Bila anak bercakap kita tak endahkan, kadang-kadang di halaunya anak-anak dengan alasan “papa nak rehatlah”. Anak yang rindukan kita berlalu pergi dengan rasa kecewa. Mungkin kita rasa itu sesuatu yang biasa, namun bagi anak-anak ianya sangat mendera emosi mereka.
7 JENIS PENDERAAN SECARA DIAM YANG IBU BAPA KURANG PERASAN
Bila anak bercakap kita diam. Kita buat hal kita. Selama ni kita ingatkan perbuatan kita tu tak apa. Rupanya tak. Berikut merupakan perkongsian daripada Adlil Rajiah seorang penulis buku yang terkenal dengan ilmu parenting.
Beliau berkongsi tentang 7 jenis ‘silent abuse’ yang ibu bapa selalu buat kepada anak tanpa disedari.
1. TAK BERI RESPON/REAKSI KEPADA ANAK
Selalu bila anak bercerita kepada kita, kita buat tak tahu saja. Kalau dengar pun sekadar dengar tapi tak beri perhatian. Kita cuma respon; ‘hmm.. ha.. ooo..’ dan sebagainya sambil layan FB, sambil tonton tv dan lain-lain. Jadi anak seolah-olah bercakap sendiri.
2. STONEWALLING/JADI DINDING
Stonewalling ni lebih kurang macam poin yang pertama. 👆🏻 Anak seolah-olah bercakap dengan dinding. Contohnya bila anak bertanya;
“Ibu suka warna apa?” Kita jawab; “Entah. Apa-apa aja lah.”
Beri perhatian ketika anak bercakap atau bertanya. Jangan layan anak secara ‘sambil-sambil’ saja. Sambil skroll FB, sambil tengok tv, sambil bersembang dalam group whatsapp. 😔
Ads
3. MERENDAH-RENDAHKAN ANAK DEPAN ORANG LAIN
Poin yang ketiga ini selalu terjadi dalam masyarakat kita. Bahkan dah jadi normalisasi pun sejak dari dulu lagi. Bila orang puji anak kita baik, pandai, rajin dan sebagainya terus kita malukan mereka. “Rajin apanya. Pemalas budak ni.” “Pandai apa, duduk kelas nombor dua ja pun.” Kedengaran macam nak merendah diri tapi hakikatnya TIDAK! 🙅🏻♀️
Pedih hati anak bila dengar mak ayah mereka cakap begitu di depan orang. Jatuh air muka.
4. MERAGUI /MENIDAKKAN APA YANG ANAK BERITAHU
Bila anak cerita sesuatu perkara yang berlaku kepada mereka di sekolah, kita cuma cakap;
“Tak ada apa-apa lah tu.” “Biasa lah tu, kawan bergurau ja kot.” Kesudahannya anak malas nak bercerita kepada kita sebab kita tak percayakan mereka. Mungkin perkara ini akan melarat sehingga anak menjadi remaja dan dewasa kelak.
5. SUKA KOMPLEN
Ads
Itu tak kena. Ini tak kena. Semua nak dikomplen. Anak silap sikit marah. Anak bergurau sikit pun tak boleh. Anak silap pakai kasut pun marah. Anak dapat 1A saja pun marah.
Siap cakap lagi; “Itu ja ka yang mampu dapat?” Allahu. Kecil hati anak bila semua benda mereka buat asyik dapat kritikan daripada mak ayah. Lepas ni anak nak buat apa-apa pun jadi serba tak kena. Tertekan. Kurang keyakinan diri. “Nanti kalau aku buat sekian-sekian, mesti mak aku akan marah, tak suka.”
6. KURANG MEMUJI & TAK MENZAHIRKAN TANDA SOKONGAN
Bila anak dapat sesuatu payah nak ucap kat anak perkataan ‘tahniah’. Jauh sekali. Paling ‘kejam’ kita cuma diam dan tak bagi respon. Anak nak masuk pertandingan lumba lari ka, pertandingan pidato ka jarang sekali nak bagi tanda sokongan. Silap-silap bila besar nanti dan dah berjaya mereka akan ‘balas balik’ seperti mana yang mak ayah mereka ‘layan’ mereka dulu.
