Bila memikirkan kontraksi, memang tidak dapat digambarkan. Ibu ini berkongsi pengalaman bersalinnya. Mujurlah suami ada disisi.

Kehadiran suami semasa proses bersalin sangat membantu. Tidak sia-sia pasangan ini menghadiri kelas antenatal kerana ia sangat membantu. Lebih menarik apabila dia menghadirinya sebanyak dua kali.

“Bila Kontraksi Tak Boleh Fikir Dah, Mujurlah Suami…”Ibu Kongsi Detik Bersalin Dalam Pa&Ma TV

Puan Nor Hazirah Amalina & suami Mohammad Ashraf berkongsi pengalamannya saat membuat persediaan menyambut kelahiran cahaya mata mereka Muhammad Ashaz Hadif (1 tahun). Selain membuat persediaan dari segi material, mereka turut memperlengkapkan ilmu melalui kehamilan & saat-saat kelahiran dengan menghadiri kelas antenatal.

“Semasa check up ketika usia kandungan mencecah dua bulan, saya ada ternampak flyers kelas antenatal yang bakal dijalankan di sebuah hospital. Kemudian, saya start membuat carian di Internet danmembaca tentang kelas antenatal. Dari situ saya berminat dan mula mengajak suami untuk ke kelas antenatal. Alhamdulilah suami pun berminat dan bersama-sama dengan saya cari antenatal kelas yang perlu kami pergi,” kata Amalina.

IKUTI KELAS ANTENATAL DUA KALI
Amalina berpendapat kelas antenatal sangat penting panduan ibu bapa yang bakal menimang cahaya mata. “Walaupun terdapat buku tentang kehamilan dijual di kedai buku. Bagi saya tak sama apa yang kita baca dan apa yang kita dapat di dalam kelas. Di antenatal kelas, kita berpeluang bersemuka dengan yang pakar dan lebih arif untuk menjawab segala kemusykilan yang kita ada.

IKLAN

“Disebabkan kedua-dua kelas tidak menyediakan 100% modul yang sama. Sebelum ke kelas antenatal, kami akan memastikan kami tahu modul apa yang disediakan supaya boleh membandingkan kelas mana yang perlu kami hadir.”

Perbezaan yang saya Nampak adalah kelas yang pertama lebih banyak focus pada penjagaan ketika sedang hamil seperti yang dikatakan tadi, teknik senaman, cara urutan yang boleh membantu isteri, nutrisi makanan yang baik ketika hamil dan cara penyusuan yang betul pada bayi.

ELAK PARANOID
Dalam kelas antenatal juga banyak menceritakan tentang penjagaan semasa berpantang, cara mandikan bayi, simptom yang akan ada pada bayi contoh seperti terdapatnya kesan gelap pada punggung bayi, bitnik-bintik di muka bayi, scalp dia kepala dan sebagainya. Selepas kelahiran anak kami, kami notice anak kami ada tanda-tanda seperti tadi, tapi bila ingat balik apa yang diterangkan oleh pakar kanak-kanak ketika hadir ke kelas antenatal kami tahu tanda-tanda itu normal. Sebab sebagai ibu bapa yang tiada pengalaman, kami cenderung untuk rasa ‘paranoid’.

“Bila Kontraksi Tak Boleh Fikir Dah, Mujurlah Suami…”Ibu Kongsi Detik Bersalin Dalam Pa&Ma TV

IKLAN

SUAMI JUGA DAPAT BELAJAR
Suami Amalina, Ashraf juga mendapat pelbagai tips dan panduan. “Saya dapat belajar mengenai cara urutan yang boleh membantu isteri tidur dan kurangkan stress isteri. Selain itu dengan menghadiri kelas antenatal saya dapat belajar sesuatu yang baru dimana perjalanan kehamilan ini bukan ditanggung oleh isteri saya sahaja, malah saya juga perlu ‘involve’. Pengalaman paling menarik adalah, saya dapat belajar cara memotong tali pusat anak di mana saya dapat lakukan ketika di operation room,” kata Ashraf.

SENAMAN SEMASA HAMIL
Ada few senaman yang saya lakukan. Contoh nya seperti child pose, squat, pelvic floor dan swimming. pada mulanya saya agak takut untuk melakukan senaman sebab ada terbaca orang kata berbahaya untuk ibu hamil. Tapi selepas hadir ke kelas antenatal, kami diajar teknik senaman yang selamat dilakukan oleh ibu hamil.

IKLAN

ISTERI TAK TENTU ARAH
Melalui proses kelahiran anak sulung memang mendebarkan bagi setiap pasangan suami isteri. Ashraf & Amalina tidak terkecuali. Keputusan menghadiri kelas antenatal tidak sia-sia kerana Ashraf banyak membantu isteri ketika bersalin.

“Sebenarnya jika para suami hadir ke kelas antenatal, ianya adalah sebagai tanda sokongan kita pada isteri untuk menempuh dugaan sepanjang hamil. Saya masih ingat ketika tu isteri dah rasa contraction tapi dia masih mampu menahan, tapi selepas solat subuh isteri terus ajak ke hospital sebab rasa tak mampu tahan lagi. Ketika tu saya lihat keresahan isteri tak tentu arah,” kata Ashraf.

“Bila Kontraksi Tak Boleh Fikir Dah, Mujurlah Suami…”Ibu Kongsi Detik Bersalin Dalam Pa&Ma TV

AJARKAN TEKNIK PERNAFASAN & BUAT URUTAN
Amalina juga mengakuinya. “Setiap kali kontraksi dah datang, saya sebenarnya dah tak boleh fikir apa dah. Memang layan je sakit tu. Dengan adanya suami, dia sangat membantu dan gunakan ilmu yang dah diajar di antenatal kelas seperti ajar saya teknik bernafas dengan betul, lakukan urutan bagi melegakan kesakitan yang saya hadapi dan ajar saya surah surah yang perlu saya bacakan,” kata Amalina.

Ingin mengetahui lebih lanjut tentang apa lagi yang dilakukan semasa dan selepas proses bersalin bayi mereka, anda boleh mengikuti pasangan ini rancangan TV Pa&Ma Musim Keempat dengan episod “Kelas Antenatal” jam 12 tengah hari & ulangan 9 malam di Astro Prima & Astro Prima HD. Banyak tip daripada pakar & perkongsian daripada ibu bapa boleh anda dapatkan.

“Bila Kontraksi Tak Boleh Fikir Dah, Mujurlah Suami…”Ibu Kongsi Detik Bersalin Dalam Pa&Ma TV

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI