Baru-baru ni viral di media sosial bila ramai mak-mak terpegun tengok Neelofa uli tepung sendiri untuk anak-anaknya. Ramai yang terus komen, “Nak jadi macam Lofa lah lepas ni!” Tapi seperti yang Dr. Malar pernah pesan, jangan bandingkan diri kita dengan orang lain sebab realiti hidup setiap ibu tu berbeza.
Belum pun reda kisah Neelofa, tiba-tiba nama Elfira Loy pula jadi perhatian bila dia kongsi yang dia urus semua hal rumah tangga tanpa pembantu. Ramai terkejut, sebab ingatkan selebriti mesti ada maid, driver, atau team yang bantu uruskan anak-anak. Tapi rupanya, Elfira pun sama macam mak-mak lain — struggle, penat, tapi tetap buat semua dengan senyuman.
Dalam satu perkongsiannya, Elfira mendedahkan dia dah lama tak guna khidmat pembantu rumah. Dia uruskan anak-anak sendiri, masak, kemas rumah, malah masih aktif dengan kerja dan urusan harian. Katanya, bila kita dah ada sistem tersendiri, semuanya jadi lebih mudah ewalaupun nampak sibuk di mata orang.
Ads
“Saya buat semua sendiri bangun pagi, mandikan anak, sediakan sarapan, hantar dan ambil anak dari sekolah, kemas rumah, masak, lipat baju tapi masih boleh main pickleball, lepak cafe, dan kerja. Bila dah ada rutin, semua tu rasa natural je,” kongsi salah seorang ibu yang turut sependapat dengan Elfira.
Ramai juga mak-mak lain yang setuju. Hakikatnya, bukan semua orang perlukan pembantu. Kadang-kadang, bila kita terlalu bergantung pada orang lain, kita hilang ‘flow’ dalam urus hidup sendiri. Tapi bila kita sendiri yang atur, kita jadi lebih cekap dan tahu mana nak jimat masa, mana nak tambah tenaga.
Ads
Bila tengok Neelofa dan Elfira, sebenarnya bukan soal siapa lebih hebat atau siapa lebih mampu. Tapi tentang bagaimana setiap ibu belajar menyesuaikan diri dengan keadaan masing-masing. Ada yang boleh urus anak sambil kerja, ada yang perlu bantuan, dan ada yang pilih untuk buat semua sendiri semua pun tetap ibu yang hebat.
Yang penting, jangan terlalu membandingkan hidup kita dengan orang lain. Sebab setiap rumah, setiap anak, setiap situasi berbeza. Apa yang berkesan untuk orang lain mungkin tak sesuai dengan kita.
Ads
Kalau betul-betul nak “jadi macam mereka”, cuba perhati sistem dan cara mereka susun jadual harian. Dari situ kita boleh belajar dan adapt ikut kemampuan kita sendiri.
Pesanan penting untuk semua ibu:
1. Jangan bandingkan diri dengan ibu lain dari segi kemampuan semata-mata.
2. Perhatikan sistem dan cara mereka urus rutin harian.
3. Adapt dan ubah suai ikut keadaan sendiri.
4. Disiplin dan perancangan adalah kunci untuk manage semua tanpa stress.
Akhirnya, bukan tentang siapa paling rajin, tapi siapa paling bijak urus masa dan tenaga. Bila dah jumpa sistem yang sesuai, rutin yang dulu nampak berat tu akan jadi ringan dan kita pun masih boleh ada masa untuk diri sendiri.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pilu hati apabila mendapat tahu ayah dicampak ke dalam sungai dengan kejam. Tiada kata-kata yang dapat diluahkan betapa sedihnya dengan sikap kejam!
Muhammad Amir Hakimi Sabari, 25, bagaikan hilang kata-kata apabila dimaklumkan polis tentang kejadian yang menimpa bapanya itu.
Menurut laporan Sinar Harian, perbuatan suspek yang mencampak bekas pegawai kewangan sebuah agensi kerajaan, Sabari Baharom, 62, ke dalam sungai dengan tangan diikat dan mulut ditutup menggunakan pita pelekat disifatkan sangat kejam oleh anak mangsa.
Dakwa anak bongsu mangsa itu, suspek tersebut dipercayai kontraktor yang menjalankan kerja-kerja pembinaan sebuah rumah yang terletak berhampiran rumah bapanya di Baling.
Anak bongsu mangsa, Muhammad Amir Hakimi turut turun ke lokasi pencarian bapanya di Sungai Padang Terap di Wang Tepus Foto Bernama
“Tindakan suspek terhadap ayah sangat kejam dan keterlaluan sehingga sanggup dia buang ayah dalam sungai.
“Saya difahamkan ayah juga melayan suspek dengan baik,” katanya yang turut turun ke lokasi pencarian bapanya di Sungai Padang Terap di Wang Tepus, di sini pada Isnin.
Jelas Muhammad Amir Hakimi, mereka sekeluarga mengharapkan agar jasad bapanya ditemui secepat mungkin.
“Saya dan dua kakak juga akan melakukan solat hajat sekali lagi dan berdoa agar jasad ayah ditemui dengan segera,” ujarnya.
Terdahulu, Sinar Harian melaporkan misteri kehilangan Sabari di Baling akhirnya terungkai selepas polis menahan dua lelaki tempatan yang disyaki membunuh mangsa.
Foto Bernama
Ketua Polis Kedah, Datuk Fisol Salleh berkata, hasil soal siasat suspek, Sabari dikatakan dicampak ke dalam Sungai Padang Terap, Jitra dalam keadaan tangan diikat dan mulut ditutup dengan pita pelekat.
Menurutnya, kedua-dua suspek berusia 26 dan 38 tahun itu ditahan pada Jumaat lalu, mengaku melakukan perbuatan berkenaan.
Sumber: Sinar Harian
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sebak dan gembira melihat Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan isteri, Che’ Puan Besar Khaleeda Bustamam, menyantuni adik Bella yang dipercayai menjadi mangsa dera ketika kunjungan ke taman tema Legoland Malaysia Resort (Legoland).
Sepanjang pertemuan itu, dapat dilihat kemesraan Khaleeda dengan Bella. Terpancar wajah keibuannya dan pelukan itu pastinya memberi momen bermakna buat Bella.
Khaleeda turut berkongsi detik istimewa bertemu gadis berkenaan di Facebook serta di laman Instagramnya. Kemesraan antara Khaleeda dan Bella jelas kelihatan menerusi beberapa rakaman gambar yang dikongsi.
Khaleeda turut berdoa supaya Bella, rakan-rakan dan kanak-kanak di seluruh negara sentiasa dilindungi Allah SWT.
“Semoga ia dapat memberi sedikit keceriaan dan kegembiraan kepada mereka.
“Amat penting untuk golongan ini diberi perlindungan sewajarnya dan mereka juga berhak untuk menjalani kehidupan biasa seperti insan lain,” katanya.
Pasangan berkenaan turut mencemar duli menyantuni beberapa kanak-kanak istimewa lain.
Jurusolek yang cukup dikenali, MUA Bellaz menarik perhatian warganet bila mana menghadiahkan pembantunya barang kemas bagi menghargai jasanya membantu menguruskan anak-anak.
Menerusi satu hantaran di Instagramnya, Bellaz dilihat sedang memilih sebentuk cincin emas buat pembantunya bersempena hari ulang tahun kelahiran wanita itu.
Bukan pertama kali, rupanya ia merupakan hadiah barang kemas kedua yang diperolehinya dari Bellaz dan suami.
“Selamat ulang tahun pembantu Bellaz. Seronoklah dia dapat hadiah yang Bellaz dan Mat Nuat (suami) bagi.
“Ini cincin kedua dia dapat. Dia kata seumur hidup dia inilah hadiah paling besar yang dia pernah dapat.
“Syukur Alhamdulillah, terima kasih tolong jaga anak-anak dan bantu Bellaz,” kongsi Bellaz meluahkan penghargaan.
Malah kongsi Bellaz lagi, pembantunya seorang yang cukup ringan tulang malah tidak berkira soal kerja dan dek kerana itu dia cukup disenangi.
“Dia jenis tak berkira masa dan tenaganya untuk kita, kita pun seronok nak bagi apa-apa pun dekat dia.
“Raya hari tu Bellaz bagi dah sebentuk. Ni bagi lagi sebentuk kat dia.
“Kita faham orang perempuan memang suka sangat dengan emas, kita nak bagi dia seronok. Menangis dia bila kami bagi kejutan,” luahnya.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata pengikutnya menyifatkan Bellaz sebagai seorang majikan yang baik malah cukup bermurah hati menghadiahkan barangan berharga buat pembantu.
Tak hairanlah ramai yang turut mendoakan kesejahteraan Bellaz dan suami kerana berkongsi rezeki.
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.