7. DIAM BILA ANAK BUAT KESALAHAN DAN JADIKANNYA SATU KEBIASAAN
Ads
Apabila kita dapat aduan daripada pihak sekolah yang anak kita buat sesuatu perkara yang kurang elok seperti buli, mencuri dan sebagainya, kita boleh buat tak tahu saja.
Tak tanya pun anak apa sebenarnya yang berlaku di sekolah. Betulkah dia membuli?
Betulkah dia mencuri? Macam mana nak membentuk anak untuk jadi baik kalau merek buat silap kita cuma diam? 🤔
Kesimpulannya jadilah ibu bapa yang baik kepada anak-anak dari segi fizikal, mental mahupun emosi mereka.
Kita ingatkan tak rotan dan tak maki anak kita dah jadi mak ayah yang baik.
Rupanya ada perkara yang kita terlepas pandang.
Jom sama-sama kita ubah diri kita sedikit demi sedikit demi anak-anak yang kita sayang. 🤗
Sumber: Adlil Rajiah, Penulis buku ‘3 Kertas Krayon 3 Pensel Warna’
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Memilih untuk travel dengan anak kecil sebenarnya tidaklah menyukarkan. Jika mak ayah memikirkan mudah dalam segala hal, maka mudahlah segalanya. Malah lebih seronok bila semuanya dapat dilakukan sama-sama. Nak menyediakan makanan anak misalnya tidaklah terlalu sukar asalkan penyediaannya juga tepat.
Tip dan perkongsian oleh Puan Julie Davyd ini memang menarik malah memudahkan untuk mak ayah membawa anak travel ke luar negara. Pek segala kelengkapan anak sebaiknya terutama makanan seperti beras, tepung dan sebagainya, kemudian bungkuskan kemas agar selamat dalam perjalanan. Ini yang dikongsikan olehnya. Hebat!
Simple Baby Food Travel Tips ?✈️:
Hai semua, memandangkan minggu depan Cyrus & mummy daddy akan travel ke luar negara selama 5 hari dengan menaiki flight. Hari ni mummy kena siap packing dry food dulu. Jadi, malam ni mummy Cyrus nak share #BabyFoodTravelTips tanpa perlu bawa banyak barang macam nak pindah rumah. Khas untuk baby 1 tahun dan yang dibawah 1 tahun pun boleh guna menu dan cara yang sama cuma perlu sedia kan extra penapis untuk tapis makanan bagi baby yang masih makan tekstur halus.
✔️Tips ni pun berguna juga untuk travel di dalam negara kita. Yang penting kalau nak travel ke luar negara tu, kena declare makanan yang kita bawa oleh sebab itu, pentingnya kita packing bahan dan peralatan di tempat yang sama bagi memudahkan custom check dan tulis siap-siap apa bahan yang kita bawa supaya tak ada information yang tertinggal semasa nak declare makanan tu.
Dan please take note juga yang ada negara yang strict sikit tak boleh bawa produk tenusu dan bahan mentah masuk ke dalam negara mereka macam Australia. Saya izinkan share kepada yang nak share tanpa perlu minta kebenaran. Sharing is caring. Saya share bahan dan peralatan dalam gambar ye. Sebab jenuh nak taip panjang-panjang.
Kesemua barang yang akan dibawa (Yang tak termasuk dalam ni adalah tomato ?, telur ?, unsalted butter & bread ?). Bila dah masuk kan kesemua dry food dlm satu zip lock bag. Kontena kecil tadi dimasukan di dalam periuk, jimat ruang!
Cadangan makanan. Tertakluk pada perubahan.
Benda wajib ni. Kalau bawa cooker tapi tak bawa ni, nak memasak pun tak boleh. Hihi.. Nak cas handphone pun tak boleh.
Additional info: Memandangkan hotel tempat kami menginap ada peti ais, jadi senang nak simpan butter dan tomato. Bagi yang menginap hotel yang tak ada peti ais, pengunaan butter boleh lah digantikan dengan minyak masak.
Bagi saya tomato dan telur menjadi pilihan utama saya dalam menu ni selama 5 hari nanti, sebab telur dan tomato tahan lama disimpan tanpa peti ais & juga dalam peti ais. Dan cepat dimasak. Baby pun tak jemu makan kalau kita pelbagaikan jenis masakan dengan pengunaan telur & tomato sebab tomato ada rasa semula jadi dia masam manis sikit. Pengunaan full cream milk dalam masakkan boleh bagi bayi dibawah 1 tahun.
