Bila tiba waktu bersalin, lazimnya seorang isteri akan memohon maaf atau meminta restu dari suami tercinta supaya reda dan doa ikhlas daripadanya dapat membantu proses bersalin lebih lancar.

Bila Nak Bersalin, Maaf & Doa Suami Tu Penting! Isteri Hamil 9 Bulan Datang Mohon ‘Restu’ Suami Kena Tahan Ingkar PKP

Itu yang dibuat oleh seorang isteri di Alor Setar, Kedah yang sedang sarat mengandung sembilan bulan. Sanggup datang untuk melihat suaminya yang ditahan polis dalam pemeriksaan di Jalan Seberang Putra – Sungai Baru, Alor Setar.

Artikel Menarik: { Sebelum Masuk Labour Room, Minta Maaf Dengan Suami. Semoga Kita Mudah Bersalin}

Bakal melahirkan anak ketiga pada bila-bila masa wanita berusia 30-an itu ditemani jirannya datang untuk meminta restu suaminya yang berusia 33 tahun kerana bimbang tidak sempat berbuat demikian.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Mohd Rozi Jidin, berkata sebelum itu, lelaki terbabit dikatakan menunggang motosikal dan cuba lari sebaik ternampak anggota polis.

IKLAN

Artikel Menarik: { Sebelum Bersalin, 3 Barang Ini Mama Wajib Sediakan. Barulah Tak Kelam Kabut }

Bagaimanapun selepas disiasat lelaki tersebut dikehendaki polis berkaitan kes dadah dua tahun lalu mengikut Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Semoga wanita tersebut tabah dengan dugaan yang menimpa. Semoga dipermudahkan urusan dia bersalin kelak. Buat para suami, waktu-waktu begini ketika isteri sedang sarat sebaiknya berada di samping isteri sentiasa. Elakkan melakukan sesuatu yang boleh mengundang risiko buat keluarga.

Bila Nak Bersalin, Maaf & Doa Suami Tu Penting! Isteri Hamil 9 Bulan Datang Mohon ‘Restu’ Suami Kena Tahan Ingkar PKP

IKLAN

Doa mudah bersalin yang boleh ibu amalkan ketika ingin bersalin

“Allah mengetahui apa yang dikandung oleh setiap perempuan, apa yang kurang sempurna, dan apa yang bertambah dalam rahim. Dan setiap sesuatu ada kadar ukuran di sisi-Nya.” (Surah Ar-Ra’d, ayat 8)

“Dan Allah menciptakan kamu daripada tanah kemudian daripada air mani, kemudian Dia menjadikan kamu berpasangan (lelaki dan perempuan). Tidak ada seorang perempuan pun yang mengandung dan melahirkan, melainkan dalam pengetahuan-Nya. Dan tidak dipanjangkan umur seseorang dan tidak pula dikurangkan umurnya, melainkan (sudah ditetapkan) dalam Kitab (Luh Mahfuz). Sesungguhnya, yang demikian itu mudah bagi Allah.” (Surah Al-Fatir, ayat 11)

“Dan Allah mengeluarkan kamu daripada perut ibumu dalam keadaan tidak mengetahui sesuatu pun, dan Dia memberikanmu pendengaran, penglihatan, dan hati, agar kamu bersyukur.” (Surah Al-Nahl, ayat 78)

IKLAN

Doa mudah bersalin yang dibaca oleh orang menunggu ibu bersalin (suami sangat digalakkan baca doa ini)
“Allah menginginkan kemudahan bagimu, dan tidak menginginkan kesukaran bagimu” (Surah Al-Baqarah, ayat 185)

“Tidak ada seorang perempuan pun yang mengandung dan melahirkan, melainkan dalam pengetahuan-Nya.” (Surah Al-Fatir, ayat 11)

“Apabila bumi digoncangkan dengan goncangan yang dahsyat. Dan bumi telah mengeluarkan beban-beban berat (yang dikandung)nya.” (Surah Al-Zalzalah, ayat 1-2)

Sumber: Berita Harian

https://www.youtube.com/watch?v=Npp9EBxBHX4

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI