“Bila Bapa Dia Cuddle, Terus Jadi Macam Bola.” Raja Ilya Kongsi Keletah Manja Talita

Share

Pelakon Raja Ilya berkongsi perkembangan terkini permata hatinya, Talita yang kini sudah genap dua bulan usianya.

Menurut Ilya atau nama sebenarnya Raja Ramilah Begum Raja Mohammad, sejak dilahirkan hingga kini, anak perempuannya itu seorang bayi yang sangat mudah dijaga.

Malah Talita juga cukup manja dengan bapanya, Trent Garrett.

“She’s 2 months old already and suka gler dia bila Bapa dia cuddle .. terus jadi macam bola .. 💗,” kongsi Ilya.

Setelah Raja Ilya memuat naik posting itu, ramai yang geram melihat keletah Talita yang begitu manja dengan daddynya.

“Daddy’s girl sungguh❤️😍”

“So cute, geramnya tengok baby Talita bila daddy cuddle ye. Manja sangat dengan daddy ni.”

“Ni orang kata anak ayah.”

Sebelum ini, Raja Ilya selamat melahirkan bayi sulungnya secara pembedahan di Hospital King Edward, Perth, pada 1 Julai lalu.

Raja Ilya mendirikan rumah tangga dengan jejaka Australia, Garrett pada Disember 2018.

Selepas mendirikan rumah tangga, Raja Ilya berpindah ke Perth dan sudah dua tahun tidak pulang ke Malaysia akibat penularan pandemik Covid-19.

Kredit: IG Raja Ilya

Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit. Ayuh, belajar cara didik anak untuk menyimpan sejak mereka kecil. Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/ajar-anak-simpan-duit/

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)

IKLAN