Seorang ibu mengadu anaknya tahun hadapan sudah berusia enam tahun, suka melukis berbanding membaca. Puas dipujuk tetap mahu melukis. Pastinya semua ibu bapa risau jika anak bersikap begitu. Lebih-lebih lagi, cikgu tadika kata, anak lambat membaca berbanding rakan sebayanya.

Ini pendapat Pakar Pendidikan Awal Kanak-Kanak, Dr. Mahani Razali yang pernah berkhidmat di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjong Malim, Perak, supaya dijadikan panduan berguna apabila anak memasuki tadika Jan 2018 ini.

Usah bimbang mengenai perkembangan anak sebegitu kerana ia normal. Selain pendidikan di tadika, pada masa yang sama ibu bapa perlu bertindak secara psikologi untuk mendorong anak minat membaca dan suka kepada buku di rumah.

Bila Anak Tidak Minat Membaca, Guna Tip Pakar Ini. Tentu Anak ‘Ketagih’ Nak Baca Buku!
Selain mama, papa juga boleh turut sama bantu anak minat membaca

Sebenarnya menjadi fitrah anak-anak suka melukis terutama pada anak-anak yang didominasi oleh otak kanan. Biasanya kanak kanak yang banyak menggunakan otak kanan suka sangat melukis kerana daya imaginasi mereka juga adalah tinggi.

Melukis merupakan salah satu cara anak-anak membuat luahan emosi dan juga meluahkan kreativiti. Melukis juga adalah asas kepada kemahiran menulis.

Namun kebolehan membaca tidak berkembang dan berlaku secara semula jadi. Kebolehan atau kemahiran membaca memerlukan perancangan dan latihan yang berterusan seawal usia.

 CARA MUDAH ANAK CEPAT MEMBACA

Kebolehan membaca dan menulis sangat diperlukan oleh anak-anak kerana ia merupakan pintu utama untuk anak-anak terus mengembangkan daya imaginasinya, berkomunikasi,  dan seterusnya mengembangkan kemahiran membaca  bagi memperolehi pelbagai maklumat baru.

Pengalaman awal anak-anak seperti dibacakan buku cerita kepadanya, banyak bercakap dengannya, melakar, menconteng dan sebagainya sangat membantu anak-anak mengembangkan kemahiran kepada minat membaca.

IKLAN

Bagi tujuan menggalakkan anak-anak supaya suka membaca, berikut di cadangkan 7 tip mudah yang boleh digunapakai oleh ibu bapa atau guru.

Bila Anak Tidak Minat Membaca, Guna Tip Pakar Ini. Tentu Anak ‘Ketagih’ Nak Baca Buku!
Anak yang sudah pandai membaca dan minat buku akan ‘ketagih’ untuk membaca pelbagai buku. Inilah masa sesuai untuk wujudkan mini perpustaakaan di rumah atau bawa anak ke kedai buku

Tip 1

Sediakan pelbagai bahan bacaan yang sesuai dengan mengikut peingkat umurnya. Anak-anak akan terangsang untuk melihat dan suka kepada buku dan akan mula suka untuk membaca buku.

Tip 2

IKLAN

Jadikan membaca aktiviti yang menyeronokkan. Membacalah bersama anak-anak dalam suasana yang santai dan ceria. Membaca boleh dalam keaadaan berbaring atau duduk bersila atau di mana sahaja yang selesa.

Tip 3

Bagi memulakan aktiviti membaca, biar anak-anak yang memilih buku yang mahu dibacakan untuknnya atau buku yang dia mahu membaca. Bahan bacaaan boleh terdiri dari bahan fiksyen, komik, majalah dan sebagainya. Bahan bacaan yang berbeza akan mengayakan lagi perbendaharaan kata anak-anak.

Tip 4

IKLAN

Semasa membaca buku pada anak-anak, gunakan nada suara, watak dan situasi yang berbeza. Penceritaan sebegini  membuatkan anak-anak teruja apabila mendengarkan kisah dalam buku cerita berkenaan.

Tip 5

Selang-selikan aktiviti melukis atau menulis semasa membaca dengan anak-anak supaya kanak kanak tidak merasa bosan.

Tip 6

Berhenti bila anak-anak mula menunjukkan rasa jemu untuk meneruskan bacaan. Ini kerana anak-anak pra sekolah mudah berada bosan. Rehat sebentar dengan nyanyian atau aktiviti ‘fun’. Kemudian sambung kembali bacaan tersebut.

Tip 7

Jadikan aktiviti membaca sebagai sebahagian dari aktiviti rutin seluruh ahli keluarga dan jadikan bed time story atau kunjungan ke perpustakaan sebagai reading ritual ahli keluarga.

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI