Pernah tak bila kita bawa anak keluar berjalan-jalan atau ketika di rumah tiba-tiba anak minta dukung. Tapi jawapan kita bila anak berbuat demikian mesti akan cakap kakak, abang atau adik dah besar. Papa mama tak larat nak dukung dah.
Perasan tak lepas kita cakap macam tu, terus berubah muka anak. Mereka terus diam atau ada yang mula buat drama sampai kita pulak marahkan mereka.
Sebenarnya sekali sekala kita layankan permintaan anak ni tak salah pun. Hubungan tu lagi mesra dan bonding antara ibu bapa lagi kuat.
Berikut perkongsian dari Mohd Fhais mengenai cara dia melayan anak sulungnya yang kadang-kadang minta dukung.
Selalu kalau berjalan dekat shopping mall atau pasar malam annur rania mesti nak berdukung.
Allahu, berat annur rania ni bukan sikit-sikit. Dekat 20 kilogram juga. Cukup sejam begini boleh patah pinggang di buatnya.
Tapi bila di fikir balik, bukan senang pinggang nak patah.
Tapi kalau tak dukung bonding ayah-anak boleh patah senang-senang je.
Ads
Bagi saya rania bukan saja saja nak mengada berdukung tapi sebenarnya dia masih tak boleh “move on”
Tak boleh move on dari melekat kat badan papa dia, hirup bau papa dia, bergurau senda dengan papa dia dan itu sahaja cara untuk dia duduk diam.
Kalau di biar jalan sendiri satu mall tu dia boleh tawaf.
Lagipun bonding ayah anak yang kuat ni banyak manfaatnya. Antaranya:
1 – Hubungan jadi semakin rapat kalau bonding kuat. Bila hubungan rapat mudah anak nak terima teguran nanti.
Ads
2 – Menurut kajian anak yang kuat bonding dengan ayah ni akan tinggi self-esteem dan self-confidence dia. Anak tak mudah mengikut pengaruh buruk bila dah besar nanti.
3 – Bila kurang rapat ayah dan anak, anak berkemungkinan tinggi akan jadi agresif sebab terlalu dahaga perhatian dari ayah. Anak jadi kuat tantrum, marah sesuka hati, cakap kasar dan kuat.
4 – Anak yang rapat dengan ayah ni tinggi adab nya. Itu kalau ayah ajar adab yang betul la, sebab anak tiru bulat-bulat apa yang dia lihat ayahnya buat.
5 – Anak akan anggap ayah sebagai “kawan baik” lebih daripada dia utamakan kawan sebaya. Sebarang masalah ayah jadi tempat mengadu pertama. Ini yang terbaik
6 – Anak yang kuat bonding dengan ayah ni ada kemahiran sosial yang bagus. Boleh berkomunikasi dengan baik sama ada dengan rakan sebaya atau orang lebih tua.
7 – Akhir sekali anak yang cukup perhatian dan rasa di sayangi dari ayah akan pandai memilih kawan yang berkualiti berbanding anak yang kurang perhatian akan suka berkawan dengan rakan yang bermasalah.
Masa berlalu dengan pantas. Tahu tahu anak dah besar panjang. Sampai satu masa nanti bukan setakat dukung nak peluk pun dia dah rasa malu.
Oleh itu, manfaatkan la masa yang ada ni sebaik mungkin kerana masa sentiasa akan cemburu dengan kita.
Wallahu A’lam,
Mohd Fhais
Sebenarnya anak bukan nak dukung sangat pun, tapi dia rindu pelukan dari ayah.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ruang dapur antara yang perlu dikemas setiap hari. Ini kerana ruang inilah tempat yang penting untuk penyediaan makanan. Jika bersih, sedap mata memandang nak buat kerja-kerja dapur pun lebih mudah.
Bagi yang ada bajet lebih, bolehlah buat kabinet untuk susun segala perkakasan dapur. Namun bagi yang tak cukup bajet tapi tetap nak pastikan dapur adalah tempat yang selamat dan tersusun elok, idea ini sangat-sangat membantu.
Bagi yang tiada bajet besar nak tutup table top atau kawasan penyimpanan barang di bawah dapur atau sinki, apa kata tutup ruang tersebut dengan menggunakan kain yang dibeli di kedai ECO je.
Guna kain alas meja yang di beli kedai ECO dan lipatkan dua.
Berikut perkongsian dari Cikpuan Orkid yang menggunakan alas meja lace kedai ECO dan menjadikan ruang table top di dapurnya tertutup serta lebih kemas.
Bahan yang diperlukan:
curtain rod (boleh beli di Shopee atau Mr DIY) *ada saiz
alas meja lace kedai ECO
Keadaan dapur sebelum diletakkan langsir.
Batang tu boleh panjangkan atau nak pendekkan. Ada saiz. Boleh panjangkan sampai kena dinding, nanti akan tergantung elok.
Terus naik seri dapur bila dah pasang langsir table top ni. Sekurang-kurangnya barang yang disimpan bawah tu bolehlah disorokkan sikit dari pandangan mata.
Jika kotor pun senang nak basuh dan jika ada bajet lebih boleh beli kain yang mahal lagi. Tapi yang kedai ECO ni pun dah cantik dan sekurang-kurangnya bolehlah jimat bajet dalam keadaan sekarang.
Sertai Webinar penyusuan terbesar ‘Mama Tak Penat Susukan Anak’ yang dianjurkan Pa&Ma tahun ini. Webinar PERCUMA ini menampilkan panel-panel hebat seperti Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa, Puan Asiah Maharam dan perkongsian istimewa oleh Dato’ Siti Nurhaliza.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ibu adalah individu penting yang banyak mempengaruhi cara didikan anak-anak membesar. Kebanyakan anak lebih rapat dengan ibu berbanding ayah.
Bukan bermaksud ayah tiada peranan dalam mendidik anak tetapi sikap semulajadi ibu yang lebih prihatin, penyayang dan lemah lembut membuatkan anak lebih cepat mendengar kata jika ibu yang menasihatkan.
Jadi ibu-ibu perlu ada sisi garang yang mempengaruhi cara didikan anak supaya menjadi orang. Selain suka memanjakan anak, ibu kena bersikap tegas supaya anak tak naik lemak dan pijak kepala ibu.
1) Kena sentiasa ingatkan anak untuk solat
Biarlah berbuih mulut ibu hari-hari bebelkan anak suruh solat kerana ingatan tersebut akhirnya akan menjadikan anak orang yang tidak meninggalkan solat. Mungkin pada awalnya dia bersolat kerana takut ibu marahkannya tapi bila sudah semakin matang, dia tahu itu tanggungjawabnya sebagai hamba Allah.
2) Jaga adab
Kalau tengok anak orang yang beradab, kita mesti cakap ‘pandai mak ayah dia ajar’, jadi penting bagi ibu untuk sentiasa berpesan kepada anak bagaimana menjadi manusia yang beradab dan berakhlak mulia.
3) Kawal anak dari tengok TV dan gajet
Ibu yang tegas dan sayangkan anak pasti tidak akan membenarkan anaknya menonton TV dan melihat gajet melampaui batas. Biarlah orang kata kita ibu yang garang dan tak kasihan pada anak tapi sebenarnya itulah ibu yang mahu anaknya tidak rosak dan menjadi orang!
4) Paksa anak tidur awal
Disiplin kena diajar supaya anak tak mudah buat perangai. Antara disiplin yang perlu dibiasakan pada anak iaitu kena tidur awal. Kadang kala ibu kena paksa anak untuk tidur awal. Tujuannya sudah tentu tak mahu anak kurang tidur dan akhirnya ganggu kesihatan tumbesarannya.
5) Jangan beri anak jajan setiap hari
Mungkin bagi sesetengah orang, ibu yang mengawal anak makan jajan kelihatan tak sporting tapi hakikatnya dia adalah ibu yang penyayang dan prihatin pada kesihatan anaknya untuk jangka masa panjang.
6) Beri mereka jam
Ajar anak menghargai masa dan menepati masa. Ia boleh dilakukan dengan cara memberi mereka sebuah jam. Orang yang berjaya adalah orang yang tidak suka membuang masa dan selalu menepati masa.
7) Jangan selalu belikan barang terbaru dan terbaik
Jangan manjakan anak dengan selalu membelikannya barangan terbaru dan terbaik. Memang kita sayangkan anak tapi sikap tersebut hanya akan membuatkan anak tidak menghargainya.
8) Mengaku salah bila buat silap
Jangan sekali-kali manjakan anak dengan cara melindungi kesalahan yang dia lakukan. Ajar anak untuk berani mengaku salah bila buat silap serta sedia terima hukuman atas kesilapan tersebut.
Ibu adalah orang yang paling rapat dengan anak. Biarkan mereka menjadikan ibu sebagai orang pertama yang menjadi rujukan dan tempat anak mengadu masalah dan berkongsi kegembiraan. Mainkan peranan penting dalam mendidik anak menjadi insan yang berakhlak dan berjaya di dunia dan akhirat.
Sumber: Tvceramah.com
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Santan bersaiz besar yang dibeli biasanya kita simpan semula di dalam peti sejuk. Ada waktunya jika tidak disimpan dengan baik atau pada tempoh yang lama, santan mudah berbau dan tidak elok untuk digunakan lagi.
Tip dan petua yang dikongsikan oleh Pakar Otak, Dr Rizal Abu Bakar ini anda kena cuba. Rupanya dengan meletakkan sedikit bahan ini dalam santan buat ia tahan lama.
Macam mana nak bagi santan tahan lama? Ini petua selalu guna.
Masukkan garam dalam santan dan kacau sebati. Tak perlu banyak. Sikit saja.
Simpan dalam peti sejuk seperti sediakala.
Elak telur dari busuk dan tahan lama
Manakala untuk telur pula, perlukan kaedah yang baik untuk menyimpannya. Macam mana caranya?
Kalau untuk telur. Nak elak cepat busuk. Cuci permukaan telur. Lap sampai kering.
Nanti simpan telur dalam bekas besar berisi beras pulut.
Simpan di tempat sejuk. Jauh dari cahaya.
Beras pulut tinggi selenium. Bantu lindungi sel tisu kulit telur agar tak mudah teroksida.
Jom, meriahkan Pa&Ma Gala 2022 Reunion X TYT dan anda berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik! Sharing istimewa dari Dayah Bakar & Tasha Manshahar tentang cara penjagaan anak serta demo urutan istimewa dari Aunty June (TYT).
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.