Anak lambat bercakap, mak ayah mulalah risau. Tanpa sedar, anak lambat bercakap disebabkan oleh penggunaan telefon bimbit yang diperkenalkan pada mereka sejak kecil. Mungkin kita tidak tahu atau takut anak ketinggalan zaman kerana tidak pandai menggunakan gajet.

Pn Wawa Shauqi, Penulis Keibubapaan berkongsi pertanyaan seorang ibu mengenai kebimbangannya jika anak ketinggalan zaman dek kerana tidak pandai bermain gajet. Ini yang dikongsikan oleh beliau.

Yang jelasnya, bukan hanya anak akan lambat bercakap bahkan ada beberapa perkara lagi yang membuatkan anak tertinggal perkembangan dirinya. Amat berbahaya!


Bila Masa Anak Nak Pandai Bercakap Kalau Asyik Main Gajet, Risiko Anak ‘Delay’!

Suka dengan soalan ni. Terima kasih puan yang sudi bertanya.

1) Mengenai umur anak tu, memang ada garis panduan pun. Bukan saya yang tetapkan. Tapi American Academy of Pediatric yang tetapkan. Mereka kata:
– anak 18-24 bulan tak dibenar sama sekali diberi gajet.
– 2-4 tahun, 1 jam aje sehari.
– 5 tahun ke atas, 2 jam aje sehari.

Itupun, setiap sesi tak boleh lebih dari 30 minit. AAP dah buat kajian. Kalau tak ikut garis panduan ni, bertabahlah kita bila anak dapat macam-macam kesan sampingan.

2) Bab tak ikut peredaran zaman tu pula, biarlah anak ketinggalan. Asalkan mereka tak ketinggalan dari segi keperluan perkembangan. Antara kesan kelewatan perkembangan terhadap anak yang diberi gajet secara berlebihan.

Bila Masa Anak Nak Pandai Bercakap Kalau Asyik Main Gajet, Risiko Anak ‘Delay’!

ANAK HADAPI RISIKO SPEECH DELAY
Bayangkan, anak perlu dengar 11 juta perkataan dari parents dalam setahun untuk dia bertutur 10 patah perkataan. Mana nak cukupkan kuota ni kalau mereka asyik dengan gajet.

IKLAN

KEMAHIRAN KOMUNIKASI SOSIAL ANAK TERJEJAS
Kita mungkin rasa anak belajar banyak kosa kata dari gajet. Tapi, mereka hanya boleh sebut. Tapi tak reti nak guna dalam perbualan dengan orang lain. Lain kita tanya, lain dijawab.

GANGGUAN FUNGSI OTAK
Apabila anak mengamuk bila gajet diambil dan menangis bila kita tak bagi gajet, maknanya anak dah tunjukkan tanda-tanda ketagih. Ketagih disebabkan hormon dopamin yang berlebihan di dalam otak. Hormon ini akan menjejaskan fungsi otak limbik iaitu otak memori dan emosi. Ia turut menyumbang kepada masalah tingkah laku anak.

TANTRUM
Anak yang perkembangan bahasanya terhad, memang mudah tantrum. Sebab mereka tak pandai nak terjemahkan keinginan melalui perkataan. Bila mengamuk, baru orang tau mereka nak sesuatu.

Bila Masa Anak Nak Pandai Bercakap Kalau Asyik Main Gajet, Risiko Anak ‘Delay’!

MASALAH KESEIMBANGAN BADAN
Rajin-rajin cek carta milestone. Adakah anak boleh melompat, berlari, memanjat, tak gayat bila naik buai atau tak termuntah bila bergerak aktif sikit. Anak kecil ni perlu bergerak untuk bina kemahiran badan. Tapi bila badan mereka ‘kena kunci’ dengan gajet, kemahiran badan tu tak ada.

Ini pun boleh mengganggu fokus anak. Masuk darjah 1, sepatutnya anak dah boleh duduk di kerusi diam-diam. Tapi anak yang ada masalah ni, badannya rasa tak selesa untuk duduk diam.

IKLAN

ANAK ADA MASALAH FOKUS
Anak sukar tumpu buat sesuatu aktiviti yang diberi. Sebabnya ada 2.
1) Anak tak punya delay gratification sebab banyak dapat stimulasi dari kartun yang laju dan gajet yang memberi respon sepantas mencalit jari.

2) Sebab 2 deria yang diperlukan untuk fokus diganggu oleh pendedahan skrin yang berlebihan ; iaitu visual dan auditori.

MASALAH SENSORI
Terutamanya sensori sentuhan. Anak punya masalah ‘geli’ nak pegang pasir. Geli nak pijak rumput. Tengok bola yang ada tekstur pun geli. Masalah ni boleh effect tahap anxiety dan stress anak.

Bila Masa Anak Nak Pandai Bercakap Kalau Asyik Main Gajet, Risiko Anak ‘Delay’!

TAK PANDAI PEGANG PENSIL & PERALATAN LAIN
Anak yang kurang aktiviti sebab banyak hadap gajet, mempunyai masalah motor halus yang lemah. Pegang pensel pun letih. Nak cedok air pakai senduk pun canggung. Nak suap makan sendiri cepat penat. Butang baju tak boleh. Ia sangat mengganggu akademik dan proses anak nak urus diri.

IKLAN

TAK RETI BERMAIN
Ini lebih perlu dikhuatiri. Bermain tu fitrah anak-anak. Dari bermain, anak akan dapat banyak kemahiran yang mereka perlukan. Sampai ada kanak-kanak yang menangis bila disuruh main.

Panjang lagi senarai sebenarnya. Tapi, ini je pun dah buat kita (perlu) rasa sangat seram. Ramai yang nak anak pandai. Tapi ramai lagi yang tak tau, komponen kecil inilah yang jadi penyumbang terbesar.

Dan semuanya rosak disebabkan satu alat yang kita tak kawal : GAJET!

Sibukkan anak dengan aktiviti. Ajak mereka bermain bersama. Kerap-kerap keluar rumah dan teroka hobi baru. Di dalam rumah, kerapkan komunikasi. Lagi kerap kita sibukkan anak dengan aktiviti, lagi banyak progres pada anak tau!

Wawa Shauqi

Artikel berkaitan: Usia 2 Tahun Mata Dah Rabun Teruk, Doktor Sarankan Guna Formula Ni Elak Anak Rosak Sebab Gajet

Tak Perlu Gajet, Bijak Pilih Mainan Pun Anak Boleh Duduk Diam, Pakar Kongsikan 5 Tip

Nak relaks, jom cuci mata di SINI.

Nak macam-macam info? Jom join telegram Pa&Ma D Parents https://t.me/pamadparents

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI