Mak-mak dah bersedia bila anak mula mengalami teething?Teething ialah proses gigi nak tumbuh keluar. Gigi susu pertama akan mula tumbuh lebih kurang umur baby 6 bulan.
Tanda-tanda yang biasa dapat dilihat ialah:
1. Anak kuat merengek, disebabkan sakit dan tidak selesa.
2. Suka menggigit. Tindakan si anak untuk kurangkan sakit pada gusinya.
3. Air liur meleleh. Baby tak tutup mulut sebab tak selesa gigi nak keluar.
4. Demam dalam sesetengah kes.
Ads
Persoalannya, perlu ke ubat tahan sakit seperti dalam bentuk gel, untuk masalah teething?
Bergantung. Sakit ini bergantung pada masing-masing. Ada baby kuat, ada baby tak tahan. Kalau hendak guna, adalah lebih baik dapatkan nasihat doktor dulu.
Ini beberapa tips untuk atasi sakit teething pada anak kita:
1. Urutkan gusi anak kita pada tempat gigi nak tumbuh. Gunakan kain bersih yang dilembapkan dengan air sejuk, kemudian urut-urut di sekitar gusi.
Ads
2. Gunakan teether. Banyak dijual. Tips gunakan teether, masukkan dalam peti sejuk beku (freezer) dulu. Sudah jadi ais, baru bagi anak gigit.
3. Bagi kain bersih untuk dia gigit.
4. Lapkan juga air liur yang meleleh. Kalau dibiarkan nanti boleh menjadi ruam.
5. Sabar. Anak mungkin akan kuat menggigit ketika menyusu badan. Ini memang menguji kesabaran.
Ads
6. Bawa anak ke klinik sekiranya mengalami demam.
7. Sebarang ubat-ubatan, perlulah dapatkan nasihat daripada doktor terlebih dahulu lebih-lebih lagi untuk baby yang berumur kurang daripada 2 tahun.
Bila anak dah mula tumbuh gigi, datang satu lagi tanggungjawab, iaitu kita nak pastikan gigi susu itu dijaga dengan baik.
Elakkan mereka tidur dengan botol susu dan bantu mereka bersihkan gigi setiap hari. Boleh kan?
Anak umpama penyeri dalam kehidupan pasangan suami isteri. Boleh dikatakan, anak juga sebagai penguat ikatan antara pasangan.
Setiap orang semestinya mengimpikan zuriat sendiri, tidak kira yang baru ataupun sudah lama berkahwin.
Setelah sekian lama menunggu cahaya mata, suatu yang menakjubkan buat seorang wanita yang berusia 74 tahun menjadi individu tertua di dunia melahirkan anak kembar di sebuah hospital di India pada 8 September lalu.
Mangayamma yang berjaya hamil melalui Persenyawaan In Vitro (IVF) bersalin secara pembedahan caesarean atas bantuan empat orang doktor ketika proses bersalin di Ahalya Nursing Home di bandar Guntur, Andhra Pradesh.
Ketua prosedur pembedahan itu, S Umashankar berkata, ibu dan bayi kembar itu dalam keadaan sihat dan baginya ini merupakan keajaiban dalam perubatan.
Terdahulu, Mangayamma yang tidak dikurniakan cahaya mata selepas berkahwin selama 54 tahun memberitahu dia bersama suaminya Y Raja Rao menemui pakar IVF pada tahun lalu dan bersetuju untuk membantu mereka mendapatkan anak.
Setelah melalui beberapa proses ujian, doktor mengesahkan dia boleh hamil dan kelahiran ini amat menggembirakan kerana Tuhan telah mengakbulkan doanya.
Tiga pasukan doktor turut ditubuhkan untuk memantau kesihatan, nutrisi dan jantungnya. Manakala 10 doktor bekerjasama selama sembilan bulan untuk menjaganya dan dia turut menjalani imbasan tetap sebagai langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan sebarang komplikasi.
Rawatan lazim untuk ketidaksuburan
Ibu bapa yang masih belum mempunyai zuriat, diharapkan tidak berputus asa kerana dengan teknologi perubatan yang maju masa kini, pelbagai cara boleh dibuat untuk mendapatkan cahaya mata.
Pa&Ma kongsikan antara rawatan yang dapat membantu untuk mendapatkan zurit dengan Bantuan Teknologi Reproduktif (ART).
Dengan ART, proses persenyawaan tidak berlaku seperti biasa semasa melakukan hubungan intim, sebaliknya ia berlaku dengan campur tangan saintifik. Terdapat beberapa jenis ART, seperti di bawah:
Rawatan pembenihan In vitro – IVF
Jika satu telur tidak cukup untuk sperma, maka dengan IVF, masalah ini hampir dapat diselesaikan. Telur diletakkan ke dalam uterus wanita, sekali gus meningkatkan peluang untuk persenyawaan. Kaedah ini boleh dilakukan di luar, iaitu di dalam makmal, dengan tiub tiruan. Sebaik sahaja telur telah disenyawakan, ia akan dimasukkan ke dalam uterus wanita. Kaedah ini boleh meningkatkan peluang untuk hamil lebih daripada seorang bayi memandangkan proses ini melibatkan lebih daripada satu telur.
Suntikan Sperma Intracytoplasmic – ICSI
Berbanding membiarkan sperma pergi ke telur secara semula jadi, rawatan ICSI adalah kaedah di mana sperma disuntik terus ke dalam telur di makmal. Telur yang disenyawakan kemudian ditempatkan semula ke dalam uterus wanita. Melalui kaedah ini, keupayaan untuk sperma menembusi telur tidak lagi perlu dibimbangkan, sebaliknya satu-satunya perkara yang tinggal adalah persenyawaan.
Permanian/ Penyuntikan mani
Permanian atau penyuntikan mani memerlukan kurang tindakan berbanding dengan kaedah yang lain, kerana ia hanya bermaksud suntikan sperma. Semasa tempoh ovulasi wanita, sperma akan disuntik ke dalam uterus. Beberapa ubat sering digunakan untuk meningkatkan jumlah sperma.
Ketidaksuburan boleh jadi amat memberi tekanan kepada si penghidapnya. Jadi, adalah lebih baik jika anda mempersiapkan diri untuk menghadapinya memandangkan kaedah-kaedah yang dinyatakan belum tentu memberikan hasil yang anda harapkan. Malahan, kosnya juga adalah tinggi. Oleh itu, rancanglah dengan pasangan anda dan doktor bagi melihat sejauh mana anda boleh berusaha untuk menanganinya.
Bekas suami kepada Nad Zainal, Faliq Amiruddin belum mempunyai kesempatan untuk melawat Nad di hospital.
Menurutnya, sebelum ini dia ada berjumpa Nad dan Nad kelihatan agak lemah.
“Saya dimaklumkan sekarang ini Nad dah ditidurkan atas beberapa faktor dan salah satunya nak bagi dia perbaiki pernafasan dia. Buat masa ini, saya melawat lagi dia di hospital.”
“Tapi sebelum ini, saya sempat la berjumpa dia sebelum dimasukkan ke hospital, which is di rumah dia. Waktu itu pun saya tengok dia dalam keadaan lemah.”
“Awalnya saya tak tahu dia sakit apa sebab dia hanya beritahu ada gastrik saja dan dah pergi klinik. Waktu itu yang saya datang melawat. Malam itu juga digegaskan ke hospital dengan ambulan”
Tambah Faliq, dia turut melawat dua anaknya iaitu Fahad Ibrahim, 6, dan Budi Kalsom, 1, yang kini dijaga oleh pembantu peribadi Nad buat sementara waktu.
“Anak-anak okay, buat masa ini dibawah penjaga. Tapi saya ada juga melawat Yem dan Som. Walaupun kami tidak duduk serumah, tapi saya tetap akan pastikan mereka dalam keadaan baik”
Untuk rekod, Nad mendirikan rumah tangga dengan Muhammad Faliq pada 18 Disember 2015 dan berpisah pada awal September lalu.
Biasanya selepas menyusu lidah bayi akan kelihatan putih akibat sisa-sisa susu yang melekat. Jika dibiar tidak dibersih boleh menyebabkan jangkitan kulat susu pada lidah dan membuatkan bayi rasa tidak selesa/sakit untuk menyusu.
Sebab itulah ibu disarankan untuk sentiasa membersihkan mulut bayi selepas menyusu. Paling kurang sehari sekali yang disarankan oleh doktor gigi. Cara membersihkan lidah bayi dengan menggunakan kain napkin dan air suam. Bersihkan sehingga hilang warna putih pada lidah bayi dan gusi.
Namun tular satu posting dimana ada ibu yang berkongsi cara membersihkan lidah bayi menggunakan air kencing bayi. Perkongsian tersebut mendapat riaksi daripada ramai pakar antaranya Dr. Muhammad Izzat, Pakar Kesihatan Wanita & Kehamilan.
Ni namanya oral thrush – kulat dalam mulut. Orang melayu panggil kulat susu. Kenapa namanya kulat susu? Sebab keadaannya macam warna susu, tapi ianya bukan disebabkan oleh susu.
Kalau kite lap bahagian putih2 tu kalau hilang putih tu, tu bukan kulat. Tapi sebaliknya ianya adalah lebihan susu. Maka boleh lap bersih guna kain napkin yg bersih.
Kalau dah cuba lap, tapi tak ilang-ilang gak putih-putih tu, bukan la disebabkan susu. Tu disebabkan oleh kulat. Kulat dalam mulut ni biasa sangat berlaku, 1 dalam 20 babies. Biasa jumpa kat baby berusia 4 minggu, kadang-kadang baby besar sikit pun boleh ada. Baby yg tak cukup bulan lahir sebelum 37 minggu lagi senang dapat kulat mulut ni.
Disebabkan kulat mulut ni tak berbahaya, maka selalunya tk payah buat pape. Pastikan mulut sentiasa bersih je lepas menyusu. Nanti dia hilang sendiri. Cuma kulat mulut ni kadang-kadang boleh sebabkan baby sakit dalam mulut dan taknak menyusu, ni kena jumpa doktor untuk pemeriksaan. Ada ubat antikulat boleh sapu dalam mulut – ni kena jumpa Dr.
Baby yg ada kulat mulut ni boleh pindahkan jangkitan kulat kat puting mak, kalau baby menyusu badan. Kalau puting mak dah merah, berdarah, bengkak, sakit perlu jumpa Dr untuk rawatan.
Yang pastinya, rawatan untuk kulat mulut baby ni BUKAN sapu air kencing baby tu sendiri dalam mulut. Jangan mengarot !
Ekzema anak berkait dengan asma dan resdung ibu bapa melalui fenomena Atopic March, satu perjalanan alahan yang boleh bermula sejak bayi jika tidak dikawal awal.