Anak yang masih kecil juga mempunyai emosi dan perasaan mereka sendiri. Jangan sesekali mengabaikan apa yang mereka rasa kerana ia boleh menyebabkan anak membesar menjadi anak yang suka memberontak dan melawan cakap. Ini bukan salah mereka kerana telah diasuh untuk bersikap kasar dan membelakangkan perasaan orang lain.

Sebagai ibu bapa, kita perlu kenali emosi anak dahulu supaya dapat asuh anak menjadi pintar dan cemerlang dalam hidupnya! Emosi merupakan suatu aspek penting dalam kehidupan seseorang. Tanpa emosi, diri manusia tidak lengkap. Seperti orang dewasa, kanak-kanak juga mempunyai pelbagai emosi.

Emosi merangkumi pelbagai perasaan termasuk negatif dan postif. Melalui emosi, anak-anak dapat meluahkan perasaan yang tercetus dalam dirinya. malah, ia membantu anak membina idea baharu, matlamat dan perancangan.

1.Gembira
Membantu kanak-kanak berfikir bagaimana melahirkan rasa seronok dan menggalakkan mereka bercakap mengenai sesuatu yang disukai sepanjang hari penerokaan dalam persekitarannya.

2.Marah
Perasaan marah ini membantu kanak-kanak mencari jalan bagaimana menghadapi halangan untuk mendapat sesuatu yang diinginkan dengan melahirkan perasaan geram, mengamuk atau marah dalam bentuk yang bersesuaian.

Baca Juga:

Bangga Dengan Kerja Ayah! Kanak-Kanak Ni Gayakan Uniform Ayah Untuk Tema Kerjaya

“Anak Tu Kan Rezeki Dari Allah.” 14 Tahun Berkahwin, Beto Kusyairy Bahagia Bersama Isteri

IKLAN

‘Kantoi’ Tengah Seronok Makan Tepi Fridge, Menangis Bila Butter Kena Rampas. Lucu Sungguh!

3.Takut
Perasaan ini membuatkan kanak-kanak berasa terancam sekali gus membentuk motivasi ingin memastikan keselamatan diri daripada aspek fizikal dan psikologi.

Bila Buat Perangai, Anak Sebenarnya Mahu Perhatian Dari Kita. Fahami, Bukan Terus Marah

4.Sedih
Perasaan kehilangan iaitu tidak mendapat apa yang dikehendaki menjadikan kanak-kanak berusaha lebih untuk mendapat apa yang diinginkan dan berfikir bagaimana mengatasi rasa sedih.

5.Geli
Selalunya dikaitkan dengan makanan, bau dan pandangan terhadap suatu yang semula jadi menjadikan seseorang kanak-kanak berhati-hati dan tidak berminat untuk mendekati dan mengambilnya.

IKLAN

6.Cemas
Ia membantu kanak-kanak berusaha mengambil langkah mengelak diri dari menghadapi masalah, belajar menahan perasaan bimbang dan bertindak proaktif untuk menunjukkan sesuatu yang terbaik.

7.Malu
Menjadikan kanak-kanak menyedari kepentingan perilaku yang baik dan mengelak bersikap di luar batasan.

Bila Buat Perangai, Anak Sebenarnya Mahu Perhatian Dari Kita. Fahami, Bukan Terus Marah

8.Bangga
Tercetus bila seseorang kanak-kanak terasa dihormati dan dihargai oleh orang lain atau bila ia mencapai apa yang diharapkan oleh ibu bapanya.

IKLAN

Seperti mana kita yang dewasa mahukan orang menghormati perasaan kita, begitulah juga dengan anak-anak. Kenalilah perasaan dan ambil perhatian keperluan emosi mereka.

Untuk menjadikan anak kita membesar dalam persekitaran yang sihat dan dia membesar sebagai orang yang berkeyakinan, sayangilah mereka. Biarkan mereka meluahkan segala perasaan, itu lebih baik dari memendam dan menyebabkan mereka merasa insecure terhadap diri sendiri.

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)

 

 

 

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI