekarang.
Peningkatan risiko kanser serviks lebih kurang 7% ,manakala kanser payudara pula lebih kurang 24%. Peningkatan sebegini ini sebenarnya adalah sangat rendah secara statistik dan TIDAK SIGNIFIKAN.Bagi mereka yang ada masalah breast benign (tidak berbahaya) seperti fibroadenoma atau sejarah keluarga yang ada breast cancer, anda BOLEH menggunakan pil perancang tanpa was-was. Risiko anda untuk mendapat kanser payu dara TAK MENINGKAT dengan penggunaan pil perancang. Cuma, untuk mereka yang sedang mengalami kanser payu dara dan sejarah kanser payu dara ( diri sendiri yang kena kanser ) – TIDAK SESUAI menggunakan pil perancang.
Kajian menunjukkan pengambilan pil perancang MENGURANGKAN RISIKO dapat 3 jenis kanser – KANSER RAHIM, KANSER OVARI DAN KANSER USUS BESAR. Pengambilan pil perancang keluarga menurunkan risiko kanser Rahim sebanyak 30%, mengurangkan risiko kanser ovari sebanyak 30-50% dan mengurangkan risiko kanser usus besar sebanyak 15-20%. Faedah pengurangan risiko kanser ovari juga akan diperolehi oleh wanita-wanita yang ada mutasi gene BRCA 1 / 2 yg ada kena mengena dengan kanser yg diwarisi.
Faedah ini berterusan selama beberapa puluh tahun meskipun wanita itu berhenti mengambil pil perancang, atau tidak mengamalkanya lagi. Ini bermaksud kelebihan pil perancang dalam menurunkan risiko kanser Rahim, ovari dan usus besar lebih BERMAKNA daripada keburukan pil perancang yg menyebabkan kanser payudara dan serviks.
Jangan lupa, kita ada ujian saringan untuk kanser payu dara dan kanser serviks – iaitu pemeriksaan sendiri payu dara dan pap smear sebagai ujian saringan awal,sedangkan takde ujian saringan yang berkesan untuk mengesan kanser ovari dan kanser rahim.
Kanser ovari adalah di antara kanser wanita yang paling sukar dikesan pada peringkat awal dan jika dah dikesan, kanser itu sudah berada pada peringkat akhir, begitu jugalah dengan kanser usus besar.
Bagaimanapun, wanita yang ada dalam senarai dibawah ini TIDAK SESUAI dengan pil perancang kehamilan gabungan ( COCP ), sila guna kaedah perancangan keluarga yang lain:
✅Ibu yang menyusukan bayi pada 6 bulan pertama
✅Wanita yang merokok & berusia 35 tahun ke atas
✅Ada migraine dengan aura
✅BMI 35 dan ke atas
✅Tekanan darah tinggi > 160/100
✅Ada penyakit jantung atau risiko mendapat penyakit jantung
✅Pernah ada masalah sejarah darah beku dalam saluran darah kaki atau saluran darah peparu iaitu venous thromboembolism (VTE)
✅Ada masalah pada hati (liver cirrhosis, liver failure, liver tumour)
✅Strok
✅Melalui pembedahan yg memakan masa yg lama menyebabkan pesakit tak bergerak-gerak
✅Sedang mengalami kanser payu dara atau ada sejarah kanser payu dara (diri sendiri)
Setiap pesakit yang hendak mengambil pil perancang perlu mendapatkan nasihat doktor yang bertauliah dan benar-benar memahami mengenai perancangan keluarga. Bukan hanya sekadar beli online atau dapatkan pil perancang di farmasi semata mata.
Wanita yang PERTAMA KALI mengamalkan pil perancang, perlu follow up setiap 3 bulan – untuk check tekanan darah, BMI dan menilai masalah masalah lain yang berbangkit. Setelah 3 bulan, wanita ini perlu follow up setiap tahun sekali.
Pil perancang gabungan (COCP) BOLEH digunakan sehingga wanita itu berusia 50 tahun, dengan syarat wanita itu sihat. Selepas umur 50 tahun, kena guna cara lain. Satu lagi kalau guna pil perancang TAK PAYAH ada masa rehat 3-6 bulan untuk meneruskan untuk makan pil.
Cerita ‘hantu’ yang mengatakan pil perancang dgn risiko kanser serviks dan kanser payudara TAK SEPATUTNYA dijadikan alasan untuk mengecam pengambilan pil perancang kerana perkaitan pil perancang dengan 2 kanser ini kerana perkaitan ini melibatkan pil perancang yang terdahulu dan tidak digunakan lagi pada masa sekarang.