Tomato, telur, unsalted butter dan bread saya beli selepas landing kat sana nanti. Mungkin akan ada perubahan menu, kalau ada sayur-sayur dan buah-buahan yang sesuai dimakan oleh baby.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Seorang ibu muda runsing kerana anak sulungnya yang baru 2 tahun suka memukul adiknya yang baru 6 bulan. Ibu muda ini tidak terlarang anak sulungnya itu dan sering hilang sabar dan adakalanya terpaksa memukul anak sulungnya itu untuk tidak menyakitkan adiknya. Jadi bagai mana cara untuk mengatasi masalah ini?
Tentunya dia berasa amat bersalah.
Ibu rasa ramai ibu muda melalui keadaan seperti ini. Inilah nasihat Ibu. Perenggan terakhir itu amat penting untuk dibincang bersama suami. Ibu sendiri pernah anak-anak kecil 4 orang berderet setahun beza umurnya. Memang, jika tidak kuat minda, hati dan jiwa seorang ibu itu boleh kecundang. Kefahaman suami isteri amat perlu di dalam hal seperti ini.
Anak sulung anda terlalu kecil untuk faham apa yang dia buat. Untuk tahap ini dia belum boleh memahami arahan kita. Oleh itu lakukan perkara yang mengelakkan dia memukul adiknya.
Contoh, letak adik dalam cot yang tinggi untuk dia boleh pegang adik dia bila puan melakukan kerja lain.
Bila anda nak layan adik dia, beri dia pelukan dan cium dia banyak-banyak dan kata anda sayang dia dan ajak dia tolong anda layan adiknya.
.
Walaupun anda buat begitu, dia belum lagi faham sebenar-benarnya memukul adik itu tidak baik.
Kemungkinan juga dia bukan mahu memukul tetapi sebenarnya mahu membelai. Namun, kerana dia belum boleh mengawal tangannya, maka kelihatan seperti dia mahu memukul. Oleh itu ambil tangannya yang nampak mahu memukul itu dan ajar dia membelai adiknya. Katakan begini;
” Sayang nak belai adik ya? Mari mama tolong sayang belai adik…macam ni…lembut saja ya”
Kemudian jangan pula menyangka dia terus faham dan melakukan yang betul seperti yang kita mahu. Ingat anak sulung puan masih kecil walaupun dia sudah beradik.
Satu perkara yang Ibu ingin memohon sayang consider dan berbincang dengan suami; rancang kehamilan sayang. Banyak cara yang mengikut syariah boleh dilakukan. Elok kita menjarakkan anak-anak kita supaya badan boleh pulih semula dan anak-anak sempat dilayan dengan baik. Serta anda suami-isteri akan dapat memberi perhatian satu sama lain yang mengukuhkan pertalian anda suami isteri
Baju sekolah anak yang semakin kusam dan kekuningan buat kita sakit mata memandangnya. Nak sental perlukan lebih tenaga yang bukan biasa-biasa.
Sebenarnya tidak perlulah menyental lebih, ada cara mudah yang dapat meringankan tugas menyental dan baju sekolah anak pun kembali putih.
Apa caranya? Perkongsian tip dari Pn Zakiah Hassan ini anda kena cuba.
Bahan-bahan:
Sabun A1 (beli kat kedai Eco) atau sabun Cap Kapak / Buruh (ada di Mydin)
Sabun basuh baju (cecair atau serbuk)
Air
Mesin basuh (nak basuh tangan pun boleh)
1. Masukkan baju sekolah ke dalam mesin basuh.
2. Letak sabun basuh biasa.
3. Setkan mesin dengan mode speedy soak (ikut jenis mesin basuh).
4. Masukkan air.
5. Guntingkan suku sabun A1 ke dalam mesin basuh (nak sagat pun boleh).
6. Tenyehkan sabun A1 di leher baju kemeja, hujung lengan, poket atau kesan kotoran yang lain. Kemudian, masukkan semula ke dalam mesin.
7. Tutupkan mesin basuh dan biarkan cucian diteruskan seperti biasa.
8. Sidailah baju putih macam biasa.
Beginilah hasilnya. Tak perlu sental pun. Senangnya!
NOTA: Tips yang dikongsikan ini sangat berkesan pada baju sekolah jenis kain cotton. Selamat mencuba!
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.