Bila Bayi Tak Mahu Stok Susu Ibu Beku, Mama Jangan Give Up! Ikuti 5 Panduan Ini

Share

Bayi tak mahu stok susu ibu beku yang dicairkan? Ini memang memeningkan mama sebab perlu sediakan susu bekalan segar untuk bekalan di taska atau rumah pengasuh. Apa nak buat?

Ada sesetengah bayi cerewet untuk meminum susu perahan yang disimpan di dalam peti sejuk dalam masa yang lama. Ada yang mengatakan ia berbau yang membuatkan si manja menolak. Jom siasat puncanya.

Menurut Siti Nur Suraya Mohamed Ali, konsultan laktasi IBCLC, susu yang masam dan berbau sabun perlulah dielakkan daripada diberikan kepada bayi kerana ia sudah rosak dan khuatir akan memudaratkan kesihatan si manja. Ibu juga perlulah mengambil langkah memeriksa beberapa faktor berikut;

1)BEKAS PENYIMPANAN

  • Pastikan susu disimpan dalam bekas penyimpanan susu perahan yang sesuai.
  • Material terbaik ialah bekas plastik gred makanan yang bebas bisphenol A.
  • Plastik biasa tidak mampu mengekalkan nutrien dan bahan antibodi.
  • Bertukarlah kepada plastik liner khas untuk susu perahan.

2)CARA KENDALIAN

  • Jika anda pasti tidak akan menggunakan susu yang diperah dalam masa lima hingga lapan hari, maka terus bekukan selepas diperah.
  • Gunakan secepat mungkin selepas dicairkan dalam masa 24 jam.
  • Susu yang terdedah lama kepada suhu bilik yang panas memang akan lekas rosak.
  • Rasa dahulu susu sebelum memberikannya kepada si manja kerana ia boleh mengurangkan penolakan.
  • Pastikan susu disimpan dalam beg pendingin yang cukup sejuk untuk mengelakkan susu lekas masam. Kuantiti pek ais perlulah seimbang dengan saiz beg pendingin supaya susu kekal sejuk sebelum dipindahkan ke peti sejuk di rumah.

3)PERIKSA PETI SEJUK

  • Suhu peti sejuk memainkan peranan penting dan perlu mengekalkan suhu 3° hingga 7°Celsius supaya susu tahan selama lapan hari.
  • Periksa bahagian compressor kerana ia mungkin rosak dan menyebabkan suhu di dalam peti sejuk menjadi tinggi.
  • Pastikan juga peti sejuk dan tempat pembeku anda tertutup rapat.
  • Pastikan botol susu penyimpanan atau plastik liner tertutup sempurna supaya susu tidak menyerap bau makanan di dalamnya.
  • Simpan di bahagian belakang peti sejuk, bukan di depan atau pada pintu.
  • Elakkan daripada kerap membuka dengan lama kerana suhu dalamannya boleh meningkat.

4)KEBERSIHAN

  • Jika susu berbau sabun, besar kemungkinan botol atau perkakas tidak dibersihkan dengan bersih.
  • Mama juga disarankan untuk menggunakan pencuci botol gred makanan untuk membersihkan botol, corong pam payu dara, puting dan botol penyimpanan susu perahan.
  • Bilas lebih lama untuk menghilangkan bau.
  • Jangan sesekali menggunakan sabun biasa kerana ia boleh menyebabkan botol menjadi berminyak.

5)PEMAKANAN IBU 

  • Mama juga perlulah memerhatikan pemakanan dengan mengelakkan makanan seperti produk tenusu.
  • Elakkan juga makanan yang berbau seperti petai, durian atau cempedak kerana ia boleh mempengaruhi bau dan rasa susu yang diperah.

Tip kurangkan penolakan EBM oleh si manja daripada Siti Nur Suraya

  • Langkah latihan anak menyusu botol empathari sebelum mula kerja.
  • Pada hari pertama, Hantar bayi bersama pengasuh selama 2 jam.  Purata 2 jam bayi akan minum 2.5 ke 3.5oz (bagi bayi berusia 2 bulan)
  • Pada hari kedua, tinggalkan bayi 6 jam dengan 3 botol susu.
  • Dalam masa yang sama tingkatkan jumlah jam dan jumlah botol susu perahan yang ditinggalkan.
  • Ibu perlulah mengelakkan memberi susu botol ketika di rumah bersama dengan bayi kerana ini boleh membuatkan bayi menolak.
  • Ibu perlulah bertenang dan jauhi kerisauan kerana hal ini mungkin akan menyebabkan trauma bagi bayi.

 

 

IKLAN