Benarlah kata orang, malang itu tidak berbau. Siapa sangka, hidangan yang dimakan sudah tercemar dan menyebabkan kematian. Itulah yang berlaku kepada seorang pelajar tingkatan lima dan kanak-kanak perempuan berusia dua tahun beberapa hari lepas.

Memetik artikel Astro Awani, Ketua Polis Daerah Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Noor Arrifin Mohamad Nasir berkata, kedua-dua mangsa meninggal dunia dua hari selepas dipercayai selepas menjamah bihun dan telur goreng tercemar itu.

Makan Bihun & Telur Goreng Tercemar, Kanak-Kanak Umur 2 Tahun Meninggal Dunia
Ketua Polis Daerah Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Noor Arrifin Mohamad Nasir (Sumber: Astro Awani)

Menurutnya, dalam kejadian pertama pada Sabtu lalu, yang melibatkan pelajar berusia 17 tahun, mangsa dikatakan makan makanan yang dibawa pulang oleh ibunya selepas menghadiri satu program di sebuah sekolah agama di Sungai Cincin, Gombak, di sini.

Kata Noor Ariffin lagi, selepas makan bihun tersebut mangsa dan ibu bapanya mengalami cirit-birit. Selepas dua hari kejadian, tiba-tiba pelajar tersebut tidak sedarkan diri lebih kurang jam 1.30 petang dan bapanya terus menghubungi talian kecemasan untuk mendapatkan bantuan.

Makan Bihun & Telur Goreng Tercemar, Kanak-Kanak Umur 2 Tahun Meninggal Dunia
Sekadar gambar hiasan (Sumber: www.freepik.com)

Mangsa bagaimanapun disahkan meninggal dunia selepas pemeriksaan dilakukan penolong pegawai perubatan di Hospital Kuala Lumpur.

IKLAN

Dalam kejadian kedua melibatkan seorang bayi perempuan, beliau memberitahu, mangsa juga telah makan makanan lebihan yang dibawa ayahnya yang bekerja sebagai pengawal keselamatan di sekolah sama.

Makan Bihun & Telur Goreng Tercemar, Kanak-Kanak Umur 2 Tahun Meninggal Dunia
Sekadar gambar hiasan (Sumber: www.freepik.com)

“Dua hari kemudian, ibu mangsa mendapati kanak-kanak itu mengalami deman selain muntah dan cirit-birit. Dia kemudian membawa mangsa ke Hospital Selayang untuk mendapatkan rawatan. Kanak-kanak itu bagaimanapun meninggal dunia ketika sedang mendapat rawatan.”

Mayat kedua-dua mangsa katanya dihantar ke Hospital Selayang untuk bedah siasat.
Berdasarkan siasatan awal, beliau memberitahu, kes itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

IKLAN

Difahamkan makanan itu disediakan pihak luar yang ditempah oleh penganjur program berkenaan.

Kejadian malang ini mengundang simpati orang ramai serta banyak yang berpendapat makanan yang disediakan sendiri lebih selamat dan terjamin kebersihannya. Takziah kepada keluarga kedua-dua mangsa, diharapkan kejadian seperti ini tidak akan berulang lagi.

IKLAN

Semoga pengusaha makanan lebih bertanggungjawab dengan hidangan yang disediakan untuk orang ramai.

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!

Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI