Pening juga dibuatnya bila mana anak tidak mahu duduk diam. Paling lama anak mampu bertahan hanya 15 minit sahaja dalam satu tempoh. Gajetnya jalan paling mudah yang boleh dilakukan oleh mak ayah untuk memujuk anak kekal berada di tempatnya kerana ini yang membuatkan anak-anak leka. Jangan terlampau lama kerana gajet sudah pasti dilarang oleh pakar.

Sebenarnya ada cara dan tip yang boleh dilakukan oleh mak ayah bagi memastikan anak kekal diam dan fokus ketika mereka bermain. Pemilihan mainan juga memainkan peranan penting untuk menarik perhatian anak kecil kita. Ahli Terapi Carakerja Kanak-Kanak dan Pendidikan Khas, Pn Mahfuzah Zainol berkongsi tip ini bagi memastikan anak kekal berada di tempat.

Tak Perlu Gajet, Bijak Pilih Mainan Pun Anak Boleh Duduk Diam, Pakar Kongsikan 5 Tip!


5 Tips Tugasan/Mainan Untuk Bagi Kanak-kanak Diam atau Leka

Ada beberapa guru dan ibu bapa bertanya saya, bagaimana nak bagi anak duduk diam.

Memang susah la kan sebab fitrah mereka tak duduk diam. Kalau kanak-kanak boleh duduk diam itu hmmm, mungkin kena check takut ada isu lain.

Selari dengan trend semasa, ramai ibu bapa bagi gadget kepada anak untuk bagi mereka duduk diam. Ya, betul! Memang mereka akan duduk diam apabila dapat gadget. Hehe. Boleh bagi, tapi jangan selalu.

Tak Perlu Gajet, Bijak Pilih Mainan Pun Anak Boleh Duduk Diam, Pakar Kongsikan 5 Tip!

Begitu juga guru pendidikan khas, ramai guru terpaksa menggunakan tv atau laptop untuk bagi murid berkeperluan khas duduk diam. Ya lah kan, nak handle 5-6 orang murid pada masa yang sama, nak fokus sorang-sorang lagi. Pembantu guru pula tak cukup.

Baiklah.

Hari ini saya nak kongsikan tips nak bagi tugasan atau mainan yang membolehkan anak-anak duduk diam lebih lama.

Ibu ayah atau guru boleh bagi mainan atau apa-apa tugasan yang sedia ada di rumah yang mempunyai ciri-ciri berikut:

IKLAN

Tak Perlu Gajet, Bijak Pilih Mainan Pun Anak Boleh Duduk Diam, Pakar Kongsikan 5 Tip!

1. Mainan / tugasan harus ada gabungan 2-3 sensori. Lebih banyak mainan itu guna sensori lagi bagus, sebab lagi leka. Tapi cepat penat sikit lah hehe.

Cepat penat pun tips juga supaya mereka lebih mudah tidur lena apabila malam menjelma.

2. Mainan/ tugasan ada 3 sensori paling efektif ini. Auditori-visual-tactile (deria proprioseptif – datang dan pergi pada masa yang sama)

Kalau kita lihat, gadget ada 3 sensori efektif ini untuk membuatkan kanak-kanak leka. Sebab itu berkesan bila guna gadget.

Kalau kita tak mahu guna gadget, boleh guna mainan/tugasan yang ada gabungan 3 deria efektif yang saya tulis.

Tak Perlu Gajet, Bijak Pilih Mainan Pun Anak Boleh Duduk Diam, Pakar Kongsikan 5 Tip!

IKLAN

3. Mainan atau tugasan harus sesuai dengan minat kanak-kanak tersebut.
Ibu ayah lebih faham kesukaan anak-anak. Jadi, cari tema tugasan atau mainan yang mereka suka. Ada tema sikit pun tak apa.

4. Mainan atau tugasan tersebut diberi dalam tempoh 10-20 minit

Kebiasaannya mereka boleh fokus bermain dalam tempoh ini. Kalau boleh lebih daripada 20 minit, itu bonus! Good job parents and teachers! 👏🏻👏🏻👏🏻

Tap on your shoulder!

Tak Perlu Gajet, Bijak Pilih Mainan Pun Anak Boleh Duduk Diam, Pakar Kongsikan 5 Tip!

5. Mainan atau tugasan diberi bersama supervision (dipantau dan diselia)

Masa bagi mainan tu, pantau dulu, jangan bagi terus tinggal. Pantau, beri komen tentang cara main, buat demo, tunjuk cara. Stay connected dalam tempoh 5 minit dengan mereka sebelum biarkan mereka explore dan ibu ayah atau guru boleh pantau dari jauh.

IKLAN

Okay, done!

Serba sedikit tips mainan atau tugasan untuk anak-anak supaya mereka fokus. Apabila fokus, mereka boleh duduk diam kan.

Tak Perlu Gajet, Bijak Pilih Mainan Pun Anak Boleh Duduk Diam, Pakar Kongsikan 5 Tip!

Tapikan, kalau anak-anak ni lama-lama duduk diam, sunyi rumah, haaa, eloklah pergi tengok depa buat apa. Ada lah benda yang bakal memeningkan kepala sat lagi.

Sekian, perkongsian saya sebagai ahli terapi carakerja kanak-kanak dan pendidikan khas.


PA&MA JOURNEY BERSAMA JOVIANNINA

Tak sabar nak tengok keletah comel Jeanelle setiap minggu? Pa&Ma Musim ke-8 kembali lagi di kaca tv menemani anda! Kali ini, kami membawakan edisi Pa&Ma Journey Bersama JovianNina. Jom kosongkan malam Rabu anda dengan menonton gelagat mereka pada jam 9 malam, hanya di Astro Ria saluran 104 & 124. Set kalendar anda sekarang yaa !

Tak Perlu Gajet, Bijak Pilih Mainan Pun Anak Boleh Duduk Diam, Pakar Kongsikan 5 Tip!

#PaMaJourneyBersamaJovianNina
#AstroRIA
#MajalahPAMA

Nak macam-macam info? Jom join channel Pa&Ma D Parents Channel https://t.me/pamachannel

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI