Bila Anak Tolak Nasi, Jangan Minum Susu Je, Cuba Buatkan Homemade Veggie Nugget Ni!

Share

Jangan disangka bayi kita yang masih kecil juga sudah punya seleranya sendiri dalam memilih makanan. Ada waktunya anak menolak untuk makan nasi. Sesekali pelbagaikanlah menu buatnya. Variasikan dengan sumber karbohidrat lain supaya anak tetap memperolehi sumber yang sebaiknya untuk membesar.

Salah satu resipi pengganti nasi yang boleh disajikan buat anak kecil kita adalah nuget. Kandungan kentang di dalamnya sudah cukup membekalkan karbohidtrat yang diperlukan mereka. Cuma ibu hanya perlu menambah lebih sayur dan protin untuk melengkapkan lagi khasiat untuk mereka.

Homemade Veggie Nugget yang disediakan oleh Resipi Rarra Sakura ini boleh mama cuba untuk mempelbagaikan menu anak. Ringkas cara pembuatannya malah kaya khasiat. Jom cuba!

Homemade Veggie Nugget
****************************
Onion
Garlic
Kentang
Veggies (broccoli & carot)
Isi ayam -blend kering

Gaulkan semua bahan bersama sesudu mayonis dan sedikit white pepper.

Boleh buat bentuk ball or nugget. Sejukkan sekejap dalam freezer , then goreng macam biasa.

Serius.. mommy pun suka.

IKLAN