Menyediakan tempat tinggal yang selesa adalah tanggungjawab suami. Jika anak anda menyatakan hasrat untuk mendirikan rumahtangga, pastikan dia mampu untuk memberikan nafkah buat isteri dan anak-anak. Jika tidak mampu untuk membeli rumah, sekurang-kurangnya dia masih mampu untuk menyewa rumah itu lebih baik berbanding menumpang dirumah ibu dan ayah.
Ads
Ads
Ads
Sebagai ibu bapa, kita perlu biar anak dan pasangannya hidup sendiri, biar anak dan pasangannya bina kehidupan mereka, biar anak dan pasangannya bersusah-susah dahulu, biar mereka atur kehidupan mereka sendiri, satu persatu…
Bagaimana mereka inginkan rumahtangga mereka jadi…
Jangan sebab alasan kos hidup tinggi, gaji anak sikit, dia tak pernah berenggang dengan kita, semua serba serbi kita yang sediakan dekat dia, kita jadi kesian dekat anak, kita “simpan” dia dalam rumah kita, kita tanggung dia dan pasangannya…sampai bila kita mampu buat mcm tu?
He need to face the facts that now he is on his own…
Itu adalah cabaran yang dia perlu tempuhi dan hadapi bila dia memilih untuk mendirikan rumahtangga…dia perlu fikir akan smua itu dahulu sebelum dia berkahwin, dia perlu ada perancangan akan bagaimana dia ingin hidup bersama pasangannya selepas berkahwin…
Dia bakal menjadi seorang ketua keluarga, seorang suami, seorang ayah dan dia perlu plan masa depannya…perkahwinan bukannya satu perkara yang boleh dibuat main-main atau suka-suka…
Dia kena bertanggungjawab terhadap orang yang dikahwininya…
Biar dia tinggal dalam rumah sewa yang kecil, biar dia naik motor dengan pasangannya ke tempat keje, biar dia tak ada kereta, biar dia kena hujan, biar dia makan dan pakai apa yang ada, biar dia rasa apa itu pokai, apa itu “tengah bulan”, biar dia “ikat perut”, biar dia susah bersama pasangannya supaya dia tahu, bukan senang utk melayari hidup berumahtangga, supaya dia tahu untuk bersyukur akan apa yang dia dah ada dan dapat selama ini, supaya dia tahu untuk lebih menghargai siapa yang ada bersamanya ketika dia susah, ketika dia baru nak membina kehidupannya…
Dia perlu belajar berdikari dan bertanggungjawab agar dia mampu membina keluarga yang bahagia dan mengatur masa depannya dengan lebih baik…
Kita sebagai ibubapa dah membesarkannya selama 20 tahun, 25 tahun, 30 tahun dengan cukup-cukup baik…maka sekarang, masa untuk melihat hasilnya…
Kredit : Firdaus Shakirin
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Menyentuh bab poligami, kebanyakan lelaki sama ada dalam situasi serius atau sekadar gurauan, masing-masing ada hujah tersendiri. Bukan apa ia antara isu yang paling hangat diperkatakan.
Namun bagi isteri, isu ini cukup sensitif buat mereka. Jika boleh memang tak mahu dengar walaupun selalu diperkatakan akan dapat payung emas jika izinkan suami berpoligami.
Bagi suami, jika niat poligami itu ada, fikirlah sebaiknya. Bukan mudah tanggungjawab itu kerana ia sangat berat. Sekadar cakap memang boleh, tapi nak berlaku adil ia sesuatu yang sukar jika kurang ilmu dan boleh melukakan hati pasangan.
Seperti perkongsian dari Peguam Syarie Kedah, Pulau Pinang, Perlis & Perak, Khairul Fahmi Ramli, untuk berpoligami bukan sekadar kemampuan kewangan semata-mata tetapi ada lagi beberapa faktor yang perlu diambil kira.
Poligami bukan mudah
Sekarang ni trending drama 7 Hari Mencintaiku 2 di TV3. Baru ni saya layan la online bila kelapangan sebab ramai yang menyumpah Mak Leha dan Nurul Ain sebab beria-ia nak suruh Khuzairi poligami. Saya pun tertanya, hebat betul ke Khuzairi ni? Layak ke?
Bila dah sampai episod yang paling terkini, baru la faham. Ohh rupanya Mak Leha ini yang beriya sakan nak menantukan Nurul ni. Si Nurul ni pun boleh tahan gediknya juga la nak dekat suami orang. Cumanya persoalan penting, kenapa yang Khuzairi tak tolak? Mampu ke dia tu?
Sebenarnya, memang ada situasi yang mana mertua mula tidak berkenan dengan menantu sedia ada. Berharapkan pula calon idaman untuk menjadi surihati anak lelakinya. Tengok-tengok, menantu idaman pun tidaklah sehebat mana selepas nikah.
Ramai orang akan ingat, nak poligami ni perkara paling utama adalah kemampuan Kewangan. Salah tu tuan-tuan dan puan-puan.
Di dalam Seksyen 23 (5) Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Kedah 2008, ada menyatakan tentang perkara yang perlu dinilai sebelum dibenarkan oleh Mahkamah untuk seseorang lelaki berpoligami. Antaranya :
👉🏻 Perkahwinan yang dicadangkan itu patut atau perlu
maksud yang dinyatakan di dalam perkara ini adalah sekiranya isteri sedia ada tidak mampu melahirkan anak atau uzur untuk bersetubuh atau gila.
👉🏻 Kemampuan kewangan
Lelaki tersebut mempunyai kemampuan kewangan mengikut Hukum Syarak bagi semua tanggungan sedia ada.
👉🏻 Boleh berlaku adil
Mesti mampu untuk berlaku adil dari sudut layanan dan bermalam. Setiap isteri dan tanggungan perlu dilayan dengan baik dan tidak diabaikan.
👉🏻 Tidak menyebabkan darar syarie pada isteri sedia ada
Maksudnya perkahwinan poligami ini tidak akan menjejaskan kebajikan isteri sedia ada. Bahkan mungkin dengan poligami ini akan menyebabkan isteri tersebut menderita.
Daripada alasan-alasan yang diberikan ini, jelas menunjukkan, perkara mengenai poligami ini bukan dilihat kepada satu sudut sahaja iaitu kemampuan kewangan. Ada orang yang dia mungkin mampu untuk menafkahi isteri dan anak-anak sedia ada, tapi dia mungkin sukar untuk berlaku adil.
Apa yang saya lihat berdasarkan pengalaman kes di mahkamah, orang yang benar-benar mampu berpoligami ini dengan baik adalah lelaki yang mampu menguasai dan melayani isteri sedia ada dengan baik dan mampu untuk berlaku adil.
Cuma banyak yang ada sekarang ini, hanya mampu cakap boleh tanggung kewangan dan boleh berlaku adil, tapi selepas kahwin, macam-macam isu rumah tangga yang timbul. Jika dilihat situasi Khuzairi, saya berpandangan dia tidak layak untuk berpoligami kerana ia hanya mahu ikut kehendak ibunya sahaja bukan kerana dia mampu atau Mia ada kemudaratan sebagai isteri.
Ingatlah, kalau tak mampu nak pergi masjid lima kali sehari, tak payah mimpilah nak berlaku adil poligami macam Nabi.
Pemilihan baby car seat mesti disesuaikan dengan badan bayi dan kanak-kanak supaya mereka selesa dan paling penting posisi car seat mestilah selamat untuk si manja!
Tips Pemilihan Car Seat & Posisi Car Seat yang Selamat Untuk Si Manja
Berikut adalah jenis car seat & posisi yang sesuai:
1. Car Seat khas untuk bayi
Paling sesuai untuk bayi baru lahir dan bayi kecil kerana ianya dipasang menghadap ke belakang kereta (rear facing)
Kedudukan ini direka untuk memberikan perlindungan tambahan untuk kepala, leher dan dada bayi sekiranya berlaku perlanggaran
2. Car seat boleh tukar / diselaraskan
Sesuai digunakan untuk bayi yang berumur 9 bulan hingga 2-3 tahun.
Lebih besar dan kelihatan kukuh.
Cara memasang car seat ini diletakkan menghadap ke hadapan atau menghadap ke belakang yang boleh dilaraskan mengikut tumbesaran anak (rear & forward facing)
3. Car seat 3-dalam-1
Saiz lebih besar dan direka untuk menghadap ke hadapan (forward facing). Sesuai untuk kanak-kanak 2-7 tahun.
4. Tempat duduk penggalak tambahan atau booster-sesuai utk 4-12 tahun.
Citarasa kita tidak sama. Ada ibu yang gemar mengumpul kelengkapan dan perkakasan dapur hingga lengkap, namun ada juga yang gemar bergaya dengan barangan mewah, handbag dan baju berjenama.
Semuanya dianggap satu kepuasan untuk kita. Ganjaran untuk diri sendiri yang kepenatan bekerja. Namun ada juga yang lebih suka mengumpul emas.
Minat mengumpul emas sememangnya dilihat sebagai pelan jangka masa panjang yang cukup menguntungkan malah jika sebarang kecemasan berlaku, emas antara aset yang pastinya dapat membantu.
Idea yang dikongsikan oleh ibu ini, Chienta Mul’aein II ini memang seharusnya dipuji. Demi minat serta memikirkan kepayahan yang pernah dilaluinya suatu ketika dahalu, dia tekad mengumpul emas. Malah paling menarik dia punya cara sendiri untuk memastikan emas terkini menjadi miliknya saban tahun.
Tak perlunya usaha yang tinggi, duit tabungan bernilai RM5 yang dikumpulnya sejak awal tahun menjadi cara terbaiknya untuk mendapatkan emas. Terbaik!
Sis nak share lagi tips untuk suri rumah.
Dari awal kahwin sis didik diri untuk simpan duit RM5, duit belanja/nafkah suami bagi.
Setiap kali balik kedai ada je note RM5 terus masuk tabung..(kalau mampu RM20 pun boleh buat). Tak kira ada baki 4 keping duit RM5 sis tetap akan simpan.
Sis hanya akan guna bila BETUL2 TERDESAK! Duit hasil meniaga, cod barang pun kalau ada RM5 sis simpan. Cukup setahun hasil dia sangat-sangat la memuaskan, tak banyak tapi ada.
Tiap hujung tahun sis shopping emas dengan duit RM5. Pernah la sis kena perli dengan pasangan suami isteri dekat kedai emas masa bagi duit RM5 ni.
Katanya “nak beli emas pun korek tabung ke?” Sis senyum je.. bila diorang keluar tanpa beli apa-apa sis cuma cakap korek tabung pun takpe ada juga hasil nya.
Sis tak malu pun p beli emas guna duit RM5 (tambah duit lain kalau terover shopping) Kedai emas tu pun tau dah ha.
Sis ada terbaca ada yang tak minat emas. Sis tak kisah cuma nak share sikit cerita sis. Dulu mula-mula kahwin pun sis tak minat emas. Time tu kemalangan dengan suami, duit tak ada. Pinjam orang tak ada yang nak tolong.
Sedih sangat, last choice sis pergi gadai cincin tunang, dapat la suami baiki kenderaan kami.
See kita rasa kita tak minat tapi fikir panjang, beli je simpan buat kecemasan kalau tak ada duit sebab emas tu beli tukar jadi duit cash. Emas makin lama makin naik.
Cincin sis masa kahwin RM400 je, sekarang harga dah dekat RM800+… Tak rugi pun.. duit ni kalau simpan habis tipu la kalau tak terguna. Sis dah try simpan duit cash.. haishh sekali keluar itu ini nak beli. Tak nak emas goldbar pun boleh.
Tapi kena ingat jangan lupa bayar zakat emas kalau dah cukup syaratnya.
Peranan ibu ayah dalam kehidupan anak-anak sangat besar. Setiap apa yang kita sediakan untuk anak menentukan masa depan mereka. Itulah sebabnya kita dianggap seperti SUPERHERO pada mereka. Bagaimana caranya untuk kita pastikan hanya yang terbaik untuk anak-anak? Ayuh, sempena Bulan Menabung Simpan SSPN (BMS 2021) sama-sama kita pelajari cara menjadi SUPERHERO anak dengan menyertai webinar Detik Indah Si Manja
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Kredit: Chienta Mul’aein II
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Penyebab utama anemia di kalangan wanita mengandung adalah kekurangan zat besi. Semasa mengandung, badan manusia akan menghasilkan banyak darah untuk menampung tumbesaran janin.