Bila Bergaduh Je, Bukan Sekadar Emosi Tapi Berat Badan Pun Boleh Naik!

Share

Sesekali berselisih pendapat dengan pasangan adalah normal. Itulah yang menjadi kekuatan kepada sesebuah hubungan, tetapi jika terlalu kerap bertengkar akan membawa keburukan dalam perhubungan dan KESIHATAN!

Menurut kajian, pasangan yang selalu bergaduh akan menyebabkan mereka cenderung untuk mengalami kemurungan dan akan meningkatkan risiko obesiti. Ini kerana kemurungan akan mempengaruhi cara badan memproses makanan berlemak tinggi.

Seperti yang dipetik dari laman web Wanista.com, pasangan yang kerap bertengkar mempunyai kadar insulin yang lebih tinggi. Ia menyumbang kepada penyimpanan lemak, menggalakkan trigliserida iaitu sejenis bentuk lemak dalam darah selepas sesoerang itu mengambil makanan berat jika dibandingkan dengan individu yang tidak mengalami risiko ini.

Artikel Menarik: [Hikmah Isteri Cium Tangan Suami Lepas Solat. Masing-Masing Rasa Saling Memerlukan]

Terdapat kajian lain yang menyokong penyelidikan sebelumnya yang mana wanita stres akan mengalami pertambahan berat badan kerana metabolisme mereka menurun. Ia menunjukkan stres atau kemurungan menjadi penyebab kepada masalah kegemukan.

Gangguan perasaan atau kemurungan boleh memberi kesan yang negatif kepada kesihatan seseorang.

Oleh itu, jika selalu sangat bergaduh dengan suami atau isteri fikirlah kesannya kepada kesihatan anda. Banyak cara lain yang boleh dibuat untuk mengatasi sesuatu masalah selain bertikam lidah. Lebih baik berbincang dan berfikirlah secara rasional sebelum berbuat apa-apa.

Artikel Menarik: [Contoh Pengiraan Kalori Untuk Ibu Hamil Berpuasa. Penting Cukup Semua Nutrisi!]

Sekiranya pergaduhan berlaku di hadapan anak, itu juga boleh mengganggu tumbesaran mereka. Selain itu, emosi anak-anak juga akan terganggu dan menyebabkan mereka menjadi stres dan memberontak.

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

IKLAN