Kelebihan pil perancang mengurangkan risiko mendapat kanser ovari, kanser rahim dan kanser usus sepatutnya diambil kira dan dipertimbangkan dalam menentukan baik buruk sesuatu ubat atau kaedah perancangan keluarga itu.
Penjagaan gigi sebenarnya sangat penting tapi ramai antara kita yang ambil mudah. Justeru kesihatan gigi tidak didedahkan kepada anak-anak sejak kecil lagi dan akhirnya gigi anak-anak menjadi rosak.
Dalam satu perkongsian Dr Azila Mohd Kasim menerusi akaun Facebooknya, dia menyeru ibu-ibu untuk tidak ambil mudah dengan kepentingan gigi susu anak-anak. Dalam perkongsian tersebut juga Dr Azila sempat berkongsi tip untuk mencegah karies susu yang sering terjadi kepada anak-anak yang masih kecil.
Kesilapan ibu bapa..
Sedikit kecewa apabila ibu bapa datang membawa anak meminta untuk tampal gigi atau cabut gigi anak yang baru berusia 3 tahun.
Please ya, janganlah ambil enteng kepentingan gigi susu. Anggaran gigi kekal pertama tumbuh paling awal usia 5-6 tahun.
Sekiranya dicabut gigi susu, kita FIKIR DUA PERKARA:
Sekiranya rawatan yang sempurna tidak dapat diberikan di klinik, rawatan komprehensif dengan kaedah BIUS UMUM (General Anaesthesia) wajar dipertimbangkan. Dan semua scenario diatas dilakukan dibawah Bius Umum.
Semua kes ini gigi susu rosak teruk akibat susu botol. Bakteria dalam mulut dan gula dalam susu akan menjadi berasid lalu menghakis giginya. Keadaan seperti ini, biasanya ibu bapa mengadu gigi anak hancur seperti kapur.
Inilah namanya KARIES SUSU.
TIPS CEGAH KARIES SUSU.
Photo berikut adalah contoh pesakit saya yang berumur 4 tahun.
Ini adalah contoh Karies Susu.
Penampakan gigi atas yang rosak teruk. Kenapa?
Jawapannya: Semasa tidur lidah anak akan menutupi gigi bawah, susu kurang berada pada gigi bawah, maka gigi bawah kurang mengalami kerosakan berbanding gigi atas.
Pasti ramai yang mengeluh, anak saya tak makan sangat doktor, dia minum susu sahaja, takkan tak boleh bagi minum susu pula?
Yes, I feel you. I understand you.😊
Yes, my experience..anak kuat menyusu botol sehingga usia 5-6 tahun. Satu malam 2-3 kali bangun bancuh susu. Kami suami isteri pun tak cukup tidur. Alhamdulillah anak- anak tiada karies susu.
Saya kongsikan caranya:
Bila menyusu tengah malam, takkan kita nak usung anak bawa ke tandas gosok gigi kan? Setelah menyusu pastilah anak sambung tidur lena. Betul? Begini👇🏻
Pertama, pastikan cabut puting (sama ada mengempeng susu badan atau susu botol). Stand by air masak dalam botol susu lain. Sebaik cabut puting susu, kemudian ganti dengan air masak dalam botol susu..kira macam bilas supaya manisan tidak melekat pada gigi.
Kedua, paksa anak berus gigi, Ayahnya kepit kaki anak dengan kakinya sambil tangan peluk badan anak. Ibu yang berus gigi anak dan pastikan lagi ada air masak dalam picagari. Again, untuk membilas mulutnya. Ini kerana bayi belum bisa berkumur ya Haha..
Ketiga, NO JAJAN , No makanan manis, No minuman bergas dalam tin dan No yang manis- manis belaka.
Semua ini saya perolehi dari pengalaman saya bekerja di bawah beberapa orang pakar pergigian kanak-kanak. Ingat ye, ilmu setiap individu tidak sama. Beruntungnya kita kalau dapat belajar dari ramai guru.
Kita adalah ibu bapa yang bertuah kerana dapat ilmu ini. Zaman sekarang amat mudah menyebarkan ilmu yang bermanfaat melalui media sosial, tidak seperti zaman saya belajar dulu..hanya berpandukan buku sahaja. Betul tak?
Daripada Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda;
”Sesiapa yang menempuh satu jalan untuk mencari ilmu pengetahuan, maka Allah memudahkan baginya satu jalan untuk menuju ke Syurga.” (HR. Muslim)
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ketahui 6 barang bayi yang tidak disarankan oleh pakar kerana boleh meningkatkan risiko kecederaan dan masalah kesihatan. Ramai ibu bapa masih menggunakannya tanpa sedar.