Sebagai ibu bapa, terkadang kita selalu menyangka anak kita akan sentiasa mendengar kata dan mudah untuk dikawal. Tahukah anda bahawa anak-anak juga mempunyai fasa-fasanya yang tertentu dan mereka dalam proses untuk membentuk diri mereka sendiri.

Menurut perkongsian Faizatul Iman, dia berkongsi tentang “Fasa Individuating Anak Umur 2 Tahun” yang di pelajari oleh Ibu Rose (Penulis keibubapaan).

Bila Masuk Umur 2 Tahun, Anak Akan Rasa Dia Juga Boleh Buat Pilihan. Bukan Dia Degil!

Fasa Individuating Anak Umur 2 Tahun

Apa yang perlu kita expect.

✅ Anak-anak berusia 2 tahun memang akan tidak mendengar cakap.
✅ Sering mengatakan NO, atau yang sewaktu dengannya.
✅ Ibu bapa akan menyangkakan anaknya yang dulu baik dan mendengar kata, sudah mula degil

Apa itu fasa individuating?

IKLAN

Ia adalah fasa yang menegapkan kewujudannya. Fasa dimana dia mahu menyatakan dia juga punyai hak memilih. Fasa ini perlu dikendalikan dengan baik, jika tidak ianya akan memberi kesan buruk bila anak itu besar nanti

Bila Masuk Umur 2 Tahun, Anak Akan Rasa Dia Juga Boleh Buat Pilihan. Bukan Dia Degil!

Sampai bila fasa individuating ni?

🙋🏻‍♀️ Ibu menerangkan bahawa fasa ini boleh jadi sekejap sahaja iaitu hingga anak 3 tahun jika ibu bapa dan orang yang mendidiknya bijak mengendalikan fasa ini dengan baik.

IKLAN

Apa yang kita perlu lakukan?

1️⃣ Jangan cepat melebel anak dengan lebel yang tidak elok sebab itu akan membawa kepada identiti diri anak itu dan pada usia 3 tahun, anak itu akan mengambil identiti yang sering diulang terhadap dirinya.

2️⃣ Marah berpatutanlah jika perlu sangat. Tapi perlu faham anak pada usia ini belum faham pun jika kita marah.

3️⃣ Jika ada benda bahaya ambil sahaja dia dari situ dan tunjukkan benda yang selamat.

IKLAN

4️⃣ Jika dia meronta, pegang dan tenangkan anak. Kita perlu tarik nafas dan tenang. Jangan terikut sekali untuk mengamuk. Memang anak pada usia akan menangis bila disekat anginnya. Jadi, expect that without thinking anak itu degil.

Oh begitu rupanya,
Belajar tarik nafas dan tenang waktu anak meragam ye.

Kredit: Faizatul Iman

Bila Masuk Umur 2 Tahun, Anak Akan Rasa Dia Juga Boleh Buat Pilihan. Bukan Dia Degil!

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI