Kasihnya ibu membawa ke syurga. Tiada yang lebih menyentuh hati daripada melihat penderitaan si ibu selepas melahirkan zuriat ke dunia.
Nyawa jadi taruhan apabila seorang ibu lumpuh selepas selamat melahirkan anak perempuannya empat bulan lalu. Tidak sempat untuk mendakap dan mencium bayi yang dikandung, si ibu kini hanya terlantar.
Akibat komplikasi ketika bersalin, Norazlina Hasan, 42, di kaku terbaring di atas katil dan bergantung sepenuhnya kepada sumber makanan yang berupa susu khas yang dimasukkan melalui tiub untuk meneruskan hidup.
SI KECIL BELUM RASA SUSU IBU
Si kecil anak ketujuh, Nor Amalina Eliya Ibrahim yang kini berusia empat bulan merupakan anak ke tujuh Norazlina belum lagi merasa susu ibunya sendiri.
Apa yang paling meruntun hati dan menyentuh perasaan, air mata ibu ini menitis apabila Amalina diletakkan dalam pangkuannya. Meskipun badannya dalam keadaan kaku tak bergerak dan tanpa suara, Norazlina seolah-olah amat rindu untuk memeluk dan membelai anak yang dilahirkan dari rahimnya sendiri
Situasi ini boleh menghiris hati sesiapa sahaja yang dilihat. Apatah lagi apabila Amalina kini hanya mampu menumpang kasih sayang dari kakak. Sentuhan seorang kakak menggantikan kehangatan kasih ibu.
Ads
KAKAK SANGGUP BERHENTI KERJA AMBIL TUGAS IBU
Kakak sulungnya, Nur Fatin Shahira, 22 yang sanggup melepaskan jawatan sebagai kerani di Petaling Jaya, Selangor semata-mata untuk menjaga dan mencurah khidmat buat ibu dan adik yang baru dilahirkan .
Kini tanggungjawab menjaga adik digalas Nur Fatin. Katanya dari hari pertama hingga ke saat ini adiknya dilahirkan, tidak pernah walau setitik susu ibu dirasai adik.”Adik dibesarkan dengan susu formula kerana ibu tidak sedarkan diri ketika melahirkan adik,” kata kakak penyayang ini.
JANTUNG BERHENTI, PARUT BEDAH BERDARAH KEMBALI
Selain itu, gadis ini turut menceritakan detik-detik kelahiran Amanlina di mana nyawa ibunya berada di hujung tanduk. Jantung berhenti berdegup dan parut bersalin berdarah semula.
“Jantung ibu terhenti seketika ketika dibius semasa pembedahan melahirkan adik. Parut lama pembedahan melahirkan anak tujuh tahun lalu di perut ibu juga berdarah kembali ketika saat getir itu.
Ads
“Kami bersyukur adik dan ibu dapat diselamatkan tetapi berat sungguh ujian Allah, ibu kami jadi lumpuh seluruh tubuh akibat komplikasi ketika bersalin itu,” katanya.
AWAL KEHAMILAN ALAMI STROK & KENCING MANIS
Nur Fatin berkata, ibunya pernah diserang strok dan menghidap kencing manis ketika awal kehamilan adik bongsunya itu. Namun ia tidak mengganggu proses kehamilan Norazlina.
“Ketika itu ibu tak tahu dia mengandung, disebabkan ada darah beku di kepala, ibu menjalani imbasan dan masa rawatan strok itulah doktor dapat kesan ibu mengandung.
Ads
“Serangan strok itu tidak menjejaskan kandungan dan ibu boleh mengandung sehingga cukup bulan.
“Tetapi ibu sakit nak bersalin awal seminggu dari jangkaan. Selepas dibawa ke hospital berlakunya komplikasi dan dibedah dua hari kemudiannya,” katanya.
Nur Fatin mengambil alih menguruskan ibu dan adik bongsunya itu kerana ayahnya, Ibrahim Ab Tashid, perlu keluar bekerja sebagai pemandu lori untuk menampung perbelanjaan keluarga termasuk kos perbelanjaan lampin pakai buang dan susu khas isterinya serta sewa rumah.
Bagi anda yang ingin memberikan sumbangan buat keluarga ini boleh menyalurkan ke dalam akaun Maybank Nur Fatin Shahira 164165039410
Anak anda memerlukan pelbagai sumber makanan untuk mendapat cukup nutrisi bagi perkembangan giginya. Selain kumpulan makanan utama, dengan menambah lebih makanan super dalam diet anak anda akan menyediakan lebih mineral, vitamin, serat, dan lemak sihat untuk perlindungan gigi mereka. Artikel ini menyediakan 5 makanan baik untuk gigi kanak-kanak.
Sayuran crunchy
Jika anda mencari makanan kunyahan ‘semula jadi’, mungkin sayuran crunchy atau rangup (seperti lobak mentah, kubis bunga, kacang hijau, daun saderi atau snap kacang) adalah pilihan yang sesuai. Sayur-sayuran ini mempunyai tekstur kasar semula jadi yang membantu mengikis keluar sisa plak yang tidak diperlukan selepas anak anda memberus gigi. Ibu bapa perlu menyediakan sayuran seperti ini sebagai snek atau pencuci mulut dan menggalakkan kanak-kanak untuk kerap mengunyah sayuran ini.
Buah-buahan kaya dengan vitamin C
Bagi mencegah gingivitis yang disebabkan oleh beberapa jenis bakteria dalam mulut kanak-kanak, jadi anda perlu menyediakan buah-buahan yang kaya dengan vitamin C dalam makanan harian anak anda. Terdapat banyak jenis buah yang kaya dengan vitamin C yang mudah anda dapati di pasar seperti oren, buah limau, kiwi, cantaloupe, betik, dan beberapa jenis buahan lain. Di samping itu, beri juga adalah salah satu buah yang paling berkhasiat dan lazat yang boleh dimakan setiap hari. Beri seperti strawberi, raspberi atau beri hitam bukan sahaja merupakan pencuci mulut yang sedap, bahkan juga adalah buah yang sangat kaya dengan nutrien dan antioksida. Beri dan buah kaya vitamin C lain boleh membantu menghapuskan bakteria dalam mulut dan membekalkan kolagen sihat untuk gusi anda.
Kekacang dan bijian
Jika anak anda berusia 3 tahun ke atas, anda boleh berikannya makan bijian seperti biji bunga matahari dan biji chia. Bijian ini adalah sumber mineral hebat, mengandungi lemak baik, protein dan serat. Ia juga menyediakan lemak semula jadi yang menyalut gigi dan membantu melindungi gigi daripada bakteria. Bijian Grind pula sangat lazat dan mudah dimakan sebagai snek, ditaburkan pada salad, serta dijadikan pencuci mulut yang menyelerakan. Juga, anda boleh menambah bijian dan kekacang semasa membuat kek untuk seisi keluarga anda. Minyak semula jadi yang ada dalam bijian membantu menguatkan enamel gigi. Malahan, sesetengah bijian juga menyediakan kalsium. Bijian dan kekacang ini disarankan untuk disimpan di dalam peti sejuk bagi mengelakkan kerosakan.
Gula-gula getah tanpa gula
Jika anda terlalu sibuk untuk menyiapkan buah atau sayur, anda boleh mempertimbangkan untuk memberi anak makan gula-gula getah. Kebanyakan gula-gula getah dibuat bagi membantu mengeluarkan plak dan meningkatkan antibodi semula jadi dalam mulut anak anda. Selain itu, dengan mengunyah gula-gula getah tanpa gula selepas makan boleh membantu anak anda mengelakkan kerosakan gigi dan masalah nafas berbau.
Produk tenusu
Produk tenusu tanpa gula tambahan adalah perlu untuk gigi kanak-kanak. Contohnya, keju akan merangsang penghasilan saliva atau air liur sementara kalsium di dalamnya membantu menggantikan mineral terlarut resap dari gigi oleh asid. Produk tenusu kegemaran kanak-kanak seperti susu, yogurt, dan aiskrim tanpa gula juga menyediakan kalsium dan fosfat. Susu diperkaya adalah penuh dengan vitamin D, yang membantu tubuh kanak-kanak memproses kalsium dengan berkesan.
Sikap sesetengah ibu bapa yang suka membuang lampin merata-rata jadi medium HFMD. Sikap ini seolah-olah sukar dibendung. Walaupun kini sudah ramai mempunyai kesedaran, namun masih ada lagi segelintir daripada mereka mengamalkan sikap ini.
Anak buang air besar?
Mudah saja, gulungkan dan lempar sahaja dari tingkap ke celah-celah semak atau di dalam longkang.
Golongan yang membuang najis anak sesuka hati ini, ternyata begitu rendah tahap siviknya. Sedangkan haiwan pun tahu mengkambus najis mereka.
Tahukah anda, “Lampin pakai buang” merupakan antara sampah pepejal yang paling banyak ditemui di bahu jalan, didalam longkang, kawasan rekreasi dan tempat awam.
Sampah yang mengandungi najis ini boleh menjadi sumber jangkitan penyakit. Najis merupakan antara medium jangkitan penyakit merbahaya seperti HFMD, kolera, hepatitis dan Polio.
Virus dari najis ini boleh meresap dan merebak ke sumber air dan menyebabkan lebih banyak penyebaran penyakit.
Kebersihan adalah kunci utama untuk mencegah penyakit berjangkit.
Cara cara membuang lampin pakai buang;
1) Najis perlu dibuang dalam lubang tandas terlebih dahulu dan pam.
2) Gulung lampin pakai buang ke arah dalam (kawasan kotor di sebelah dalam).
3) Tampal semula di sebelah kiri dan kanan dengan menggunakan pelekatnya supaya gulungan tidak terbuka
4) Masukkan dalam plastik dan ikat
5) Sekiranya tiada plastik, gunakan suratkhabar untuk membalutnya
6) Buang dalam tong sampah khas yang biasanya disediakan dalam tandas atau sekiranya tiada, sila isikan dalam beg plastik atau beg khas dan bawa pulang untuk dibuang di rumah dalam tong sampah khas atau plastik khas.
Sehingga 5 keturunan anda berakhir, lampin pakai buang masih belum terurai sepenuhnya. Ia mengambil tempoh 500 tahun untuk terurai!
Jadilah ibu bapa yang bertanggungjawab. Bukan kena basuh, cuma mohon buang lampin pakai buang di tempat yang betul.
Pada awal bulan lalu, Nur Nabila Zulyadaini atau lebih mesra dipanggil MUA Bellaz telah selamat melahirkan seorang anak lelaki yang diberi nama Muhammad Aisy Ean Yusuf. Kehadiran Yusuf yang comel itu berjaya membuatkan rata-rata pengikut ibunya di media sosial teruja dengan kecomelan si kecil ini.
Baru-baru ini di laman Instagram milik MUA Bellaz ada memuat naik beberapa gambar bayinya itu yang menjadi perhatian rata-rata wargamaya kerana kecomelan Yusuf yang persis anak patung.
Mempunyai raut wajah yang comel dengan anak mata berwarna kelabu serta memiliki kulit putih melepak, kehadiran Yusuf di akaun media sosial ibunya menjadi keterujaan ramai kerana kecomelan Yusuf.
Walaupun masih kecil, Ean Yusuf juga telah berjaya meraih lebih 26 ribu pengikut di laman instagram miliknya.
Menerusi perkongsian gambar Ean Yusuf di Instagram milik MUA Bellaz memaparkan bayi lelaki berkenaan dipegang oleh kakaknya. Menarik perhatian orang ramai adalah mata Ean Yusuf yang bulat dan seakan-akan warna kelabu dikatakan serupa macam anak patung.
Untuk makluman, MUA Bellaz sendiri merupakan wanita berdarah kacukan Turki-Melayu. Jadi tidak hairanlah anak-anaknya cantik dan comel belaka.
EPISOD 1 PA&MA JOURNEY BERSAMA JOVIANNINA AKAN MENEMUI ANDA RABU INI!
Pa&Ma Musim ke-8 kembali lagi di kaca tv menemani anda. Kali ini, kami membawakan edisi Pa&Ma Journey Bersama JovianNina. Saksikan episod pertama dengan topik Anak Legasi Masa Depan pada 26 Ogos 2020 ini, jam 9 malam, hanya di Astro Ria saluran 104 & 124
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.