Bila Anak Cakap Pelat, Kena Cepat Betulkan. Elak Meniru Percakapan Atas Alasan Suka-Suka

Share

Anak-anak yang masih kecil akan menurut pertuturan dan percakapan ibu bapa dan orang sekeliling.

Apabila anak menghadapi masalah percakapan seperti bercakap dengan tidak fasih atau gagap, sebenarnya ini berpunca daripada:

  • Sikap ibu bapa yang mengajar anak bercakap dengan cara tidak betul
  • Mengejek percakapan anak apabila mereka tidak dapat menyebut sesuatu perkataan dengan baik.

Apabila anak kita sering mendengar pertuturan dan percakapan yang tidak jelas seperti berdengung, mengada-ngada, olok-olok, maka anak-anak meniru percakapan itu sehinggalah dia dewasa. Awas!

Ibu bapa patut mengelakkan mengulang percakapan anak yang tidak jelas dengan memberikan perkataan yang betul dan fasih supaya anak itu faham dan menurut percakapan yang sebetulnya.

Jangan mengejek perkataan dan mengulang pertuturan anak-anak yang salah dan tidak betul.

— ini bukan perkara yang harus dijadikan bahan jenaka!

Tabiat kanak-kanak mudah menurut kata-kata orang disekeliling terutama ibu bapa.

Jesteru itu, ibu bapa patut mengajar anak bercakap dengan intonasi dan huruf yang betul.

Baiki kesalahan sebutan anak-anak, bukan mengejek atau memperolokkan kata-katanya.

Sumber: Muhammad Naim Abd Manaf

 

IKLAN